Tuesday, January 31, 2012

Stress. Perasan ini indah kadang kadang.

Sekarang menunjukkan jam 5.14 pagi. Ini perkara biasa untuk aku. Selalu aku akan terlajak sampai matahari terbit dan hampir terpacak tapi belum terpacak lagi. Cuma hampir sahaja. Penangan internet memang kuat. Cuma tabiat ni aku da kurangkan sejak dua menjak ni. Aku akan amalkan jika cuti, bosan, terlebih masa atau tiada kelas pagi keesokkan nya. Membaca blog blog yang menarik, stalker, tengok short film atau video dan research kalau rajin.

Tetapi ini sesuatu yang pelik untuk aku kerana aku sedang buat tugasan. Semester baru ni belum pernah buat kerja melebihi jam 4.00 pagi dan tak tidur. Sebab semester ni, tiada lagi subjek drawing. Memang pening subjek tu. Kerja banyak gila kot. Aku selalu tak tidur kerana subjek itu.

Aku tetiba rasa best pulak berjaga ni. Mengantuk tu tak rasa sangat, kepala saja yang berat. Lama tak hadap stress yang melampau macam ni. Rasa ni yang buat aku boleh menulis, meluahkan. Aku suka menulis. Aku teringin sangat nak buat zine dan kemudian buku. Antara impian yang mungkin orang akan gelak guling guling bila dengar. Aku taktahu nak buat apa untuk kearah itu. Pendapat?

Sedang prepare untuk subjek advertising dan videography. Kelas 8.00 pagi hingga 4.00/5.00 petang. Dan ada kelas business. Mengantuk weh kelas ni. Serius. Petang pergi gym, 3 hari da tinggalkan ni. Itu pun kalau larat. Kalau la ye.

Muka gembira kan? Angau ni dapat jumpa Mohd Jayzuan. Dia baik ok. Wallpaper phone gambar dengan dia ok.

Sunday, January 29, 2012

Pesta Rabak satu tahun.

Pagi tu ke Parit dulu pergi shoot pasar pagi. Dan kali pertama merasa bihun kicap. Tak reti makan ok. Tapi rasa dia ok la.

Setelah sekian lama tak berpesta, kali terakhir pergi bulan 11 kalau tak silap. Semalam pergi jenguk Pesta Rabak satu tahun. Kebetulan tak balik KL minggu ni dan kebetulan jugak ada pesta ni. Pergi la menghiburkan jiwa yang stress assignment tak siap. Pesta yang simple dan meriah. Booth juga pelbagai. Aku habis 100 untuk buku dan 30 untuk baju. Dan paling penting dapat jumpa pemusik. Mereka sporting ok. Aku rasa kalau gigs lain susah nak dapat ambik gambar bagai.
Serius. Best.
Aku dan Mohd Jayzuan.


Aku dan Aidil Rusli.

Kami dan Aidil Rusli.

Kami dan Couple band.

Wednesday, January 11, 2012

Macam tiada beza.

Sebelas hari aku lewat untuk ucap SELAMAT TAHUN BARU. Macam tiada beza. Aku tak rasa apa apa. Cuma yang tukar tahun. Bukan aku tak semangat. Cuma aku memang setiap hari semangat. Eh? Ini kerana hari hari aku berazam. Azam yang lama tak capai lagi. Baik aku capai dulu. Lagipun banyak sangat azam nya.

Sekarang aku makin sedar tentang kehidupan. Aku nak cakap pasal kawan, sebab hidup remaja akan sentiasa bersama kawan kawan. Aku sentiasa mencuba nak jadi kawan yang baik. Mencuba. Jadi aku bukan kawan yang terbaik, aku tak sempurna. Sentiasa buat salah. Aku cuba untuk menghargai apa yang aku ada. Maksud aku menghargai kawan kawan aku. Aku harap mereka pun mencuba.

Ok. Idea takdo da. Aku semakin sibuk menguruskan diri sendiri yang sentiasa tidak terurus. Kelas yang agak padat. Kerja yang agak banyak dan bertangguh. Dan memberi diri sendiri masa untuk sihat. Aku sedang mencuba ke arah hidup yang sihat. Doakan ye. Alasan betul aku ni. Aku juga tidak kerap menulis. Buku kecil aku telah aku pinggirkan, kasihan buku. Mood lari kerana alasan yang aku berikan tadi. Idea juga lari.

Aku nak buat rambut macam ni boleh? Tapi mesti kena bahan.