Friday, December 31, 2010

Hebat oh team Malaysia ni.

Tahniah kepada pemain pemain Malaysia. Lagi lagi kat Hero Harimau Malaya, penjaga gol, Khairul Fahmi. Terer ok. Malaysia dapat cuti tu sebab menang AFF SUZUKI CUP 2010. Yeah. Menutup tirai tahun 2010 dengan berita baik.

Thursday, December 23, 2010

5.37 am. 23.12.2010.

Bila perasaan tu datang, susah untuk perasaan tu pergi.

Tapi kalau syok sendiri. Baik jauhkan je perasaan tu. Suruh perasaan tu pergi cepat sikit. Berlari lagi bagus.

Tapi kalau perasaan tu tak syok sendiri. Suruh perasaan tu datang cepat sikit. Tolong ye, berlari kalau boleh.

Zaman muda mudi.




Ini akibatnya, tak boleh tidur, MEREPEK DEKAT BLOG. Melayan internet sorang sorang pukul 5.37 am. Takde orang yang mahu dikacau. Nak google apapun da tak tau. Blogwalking pun sudah.

Weekend ni mungkin akan berada di KL, Jom keluar. Jumaat, sabtu dan ahad. Nak keluar berturut pun aku tak kisah. :P

Semakin lama semakin rindu. ALfatihah buat nurul huda rosalan.

Tuesday, December 21, 2010

Hujung minggu bersama keluarga, kawan.

Ramai jugak yang da menunggu entri terbaru aku. Tau da. Jangan korang malu nak mengaku. Anisamaninar ni pasti suka mendengar. Haha. Perasaan betul anis ni.

Aku terharu weh diaorang sanggup habiskan masa kat Melaka dengan family aku. 3 hari tu. Jumaat sampai ahad kot. Thanks korang. Maaf ye sebab kena buat kerja. Yela, kat kedai kan. Terpaksa kot. Aku sekarang da jarang ada kat KL. Ini semua sebab kedai ini. Kau memang bersalah kedai. Mama dengar habis aku. hee. Lagipun mama sakit, setiap hari biasa ada terapi kat KL. Nanti takde sapa pulak nak jaga kedai ni.  Moga moga mama cepat la sembuh. Maaf juga kat kawan kawan lain, susah nak jumpa da sekarang.

Time ni da pukul 4 pagi rasanya. Malam ahad ni.


Gambar ni blur habis. Adik aku ambik.


Nasib ada jugak gambar yang ok la.


Ahad. Papa bawak pi pantai kejap.


Papa dan baby. 


Jumpa benda ni kat Jonker Walk. Mainan masa kanak kanak. *perut itu buat tak nampak je.


Sesat masa pusing pusing kat Jonker Walk.


Ni kerja aku yang hampir siap. Lepas tu da boleh hantar ke client. Pergh. Tah pape nak client sangat.
Muka depan.

Muka takdepan. *belakang.


Harap harap okla. Baru baru lagi ni. Ngeri jugak oh. Thank AAR, Anis athirah rosmin. Beliau banyak tolong aku pasal ini album.

Tuesday, December 14, 2010

Sunday event.

Entri sebelum ni agak emosi. Bukan agak, memang emosi. Tak perlu peduli tentang itu.

Badan ni penat tak habis. Da berhari jugak. Aku tak tahu la kenapa. Mata pun kuyu kuyu je. Mood takde pulak. Ah anis ni memang macam macam.

Hari ahad haritu, kawan aku ada pass job kat aku. Then, ajak sekali kawan satu uitm, wana. Aku takut jugak nak buat sorang sorang ni. Takut tetiba gambar aku tak jadik. hee. Penat jugak dari tengah hari ke petang. Tahun lepas pun aku shoot jugak tapi ikut kawan je. Ni aku diberi untuk buat sendiri. Thanks Shahril. Thanks wana & her family. :)

Sara.

Dia pandai posing. 


Malam pulak pergi dinner kat Hotel Flamingo. The best. Tapi itu membuatkan penat aku tak surut surut lagi ni. Gambar perlu diedit dan perlu dihantar ke client secepat mungkin. Masak aku. Sebab laptop aku ni tak masukkan Photoshop lagi. Sapa tau mana nak beli PS untuk mac? Aku cari tak jumpa jumpa.

Ini semua adalah Po***n show. haha. 

Ok, boring kan entri ni. Eden ponat ni ha.

Monday, December 6, 2010

Di saat kau benar-benar mahu pergi, seperti ku bernafas dalam air.

tak payah bacala. entri ni terlampau ikutkan perasaan. 
ALFATIHAH BUAT NURUL HUDA ROSALAN.

Akak nak sangat huda ada masa akak tengah happy,akak nak kongsi semua dengan huda. Akak tau, huda da takde de tapi akak tak mampu huda. Akak tak boleh berhenti. Yaalllah. Kuatkan la iman aku. Akak terbayang saat akak berlari masuk surau tu, jasad huda baru ditutup untuk disembahyangkan. Akak ingat lagi waktu tu, keadaan mama dengan papa huda. Akak menangis nak tengok huda. Tapi orang semua tengah sembahyang untuk huda. Aku separuh gila agaknya, kawan kawan akak pun tak mampu buat apa apa. Akak syukur jugak kak nolee ada. Kakak akak yang tak putus putus suruh akak sabar. Ramai ada untuk akak, semua tu akak macam tak hirau. Akak lari ke kubur. Takut tak sempat nak tatap huda lagi. Huda tau, satu satu nya permintaan akak nak tatap wajah huda untuk kali terakhir. Tapi takdir memang bukan rezeki akak. Akak susah nak melangkah pergi bila jasad huda da tiada kat pandangan akak. Akak takut huda. Masa tu akak harap semua tu mimpi akak. Akak harap akak bangun dari mimpi tu. Akak harap sangat. Akak harap semua tu gurauan untuk akak. Aku mula fikir yang bukan bukan. Akak ingat huda nak main2 kan akak. Akak tau. Semua tu tak logik. Akak tak kuat huda. Hati akak menyesal dengan apa yang jadik sebelum ni. Kalau akak tau, ta kan akak buat huda sikit pun sakit.

Saat tu, akak da tak nak kehilangan sesiapa. Sakit dia teramat sangat. Akak mengaku, setiap malam akak akan ingat semua tu. Akak  menangis sampai satu tahap. Akak kembali pulih. Akak ingat, akak da cukup kuat untuk semua tu. Tapi, semenjak ni. Akak semakin ingat huda. Akak ulang balik keadaan saat huda baru baru pergi. Akak pernah hadapi benda sebelum ni. Nenek akak pergi masa kita baru baru rapat. Huda ada untuk akak. Akak harap sangat akak tak macamni lagi. Akak nak jadik kuat macam dulu. Akak tak nak menangis lagi akak tak nak. Akak nak huda tenang kat sana. Akak masih lagi mencuba kuatkan diri. Tanpa huda, yang selalu nasihat akak. Buat akak matang. Huda taukan, dulu akak kuat. Apa jadik akak tak kisah. Tapi bila akak hadapi semua nya serentak. Akak sakit sangat. Akak ada cerita kat huda kan psl masalah family akak. Tak sangka lepas akak cerita semua kat huda. Huda tinggalkan akak. Tinggal kan semua. Akak harap huda tenang kat sana. 



Sunday, December 5, 2010

Sedih tapi gembira. :)

Kalau kita sedih, kita masih boleh buat buat gembira. Tapi kalau kita gembira, boleh ke kita buat buat sedih?

Aku selalu buat buat gembira kalau aku sedih. Bukan lebih kepada buat buat tapi lebih kepada melupakan sedih tu. Kalau aku gembira pulak, memang aku akan betul betul gembira. Baru terboek hidup. 

Selalu nya tu la aku akan buat. 

Memang susah untuk aku menangis. Tapi saat tu, aku tak mampu untuk tahan semuanya. Pernah jugak dia sakitkan aku. Aku hanya simpan. Tak pernah aku marah atau buat sesuatu yang menyakitkan hati dia dengan sengaja. Tapi saat tu. Dia pergi tanpa meninggalkan apa apa pesanan. Semestinya aku menangis.  Saat yang paling sakit aku pernah rasa. Masa ni, aku tak mampu untuk buat buat gembira bila aku sedih.
 
gembira


Aku pernah nak buat sesuatu ni. 

Duduk dekat satu tempat yang semua orang tak kenal aku. Aku hidup sendiri. Buat hal sendiri. Jumpa orang yang tak tahu apa apa pasal aku. Hidup tanpa risau kan apa apa. Selama mana yang aku mahu. Tanpa menyusahkan orang lain dengan kehadiran aku. Tapi aku nak buat benda bukan jangka masa yang lama. Cuma sedikit masa untuk aku. 

Aku tau benda ni semua susah nak jadik. Aku ada keluarga, kawan, kepentingan lain. Mereka sebenarnya hidup aku. Aku syukur allah s.w.t kurniakan mereka. Sesusah mana pun, aku kena hadapi. :)

Friday, December 3, 2010

Sekeliling#5

Ok. Ye, aku ok dan sihat. Bukan sihat je, tapi bertambah tambah sihat. Bila bercuti macam ni. Aktiviti yang selalu aku buat, online, makan, makan dan makan. Perut pun semakin seksi gitu.

Nak bagi tau sikit ni, rahsia. Hee. Semenjak aku duduk kat Melaka ni, kadang kadang jadi tukang masak. Tak caya? aku pun tak caya. Mula mula masak main main je, sekarang da boleh masak untuk customer. Memang gila. Gila punya. Hari tu, papa hantar mama pergi hospital. Mama masuk wad. Aku masak sehari tu. Pergh. Ok da, nak cerita sikit sikit je.

Tangan aku da gatal ni. Camera tu duduk dalam beg je. Jom pi shoot? Datang Melaka meh? hee.

form 3 ni. zaman muda mudi.