Sunday, December 5, 2010

Sedih tapi gembira. :)

Kalau kita sedih, kita masih boleh buat buat gembira. Tapi kalau kita gembira, boleh ke kita buat buat sedih?

Aku selalu buat buat gembira kalau aku sedih. Bukan lebih kepada buat buat tapi lebih kepada melupakan sedih tu. Kalau aku gembira pulak, memang aku akan betul betul gembira. Baru terboek hidup. 

Selalu nya tu la aku akan buat. 

Memang susah untuk aku menangis. Tapi saat tu, aku tak mampu untuk tahan semuanya. Pernah jugak dia sakitkan aku. Aku hanya simpan. Tak pernah aku marah atau buat sesuatu yang menyakitkan hati dia dengan sengaja. Tapi saat tu. Dia pergi tanpa meninggalkan apa apa pesanan. Semestinya aku menangis.  Saat yang paling sakit aku pernah rasa. Masa ni, aku tak mampu untuk buat buat gembira bila aku sedih.
 
gembira


Aku pernah nak buat sesuatu ni. 

Duduk dekat satu tempat yang semua orang tak kenal aku. Aku hidup sendiri. Buat hal sendiri. Jumpa orang yang tak tahu apa apa pasal aku. Hidup tanpa risau kan apa apa. Selama mana yang aku mahu. Tanpa menyusahkan orang lain dengan kehadiran aku. Tapi aku nak buat benda bukan jangka masa yang lama. Cuma sedikit masa untuk aku. 

Aku tau benda ni semua susah nak jadik. Aku ada keluarga, kawan, kepentingan lain. Mereka sebenarnya hidup aku. Aku syukur allah s.w.t kurniakan mereka. Sesusah mana pun, aku kena hadapi. :)

No comments: