Thursday, November 1, 2012

Selesai Diploma Show. Jemput ke exhibition TARING pula.

Setelah selesai segala nya, Diploma Show Photography sudah selesai. Sekarang masa mencari kerja sementara tunggu untuk sambung Degree dalam bulan 3, itu pun jika ada rezeki. Jadi siapa yang ada kerja kosong? Mari bagi ke sini. Tetapi masih ada exhibition TARING menanti kami, pada 8 Nov 2012 di PORT, Ipoh. Jemput la semua ke sana. Terdapat karya kami dan juga pensyarah. Dan juga, menunggu keputusan aku untuk Diploma dengan hati yang berdebar debar.

Selepas itu, aku perlu mencari sesuatu yang patut di buat dan perlu membuat sesuatu untuk mencari pengalaman dalam bidang ini. Mengharapkan peluang datang dengan banyak. Dan membina keyakinan yang betul betul yakin untuk terus maju. Insyaallah. Dan aku percaya, untuk berjaya aku perlu restu dan sokongan. Aku tidak minta pujian atau perkara yang melalaikan. Aku mengharap kata kata semangat untuk buat aku bersemangat. Untuk menjadi bagus juga memerlukan masa. Masa yang digunakan untuk membuat sesuatu itu. Mungkin lebih senang di panggil karya. Aku perlu masa untuk menghasilkan karya supaya menjadi semakin baik. Setelah aku melakukan sedikit carian, editing atau retouching sepatutnya tidak dilakukan sehari dan sekali. Sepatutnya dilakukan berhari hari dan meneliti sebaik mungkin. Maksudnya bukan berhari yang melalaikan tetapi berhari yang meneliti setiap inci gambar. Mungkin bagi sesetengah orang, bidang ini senang. Cuma perlu tangkap dan siap. Jadi, setiap orang adalah berbeza untuk menghasilkan karya mereka. Apa yang aku perlu percaya dan yakin pada diri.

Aku mahu menjadi seseorang yang berbeza dan mahu terus berusaha dari apa yang pernah aku lakukan. Aku harap aku mampu. Aku harap aku dapat jadi yang terbaik. Aku harap aku berusaha bersungguh sungguh. Aku cuma mengharap sokongan dan kata kata semangat. Aku serius. Aku tidak tahu kenapa semangat aku lain macam dan tak pernah rasa seperti ini. Semangat yang terlampau. Aku hanya perlukan ruang dan peluang menghasilkan karya, sama ada bekerja di mana mana atau bekerja sendiri. Aku masih mengharap kerja dari kalian mungkin?

Buat masa sekarang aku cuba ambil masa yang ada untuk membuat sedikit retouching pada gambar aku. Membuat penambahbaikkan. Sikit sikit. Lama lama mungkin akan jadi lebih bagus. Aku memang gemar menghadap laptop berjam lamanya. Aku harap ia berhasil dan baik hendaknya.

Masa akan menentukan segalanya. Masa akan memberi aku peluang membuat karya. Yup. Masa.
Sokongan akan memberi aku kekuatan. Sokongan membakar semangat aku. Itu sokongan.
Usaha akan menentukan sama ada aku layak ke tidak berada disitu. Jadi aku perlu dan mesti usaha sehingga aku tak mampu melakukan lagi.

Inilah Diploma Show nya.

Ini pula exhibition itu nanti. Jemput ye! Tolong sebarkan.