Friday, November 18, 2011

Takut

Ini yang paling aku takut sekali, bukan sekali, berkali kali. Aku takut sangat. Aku takut aku lupa. Aku takut aku tak boleh ingat semua yang aku pernah lalui dengan dia. Aku takut nak rasa apa yang aku pernah rasa masa dia takde dulu. Weh serius, macam mimpi kau tahu. Mimpi yang buat kau nak cepat cepat sedar. Hakikatnya itu bukan mimpi. Ianya realiti. Ye, kenyataan untuk aku, keluarga dia, kawan kawan dia.

Aku pernah cakap dengan seseorang, aku takut aku lupa kenangan aku dengan dia, aku takut satu hari nanti aku tak ingat dia. Tapi orang tu cakap, kau akan ingat dia, sebab kau sayang dia. Aku memang sayang dia. Sayang yang terlampau dan membuat aku rasa sakit sangat sangat.

Aku tak lupa dia, sebab bila aku ingat pasal dia, aku mesti menangis. Mestila menangis belakang orang, depan depan kena cover. Konon aku kuat. Aku boleh ingat kebanyakkan kata kata dia tapi aku lupa suara dia. Aku ingat riak muka dia, tapi aku lupa muka dia. Maksud aku, tak boleh nak bayangkan. Kalau tengok gambar tu, memang selalu ingat. Da makin melalut ni, sekian jela. Emosi aku da semakin elok.

Lagi beberapa hari aku akan pulang ke Seri Iskandar, meneruskan cita cita aku. Berazam lebih baik. Angan angan aku sentiasa kekal sama. Harap sangat ia menjadi kenyataan. Mari kita sama sama, berdoa dan usaha supaya sama sama berjaya. Amin.

Mai la tolong like page aku ni, Anis Amanina R Photography.
Terima kasih ye.

ok tak rambut aku? haha. 

Sunday, November 6, 2011

Selamat selamat semua

Cuti sem ni bukan lama, tapi aku menghabiskan masa bekerja. Sejak bekerja ni, habis aktiviti sosial aku terasa so-sial bila tak dapat nak bersosial. Tapi masa mula mula rasa macam tu. Bila fikir balik, buat apa yang kita tak suka memang akan jadi susah, boring, macam macam rasa yang tak best. Kalau buat apa yang kita suka pun susah apa. Bukan senang nak senang tapi bukan susah nak susah.

Masalah memang tak pernah lari dari sesiapa. Semua orang ada masalah. Masalah, susah nak kongsikan kat orang. Kalau kongsi pun, belum tentu orang tu boleh bantu. Bantu dengar pun da cukup bagus.


Pening tak baca? aku pun tengah pening nak tulis. Lama betul aku menghilang dari mengonline kan diri. Selamat hari raya aidiladha :)


Anis Amanina R Photography tolong like page ni. :)