Wednesday, December 30, 2009

Kecantikan saat bersekolah.



Hahaha. Tajuk aku xleh blah. Rindu saat2 kat sekolah. Alangkah baik nya bersekolah. Yela. Boleh dikatakan sekolah tuh rumah ke2 aku. Sampai mama penah cakap, 'bawak kain baju je,tinggal kat sekolah'. Hehehe. Indah la.

Aku rindu semua nih :
- rindu tengok orang tertentu.
- rindu perhimpunan. da xde kene nyanyi NEGARAKU pagipagi.
- rindu pengawas jugak. ada je carik salah orang.
- rindu tandas sekolah. tempat berkumpul kebanyakan pelajar 5T setiap kali abish waktu tertentu. haha.:P
- rindu kawankawan.
- rindu cikgu.
- rindu semangat nak bersukan. plus waktu PJK. kawad jugak. haha.
- rindu cikgu mara+perli aku tido.
- rindu kantin.
- rindu bawah pokok.
- rindu pusing satu sekolah.
- rindu Hari Sukan, Merentas Desa, Hari Guru and event lain jugak.
- rindu tangkap gambar. da xkena tayang muka. Penat. xde Pn dapne kena tunggu aku bertangguh buat kerja.
- rindu makmal ict. curi tido.
- rindu gedixgedix.



Kawankawan form 3. 2007.



Form 3. 2007.



Form 3. Lepas PMR kot. 2007.



Planetarium. 2007.






                                            Form 3 jugak. 2007.


Padang sekolah. Form 3. 2007.



Form 3 lagi. 2007.



Mereka. form 3. 2007.

5T. 2009.



5T



5T jugak. PJK.



7's. 2009.



Rindu dia sangat.



Hari sukan. 2009.



sukaria. 2009 kot.



Merayau. 2009.



Solat hajat 2009.


 
Last day. 2009.



Nike run. 2009.



Last day. 2009.



Saat getir.


Tengok adikadik aku da beli barang sekolah. Semangat pulak. Ingat lagi tahun ni 1st day sekolah aku xtido langsung. Semangat sangat nak sekolah. Sampai xleh tido. hahah.

Tuesday, December 29, 2009

Hampir ke penghujung.

 Hari ni, aku bersama sama Anis Zulaikha dan Mira Othman keluar bersama. Masa banyak dihabiskan di Bordes Garden sahaja. Sudah lama aku xkeluar bersama kawan kawan, mana xnye. Aku bukan reti menetap kat rumah ni. Tapi atas sebab sebab tertentu, duduk terbongkang jela kat rumah. Besh jugak tadi walaupun xada aktiviti. Alhamdulillah, aku semakin ok dari sehari ke sehari. Semakin boleh terima kenyataan. Terima kasih kepada yang ambil berat.


3 hari lagi 2009 bakal tamat. Alhamdulillah, aku hadapi tahun ini penuh dengan suka dari duka. Banyak jugak pengalaman dan ilmu yang aku belajar. Agak sedih jugak mungkin tahun ini kali terakhir aku bergelar pelajar sekolah. Tahun depan belum tentu lagi aku akan menjejakkan kaki di sekolah kebanggaan kuh. Tapi itulah kenyataan. Setiap orang tetap akan hadapi nya. Bila di sekolah, kadang kadang hilang semua tekanan. Yela kan dapat jumpa dan tengok kawan kawan dan orang tertentu. Aha, sangat besh oh. Tapi ada jugak duka nya, adat kehidupan. Tambah lagi saat ini masalah tentang keluarga aku. Aku berharap tahun 2009 akan berakhir dengan gembira. Bersama dengan FAMILY, SIStersayang, KAWANKAWAN. Apapun yang bakal berlaku aku akan terima dan belajar. Insyaallah, aku akan belajar menjadi orang yang berilmu. Tidak semestinya ilmu di dalam buku sahaja. Seperti kata pepatah 'Jauh perjalanan luas permandangan'.

P/S: Sangat rindu, rindu dan rindu dia.

Saturday, December 26, 2009

Serabut.


Aku xtaw nak gambar kan perasaan aku saat ni. Serabut sangat sangat. Aha. Air mata kuh senang sangat mengalir. Kadang kadang uh da xleh nak kawal. Adoi. Tolong la aku. If sebelum ni, aku memang susah sangat nak mengalir. Keliru, tension, dan sedih jugak. Aku xtaw la apa yang aku leh buat. Aku nak semua jadi macam dulu. Aku rasa sunyi sangat. Aku nak semua orang ada kat sisi aku. Sis, family, dan kawan kawan. Ha. Aku memang suka mengarut. Harap sangat semua boleh jadi macam dulu. Boleh buat aku tersenyum, boleh buat aku ketawa. Tapi tuh la kehidupan, aku kena terima dengan redha dan percaya pada ketentuan nya. Allah xkan bagi dugaan tuh kalau kita xboleh nak tanggung. Aku kena perlu kuat kan semangat aku. Kena tolong mama, mama lagi serabut pk masalah nih. Dia mara mara aku pon sebab tension. Insyaallah lama lama semua akan ok. Aku sangat berharap.

Ha. Kepada semua calon PMR MGSian. Aku ucapkan tahniah kat semua yang dapat keputusan yang baik. Yang xdapat keputusan yang diharapkan, korang ada masa lagi. Belajar leklok k. If korang rasa da kecewa kan parents korang. Tunjuk lek yang korang boleh bangga kan mereka.
Aku takut sangat bila keputusan SPM keluar. Sama ada aku kecewa kan mama n papa atau aku bangga kan mereka. Doa kan aku dapat keputusan yang baik eh. Amin.

Monday, December 21, 2009

Terkejut.


Pergh.! Bila aku dengar, aku terkejut gila. Tahla, aku taw macam mana pasaan nya. Aku pon sedih , tapi apakan daya. Tuh keputusan nya, aku redha aku terima walaupun susah. Aku taw mama lagi susah nak terima, aku taw mama kuat. Tapi perempuan, kuat mana pon dia tetap akan lemah jugak bila perkara macam nih jadik. Aku kena tolong dan tanggung semua ni. Aku xnak kakak aku taw, adik adik aku taw. Apa reaksi dorang nanti?? Aku yang keras ni pon rasa susah, payah, sakitgila, sedih yang teramat, macam mana dengan yang lain. Belum sampai masa nya untuk dorang taw. Biar la aku simpan, diam kan je. Aku taw kakak aku lagi susah untuk terima nih sume. Dia bukan keras macam aku. Biar dia belajar dengan tenang. Aku xtaw betul ke keputusan nih. Mama ambil masa yang singkat untuk buat keputusan nih. Tapi tuh yang mama nak. Aku harap jugak mama akan ubah fikiran. Aku xtaw macam mana nak gambar kan perasaan aku. Memang. Keras keras aku nih pon, aku tetap mengalir. Tapi aku xkan tunjuk sume ni, lagi lagi kat mama. Aku xtaw nak cite kat sapa, aku xnak ganggu sapa sapa. Tapi aku tetap mengharap kan seseorang yang boleh bantu aku, yang boleh ringan kan beban aku. Tah. Aku rasa aku masih kuat untuk tanggung sume ni. Jiwa aku blur, kosong, kacau, macam macam. Aku xtaw apa nak buat. Aku xdapat pk apa yang aku boleh buat.

Friday, December 18, 2009

Hang out.

Hari ni sangat penat dan seronok. Memandang kan tido hanya lebih kurang 4 jam, nak bangun pon macam nak xnak je. Pukul 8 pg kot da bangun. Ingat nak keluar uma rilex2 je, sebab pukul 10.30 pg baru dorang nak jumpa kat sekolah. G sekolah sebab kena hantar buku teks. Tapi xjadi, adik aku Zikry ada apoiment kat HKL, tolong hantar dia n ajar dia balik sendiri je. Mama n papa ada hal pulak, xdapat nak hantar. Penat kot dala jauh, dengan bawak buku yang sangat banyak tuh.

Da hantar dia, terus gerak g sekolah. Sempat jugak sampai sekolah tepat pada masa nya. Da selesai semua tuh, kami terus gerak g CM. Yang lain da tunggu kat sana. Akhirnya plan nak g karaoke n main bowling. Aku layan jela.

Mula mula karaoke tuh kat KTV Imbi kot, aku bese la. Seorang yang pemalu. Kan kawan2?? hahaha. Duduk duduk je, layan pon macam biasa je. Baru nak panas kan badan konon nya. Tidak lama selepas itu, bermula la kegilaan aku. Kitaorang yang dalam lingkungan 14 orang memekak kat dalam uh. Bayang kan, besh an2??hehehe. Kitaorang siap wat gigs sendiri. Moshing kat dalam bilik uh. Part  uh yang paling besh sekali. hehehe. Melompat cam orang baru belajar melompat. Ha, bukan rock je ada, dangdut pon layan gak. Gelek ramai ramai. hahha. Memang besh la.

Then, kelaparan melanda kami semua. G makan kat TS, kami xselalu g sana ye:). Kami bukan nya budak budak hot.:P Selepas makan terus g main bowling. Seperti biasa, keje aku membahan orang. Xmain pon lagipon aku memang xpenah join dorang main bowling. Tolong membahan n mengelak kan dorang je. heheh. Kejam sungguh aku ni. Tapi tuh la adat manusia kan, gelak kan orang lain je. Bukan aku je yang macam tuh. Anis athirah da bengang aku asyik bahan dia. Ala weh, aku main main jela. Sory k?? Ko xmarah kan2? Tahniah eh, ko pemenang hari ni.Sebelum tuh, tetiba Anis zulaikha n Najiha paksa paksa aku main. Macam macam dorang paksa. Act aku xnak sebab  takot kena bahan balik. heheh. Yela aku asyik gelak kan orang je kan. Akhirnya, aku akur pada permintaan dorang. Aha, semua suka la tuh, leh bahan aku if aku xreti main ke an. Nak taw x?? Aku xmalu pon, walaupon aku xpenah main. Tapi not bad kan2? Bangga weh:). Lepas tuh terus balik. Penat kot.


Diana dan Aku.



Mereka.



Anis Athirah, Najiha dan Anis Zulaikha.



Aku dan Mira.



Anis zulaikha, Fairuz dan Naz.



Anis athirah.



Gila.



Mereka.



Anis zulaikha dan Najiha.



Besh melompat.



Farah dan Intan.



Xtaw kenapa nih.



Siapakah dia yang bergelek sakan??



Bowling.



Juara.



Nadhirah dan Intan.


 Aku t'pk bila lagi la kitaorang dapat keluar macam nih lagi. Ramai ramai. Yela ada yang nak keje la nanti, xduduk KL, sambung belajar bila dapat result, n macam macam hal. Nak jumpa mesti susah, xpon xramai macam selalu. Aku harap kita semua xlost contact kan weh.

P/S: Rindu, rindu dan rindu.

Sunday, December 13, 2009

Outing.



Hari ni aku bangun agak lewat, biasa la cuti kan. So tido pon lambat, da dekat 5 hari aku tdo pukul 5 atau 6, sejak da abis spm. Mata aku ni pon satu, bila nak tido xnk pulak dia tutup. Semalam Shahril mesej aku, ajak outing esok ngan dia. Mula2 xjadi mama xbagi, tetiba mama bagi. Aku g jela lagipun da lama aku xg outing, pukul 3 lebih jumpa dia kat BK Masjid Jamek. Lepak kejap, then baru gerak g Dutamas kot nama tempat uh(dekat2 ngan hartamas and jalan duta). Naik moto weh tapi bukan rempit eh. hahaa. Ada birthday party, setahun baru si comel tuh,12 Dis. Happy birthday ye sicomel. Agak meriah la gak. Da abis tuh lepak kedai mamak jap. Penat weh da lama xouting punye pasal. Then Shahril hantar balik. Thank ye Shahril, walaupun ko xtaw jalan nak balik. Kesian. Sory la if ko sesat. hehehehe. Shahril banyak ajar aku pasal fotografi. Banyak benda aku xtaw. Pukul 8 lebih aku sampai uma.



Shahril Ikhwam.


Sara. Birthday girl.


Kek ni comel kan??


Budakbudak.


Kesian bear tuh kena pukul je dengan budakbudak tuh.


Aku la tuh. By Shahril.

Balik2 aku kena kemas bilik, mama da mara bilik aku bersepah sangat. Kemas la kan, penat kot. Sampai pukul 1 lebih weh. Online la kejap kan, melepas kan rindu xonline hari ni. hehehe. Men webcam ngan Ecar 'Atika Rosdi'. hahaha. Rindu ko jugak la Gedix. Nanti kita kuar eh, ko belanja la. hehehe. Okla aku nak try tido ni. Kepala da sakit sangat.

P/S: Banyak aku belajar hari ni. Thank weh.

Wednesday, December 9, 2009

Ice Skating.

Hari ni aku pergi ke Sunway Pyramid. Jam dalam lingkungan pukul 2. Aku, Baby n Umi bertolak bersama2. Memandangkan adik aku iaitu Baby nak g sangat sebelum aku abis spm lg dia da ajak. Bawak jugak la kan. Masa balik, Baby da kepenatan kesian dia. Semangat sangat main. Pulang pon agak lewat, dalam pukul 8.


Umi dan si Baby

Dorang lagi.

Aku dan Umi.

Ye. Aku lagi.


Kenapa?
Kenapa?
Kenapa??!

Tolong boleh? Aku xtaw kenapa, aku sangat memerlukan seseorang sekarang. Da mengalir pon air mata aku. Tahla. Aku rasa macam something wrong. Aku xtaw apa, tetiba air mata ni mengalir je. Ah, buat apa susah kan orang lain. Lagi tambah masalah orang tuh, bukan aku sorang je ada masalah. Apalagi rock the world la. Nyanyi plus jerit sorang2. Ya allah. Bawa2 la bertenang, dekatkan diri padanya. Insyaallah. Lagi bertambah tenang. Fikir2 la pe yang wat aku jadik begini. Ayooo.

P/S: rindu la.