Friday, April 30, 2010

NURUL HUDA ROSALAN

Dugaan? Biasala, Allah akan bagi dugaan kat hambanya supaya hambanya tak mudah lupa. Senang, kaya pun dugaan supaya jangan lupa diri. Susah, miskin pun dugaan supaya hambanya sentiasa berdoa dimurahkan rezeki. Allah Maha Penyayang, sebab Allah sayang hambanya, DIA nak kita sentiasa beringat.

Aku semakin ok, terima kasih yang bagi sokongan, nasihat. Aku bukan tak nak dengar atau saja nak sedih. Aku redha NURUL HUDA ROSALAN da pergi, dia pergi tanpa kata yang jelas, tanpa semua duga. Aku memerlukan masa untuk semua ni. Ajal, maut datang bila sudah masanya. Aku pun tak tahu bila masa aku, aku minta maaf kalau ada buat silap. Bila bila kan kita akan pergi.

Dugaan ni sangat berat untuk aku, saat aku masih perlukan dia, dia pergi tak kan kembali lagi. Dua tahun aku jadik kakak angkat dia, walaupun aku kenal dia hampir lima tahun. Aku bersyukur sebab aku antara orang yang istimewa dalam hidup dia. Aku tak pernah menyesal kenal huda. Huda bukan saja adik aku, tapi dia jugak la kakak aku, kawan baik aku. Dia sentiasa nasihat dan ambil berat pasal aku. Dia la antara insan yang paling aku sayang seperti keluarga aku sendiri. Hilang nya dia, tidak dapat diganti oleh sesiapa pun.

Kini dia nyata sudah pergi, aku tahu ni bukan mimpi, ini realiti. Setiap dugaan yang Allah bagi mesti ada hikmah disebaliknya. Ajal bila bila masa je. Kita kena sentiasa ingat kepada Allah supaya semua tu tak terlewat. Kita jugak perlu sentiasa hargai apa yang telah Allah bagi tanpa kita sedar. Kadang kadang benda depan mata pun kita lupa, tapi tanpa sedar bila hilang kita akan menyesal. Hargai la apa yang ada sebelum terlewat.

AL FATIHAH, buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para isterinya, para sahabatnya, muslimin dan muslimat, dan semua yang telah pergi.

Saturday, April 24, 2010

NURUL HUDA ROSALAN.

Huda tau tak, akak rindu huda sangat. Huda tau kan akak tak boleh kalau tak de huda, dengan siapa akak nak mengedik lagi? Huda.......

Harap arwah digolongan kan dalam orang yang beriman. Amin, Al fatihah.

Aku tak dapat nak tulis panjang panjang, bila aku da stabil. Aku akan menulis lagi.

NURUL HUDA ROSALAN,

Tuesday, April 20, 2010

Weh penceroboh!

Korang mesti tak suka kan bila barang korang diceroboh. Walaupun ada alasan, tak kira baik ke buruk, menceroboh hak orang lain tetap salah. Kalau da ceroboh tu memang layak la kena marah, maki, tapi aku tak maki pun. Setakat cakap dengan nada tegas biasala. Kalau ikutkan hati, nak je aku tumbuk muka dia. Tapi saja buat relax, cool kononnya. Lagipun tak nak buat panjang, malu pulak dia nanti. Barang aku, tetap barang aku sampai bila bila. Mengaku jela da salah tu.

Kalau ceroboh je takpe, tapi sampai cakap belakang, kutuk aku. Tak cukup kutuk, nilai diri aku pulak. Aik, lebih ni. Angin jugak satu badan. Memang layak malu. Aku tak suka bila cakap benda yang aku tak buat. Bukan aku je tak suka, semua orang pun tak suka. Kata aku ni, kawan makan kawan, lupa kawan, mainkan kawan. Kalau kawan setakat bahan bahan tu biasa la kan, gelak gelak, kira adat la kawan bergurau. Kalau tak, baik kawan dengan batu. Diam je, dengar je apa ko cakap. Ada bukti dan saksi ke? Bagi sini aku nak tengok.

Terkedu jugak aku dengar karutan tu, ada jugak yang ambil tahu pasal hal aku, pergaulan aku, kawan aku. Ke ko cemburu aku ada kawan yang baik. Memang la kami ni biasa bukan gempak gila macam ko kan. Kalau aku ni jahat sangat, ok je aku dengan cikgu, senior junior kat mgs tu.Takde pun aku gaduh dengan dorang. Ok je aku kawan dengan dorang. Karang cakap aku bangga diri la tu, bila fikir balik, ko bukan sesiapa pun. Bagus sangat ke ko tu? Tahu nak nilai aku, kutuk aku. Aku tak penah pun ambil tahu pasal ko, orang tanya pun aku tak cakap pape. Kalau nak malu kan ko boleh je, letak gambar kat sini. Tapi tak pela. Berhenti la nilai orang kalau tak kenal.

Port dickson, 2010.

Sunday, April 18, 2010

Pagi yang hujan, kesejukan luar biasa.

Pagi ni aku balik kesejukan, bertemankan skuter ni. Balik dari BB dalam pukul 5.30 am, keadaan masa ni, hujan renyai. Macam da nak terkucil.

Alangkah indah dapat tidur hujan hujan ni. Pergh. Mimpi indah weh.

Kalau kita buat benda tu dengan rela hati mesti gembira walaupun benda tu amat susah. Tapi kalau kita buat benda tu tanpa rela hati memang tensyen walaupun benda tu senang gila. Lagi satu kita tak mengharapkan balasan. Bila tak mengharapkan balasan, kita akan buat yang terbaik.

Aku semakin sedar dan belajar pasal kehidupan. Walaupun apa yang aku buat sekarang hanya membantu kat kedai di BB tu. Selain aktiviti bersosial. Tak kisah la apa yang kita buat sama ada hanya duduk termenung, kita mampu belajar.

Aku sedar, bila aku merela kan maknanya aku akan gembira apabila buat sesuatu benda. Aku masih cuba amalkan benda tu supaya aku akan gembira walaupun benda tu susah.

Langkawi 2007.

Friday, April 16, 2010

DIET la,

Banyak jugak benda yang nak ditulis tapi mood dan idea macam takde, so takde la post. Minggu ni, aku agak busy, antara bersosial dan kerja. Pergh aku kerja? takde la, cuma tolong sikit kat kedai di BB. Malam hari je aku tolong, dalam pukul 8 pm sambil 5 am. Bukan apa, dari duduk rumah terperap sambil online. Ha... Bosan. Sekurang kurangnya ada benda untuk aku buat. Yela. kalau nak tidur memang tak boleh. Mata ni gila degil. 

Antara aktiviti bersosial aku, tengok wayang. Dua cerita jugak la aku da tengok. Boleh la. Selain tu, keluar dan berjoging. Nak diet la. Nak kurus macam dulu dulu. Tak percaya sudah. 

Bila busy takde la tekanan sangat kan. Tak la fikir macam macam. Indah kan kalau ada tempat untuk luahkan segala. Nasib ada jugak kawan kawan untuk bersosial. Parents busy kat Melaka, untuk kami adik beradik jugak. Tak pela. Jangan fikir da.

Aku takde perut masa ni.haha. (2007)

Tuesday, April 13, 2010

Ini blog budak emo.

Kadang kadang kan, bila nak menulis di blog ni. Aku kena fikir dulu, apa yang aku post ni orang nak baca tak, orang kutuk tak. Tapi ni blog aku, tak de sapa boleh marah atau bantah apa yang aku tulis. Aku tak kisah korang nak kutuk ke, nak baca ke, nak..... nak apa apa je. Itu hak korang, apa yang aku tulis, semua pasal apa yang aku rasa, apa yang fikirkan atau apa saja benda baru yang aku tahu. Aku tak kan nak mencarut kat korang, contoh la, NI BLOG AKU, KORANG TAK SUKA BOLEH BLAH! f*** LA. Itu yang segelintir tulis kat blog mereka. Kalau boleh, aku nak elakkan. Sebab macam emo sangat tulis macam tu. Aku tahu tu hak MEREKA untuk tulis apa saja. Cuma terlampau ganas tulis macam tu.

Aku rasa blog aku pun emo jugak. Cuma aku kawal sikit supaya tak mencarut di sini, yela bila mencarut ni. Macam tunjuk keburukan kita kat orang.

Aku nak bercerita sikit pasal aku tengah emo ni tapi kan kan. Jam da 7.26 pagi tapi aku tak tido lagi, itu la penangan internet tambah pulak masalah negara. Maklum la, aku ni kan perdana menteri *berangan je ni, konon ada negara. Banyak sangat untuk difikir kan. Dinosaur pulak betul betul da pupus, baru nak buat Jurassic park. BUNTU.

Rindu la masa ni.

Sunday, April 11, 2010

.

Gila ah! memang cuak habis aku. Mengigil badan, tah apa yang aku takut sangat. Aku ni dala tangan kayu, nak melukis memang macam darjah 1. Apa pun semua da selesai, aku cuma boleh berdoa. Ada rezeki ada la. Aku da buat apa yang termampu. Tapi kan kalau di beri peluang lagi sekali. Aku nak buat lebih baik dari tu. Bila di soal boleh gagap pulak, aish. Anis anis, apala nak jadi ni. Cakap pun susah ke?

Aku memang mengharap sangat aku dapat tapi peluang macam nipis je. Terima kasih ye yang bagi semangat kawan, family. Kalau da rezeki tak kemana, kalau bukan rezeki aku. Mungkin kat tempat lain. Syukur settle sudah satu hal. Biasala masalah sentiasa ada, kuatkan diri je.

Balik je, lemah badan aku, macam tak larat. Tak kan pasal kena hujan hari jumaat, pelik betul. Aish.

Takde keje aku ni, ni la apa buat bila bosan.

Friday, April 9, 2010

Aku menulis apa yang terdetik.

Bila bercerita pasal sayang, pertama sekali orang mesti ingat cinta. Bila sayang baru ada cinta, berbeza bagi aku antara cinta dan sayang. Tapi siapa boleh terangkan kat aku? Aku pun tak tahu sebenarnya. Aku menulis apa yang terdetik kat kotak fikiran aku.

Aku mungkin tak pernah jatuh cinta dengan orang, muda lagi kan. Sayang memang la ada. Belum merasa semua benda, pengalaman pun baru beberapa kilo garam je. Banyak benda untuk aku harungi lagi. Dugaan bermacam macam, apa yang berlaku setiap hari, semakin mematangkan diri. Tapi kadang kadang orang akan menafikan benda yang betul sebab takut pada perubahan. Realiti.

Aku seperti dalam keadaan yang keliru, gundah konon nya. Sebabnya, aku sayang tapi aku keliru. HARAP MAKLUM, ini bukan cerita cinta. Aku takut pada perubahan tu, aku takut pada kehilangan, aku ni memang penakut. Aku rasa nak hilangkan takut kena ada kenyakinan. Aku yakin untuk benda lain, tapi bukan INI. Semua terletak kat tangan aku. Antara aku pilih untuk takuk yang lama, tidak kehilangan. Ataupun aku memilih takuk yang baru, suasana baru, mungkin kehilangan. Suasana baru tu macam mana?

Mungkin masanya da tiba, jom semua kita pergi berjuang untuk sesuatu yang baru, berani. Apapun kesudahan nya, redha je.
muzium negara.

p/s: cerita ni tidak ada kena mengena dengan sesiapa. kalau terasa pedas, tergigit cili la tu. :P

Monday, April 5, 2010

Apa saja,

Rasa macam da lama tak update, aku je yang rasa lama kot, rindu pun ada. Tapi idea takde tambah lagi mood pun takde, takde la aku update. Ni aku update untuk minggu lepas.

Aku nak ucapkan tahniah kat team hoki MGSKL, ok la dorang dapat no. 3. Takde rezeki la kot. Seronok jugak dapat tengok dorang main, teringat zaman aku bersukan dulu. haha. Ni baru tinggalkan sekolah tak sampai setahun, apa sukan pun aku tak main da. Bila tah aku nak start balik bersukan, macam da gemuk sangat rasa nya. niat dihati memang ada. Cuma hajat tak kesampaian. Apapun seronok tengok dorang main.

Semangat aku ni,


Mereka.


Mereka.


Tahniah.


Aku ni nama je orang KL, tapi muzium negara yang dekat tu, setahun sekali nak pergi pun susah. Tu la kita, benda depan mata ambik mudah, yang jauh tu yang kita nak. Padahal macam macam boleh dapat pergi sana. Malaysia ni berbilang kaumkan, banyak rupanya yang aku tak tahu. So lepas ni, bila pelancong tanya pasal adat ke apa, takde terpinga sangat, boleh la aku jawab sikit sikit.

Aku, Acie, Najiha, Anis athirah.


Gedik kan.


Kami.


Kami lagi.


Mas, Acie.