Tuesday, December 29, 2009

Hampir ke penghujung.

 Hari ni, aku bersama sama Anis Zulaikha dan Mira Othman keluar bersama. Masa banyak dihabiskan di Bordes Garden sahaja. Sudah lama aku xkeluar bersama kawan kawan, mana xnye. Aku bukan reti menetap kat rumah ni. Tapi atas sebab sebab tertentu, duduk terbongkang jela kat rumah. Besh jugak tadi walaupun xada aktiviti. Alhamdulillah, aku semakin ok dari sehari ke sehari. Semakin boleh terima kenyataan. Terima kasih kepada yang ambil berat.


3 hari lagi 2009 bakal tamat. Alhamdulillah, aku hadapi tahun ini penuh dengan suka dari duka. Banyak jugak pengalaman dan ilmu yang aku belajar. Agak sedih jugak mungkin tahun ini kali terakhir aku bergelar pelajar sekolah. Tahun depan belum tentu lagi aku akan menjejakkan kaki di sekolah kebanggaan kuh. Tapi itulah kenyataan. Setiap orang tetap akan hadapi nya. Bila di sekolah, kadang kadang hilang semua tekanan. Yela kan dapat jumpa dan tengok kawan kawan dan orang tertentu. Aha, sangat besh oh. Tapi ada jugak duka nya, adat kehidupan. Tambah lagi saat ini masalah tentang keluarga aku. Aku berharap tahun 2009 akan berakhir dengan gembira. Bersama dengan FAMILY, SIStersayang, KAWANKAWAN. Apapun yang bakal berlaku aku akan terima dan belajar. Insyaallah, aku akan belajar menjadi orang yang berilmu. Tidak semestinya ilmu di dalam buku sahaja. Seperti kata pepatah 'Jauh perjalanan luas permandangan'.

P/S: Sangat rindu, rindu dan rindu dia.

No comments: