Wednesday, March 31, 2010

18 da ke? Macam tak je.


Umur da meningkat, tapi pendek jugak. Da dikurniakan badan comel macam ni, redha jela. Tak mampu nak tinggi da kot. haha. Harap aku jadi lebih baik dari semalam. Memang la, sapa nak jadi lagi teruk dari semalam kan? Apala.

Biasala kan, ada macam macam cara 'wish'. Mesej, call, kat wall FB, macam macam. Terima kasih banyak banyak sebab ingat tarikh lahir diriku, ayat tak boleh bla aku ni. Tak sangka pulak ramai yang wish, lagi lagi kat FB, cikgu pun ada. Mungkin dorang terbaca kat FB tu, kalau yang ingat tu lagi la aku hargai. Menyusahkan je taip taip tu. Moga doa korang Allah makbul kan. 

Thanks mama, walaupun tak banyak mana, tapi tu pun da syukur sangat. Takde la yang istimewa sangat dari wish tu, cousin belanja makan dan pertama kali aku memandu, tadi ada kelas memandu, petang. Aku saja pergi, dari hampa je kat rumah. Kira ada jugak la aktiviti sempena hari istimewa aku. 

Ada diantara beberapa orang yang aku harap kan wish aku dan diantara nya masa untuk aku, bukan hadiah. Aku tak kisah sangat. Yela, menyusahkan orang buat apa. Cuma 1 hari masa untuk aku, bukan la 24 jam, sejam pun da cukup. Tapi.. Takpe aku faham, mereka busy sangat tu. Hampa sikit je, tak banyak sangat kot. Kot la.


Aku baru pasan Chot post ni untuk aku, pukul 3 am.(31.3.10)


Sekali lagi, aku ucap kan RIBUAN terima kasih kat korang yang wish aku. Ok la jugak hari ni, takla teruk sangat. 

Sunday, March 28, 2010

Earth hour 2010 la.

Enak kan bila terbayang kita tengah melayang layang? Ala, yang macam burung terbang tu, bebas je rasa. Seperti dunia ni ana yang punya. Tapi dunia ni, realiti nya bukan aku yang punya. Kalau aku yang punya, memang la enak je. Enak gila, macam makan masakan mama. Da lama aku tak makan mama masak, mama busy dengan kedai kat melaka. Aku guna enak ni sebab aku ni kuat makan kot. Agak nya la.

Kenapa kan aku rasa macam tengah melayang layang? Memang enak la. Korang penah rasa enak kan? Gembira gila kan. Tapi, kadang kadang, enak tu datang sekejap je. Sebab hidup ni macam roda, sekejap kat atas, sekejap kat bawah, sekejap enak, sekejap tak enak. Aku takut la kalau enak tu sekejap sangat. Kalau sekejap tu jadi lama kan enak. Bila bernasib baik atau memang takdir, enak tu lama, bersyukur sangat kepada MU ya ALLAH. Aku mohon padaMU agar enak nya berkekalan. Doa kan aku eh korang?

Korang rasa la kan, kenapa aku post situasi ni? Aku pun tak tahu kenapa, mungkin aku ni da terlebih masa. Almaklum la, penganggur terhormat. Atau pun korang tahu sebab lain? Mana la tahu korang pun penah rasa melayang layang macam aku ni. Tolong bagi respon ok? hahaha. Sekurang kurangnya, aku tahu kenapa dan apa sebab nya. Lagi satu, aku nak jugak tahu ada ke yang baca blog aku ni. Korang bagi respon. takde la aku tertanya tanya. Jasamu akan ku kenang, kalau dapat balas balik ok jugak.

Earth hour, tapi macam tak je aku rasa. Kat BB terang je lampu, aku rasa la.

Monophone2010.

Wednesday, March 24, 2010

Solomon Kane.

Hari yang memenatkan tetapi best. Jauh perjalanan. haha.


 
OK la.


Segan siot.


.


Gumbira aku.

Aku bangun pagi  hari ni?? Macam sesuatu yang agak pelik. Selalu nya aku akan tidur pagi, bangun tengah hari. Tu tak pelik untuk aku, sampai kena perli dengan huda. Tidur pun hanya beberapa jam. Semata mata nak pergi hari sukan MGSKL.

Hari ni mungkin antara hari yang gumbira buat aku. Eh, mesti la. Dapat jumpa cikgu, kawan yang gilagila dengan adik kesayangan. Tambah pulak LOWE dapat no.2, tak kisah pun tak juara. Sedikit sedih, junior aku, bomba kesayangan tak dapat no. pun. Aku harap kot kat korang, sekurang kurangnya ada no. ,tapi tak pela takde rezeki. Harap tahun depan korang buat yang terbaik. *malu kot.

Hoi dia, best la tadi dapat jumpa. Rindu sekian lama tak jumpa. Kawan, aku gumbira dengan korang rini. Bising gila kan. Sayang korang :)

Bomba.



Aku, huda.

Saturday, March 20, 2010

Monophone.

7.00 am.

Tadi pergi event monophone dekat kolej Atika rosdi. Thanks ka :) .

Cool, layan, gempak, best, sedikit bosan kekadang.











P/s: Da lulus, jom rempit? Tak sabar nak drift pulak.

Friday, March 19, 2010

Mungkin la.

Bila bertekad nak berubah, kita harus selesaikan dulu masalah silam. Kita tak boleh lari dari masalah, kalau lari jugak, masalah tu sentiasa akan kejar kita. Main kejar kejar macam kat sekolah rendah dulu, masa rehat je mesti main kejar kejar. Tapi, bila selesaikan, semua akan tenang mungkin. Apabila pernah lakukan kesilapan, mungkin akan ada akibat nya dikemudian hari. Mungkin. Kenangan silam mungkin tidak dapat dilupakan sama ada baik atau buruk. Tapi kenangan silam tu boleh jadi pengajaran untuk kita.

Tadi petang ada urusan penting dimahkamah. Mama terpaksa turun KL untuk setengah hari. Untuk mengurangkan kebosanan pergi ke kedai di BB. Alang alang kat BB, dapat idea nak tengok V3: Samseng jalanan. Aksi dia menarik la jugak. Umi terpaksa menemani aku.

Mungkin esok aku ada ujian lesen untuk merempit. Nanti sesiapa nak ikut aku rempit jom? hahaha. Mungkin dalam sebulan ini, aku ada ujian lesen untuk drift. Jom drift kat Sepang? Ada berani? :P


Minum petang.

Monday, March 15, 2010

Ketagih weh.

Ketagih? Bunyi lain macam je, jauh sekali rokok, apatah lagi dadah. Tidak tidak, mintak jauh la dari semua tu. Aku ada baca satu iklan ni setiap kali perjalanan ke Melaka. Boleh dikatakan kerap lalu situ, da hafal jadinya. Papan iklan ni terpapar gambar serta ayat yang lebih kurang berbunyi "dadah ialah hidangan dari neraka." Bunyi nya macam ngeri je. Terus terbatal niat nak mencuba. haha. Mengarut! Aku tak pernah terniat pon. Kalau da ketagih memang tak boleh buat apa, bukan nak cakap besar tak hisap rokok. Mana tahu tetiba boleh terjebak. Kuatkan la iman hambaMU ni Ya Allah.

Macam da tersasar jauh tujuan aku nak menulis ni, sebenarnya nak bagi tahu. AKU DA KETAGIH NAK UPDATE BLOG. Rindu gila la tapi apakan daya, idea tidak boleh dipaksa. Kang jadik karangan BM dan BI untuk SPM, hancur ayat, idea apatah lagi. Sepuluh kali pon boleh ulang benda yang sama. Ala ala buat karangan sebab nak siapkan homework la konon. Ala memang blog aku macam karangan darjah lima.

Konklusinya, aku update blog ni hanya nak korang tahu, sekali lagi aku ulang ayat yang sama *betul kan aku cakap, bila xde idea ulangan akan berlaku. AKU DA KETAGIH NAK UPDATE BLOG.

P/S: Homealone selama seminggu.

Edit by: Busu. Photo by: Acik.
2009.

Sunday, March 14, 2010

Baik punya, semangat kembali !



Aku curi video ni dari seorang blogger yang aku tidak kenali. 

Kata kata dari Busu aku,
*You are the one drive your live, dont let others drive your live. 
*Adik, kejayaan hidup seseorang tu bukan berdasarkan berapa A dia dapat dalam SPM. Tapi macam mana dia atur hidup dia. Ramai orang boleh dapat straight A's but they fail in their life, just believe what i said.

Terima kasih jugak yang bagi semangat dan percaya dekat aku. Tidak kurang juga yang memandang rendah. Terima kasih banyak banyak.

P/S: Maaf, menyepi sedikit ye kawan, DOWN sangat la. 

Thursday, March 11, 2010

Hasil aku? Alhamdulillah.

Pagi pagi sudah diganggu, bangun dengan keadaan yang terkejut. Makcik datang rumah kejut macam rumah nak terbakar sebab dia nak tahu sangat keputusan SPM aku. Aik, siapa yang ambil SPM ni? Semangat nya dia, mungkin dia mengharap. Aku dijemput oleh Anis zulaikha, Najiha dan Anis athirah, biasala tu yang lain cuma mereka menaiki kereta.

Hati memang tak berdebar langsung, cuma perasaan nak menangis je. Tak tahu kenapa, mungkin risau yang amat sangat. Apabila da menjejak kan kaki ke MGS baru debaran tu terasa.

Biasala, semua yang jarang hubungi aku atau hampir setahun tanpa berita, hubungi aku sebab nak tahu keputusan aku. Agak ramai, kenapa ni? Free nya semua hubungi aku. Ke dapat kredit percuma sempena keputusan SPM. Terima kasih pakcik, makcik dan kawan kawan sebab ambil tahu pasal aku. Aku tetap dengan keputusan aku, tak kan bagi tahu orang keputusan aku. Walaupun baik atau teruk. Maaf! Hanya yang bersebab sahaja, aku hargai korang cuma.........

Aku dan Anis athirah antara pelajar yang agak lambat ambil keputusan walaupun tiba awal. Nak tenang dulu sambil tengok kawan yang menjerit, ada yang hampa, ada juga yang gembira gila. Bila aku dapat keputusan tu, aku keluar dulu dari dewan baru tengok keputusan aku. Aku jadi kaku.

Ok, beres da! Penantian dari bulan disember da terjawab. Aku syukur dan redha, tu yang aku da buat. Makan dengan Atika rosdi * kekurus aku. haha sebelum pulang.

Mesti semua nak keputusan semua A. Ini kan ibu bapa sendiri, aku tak bagi tu, aku da hampa kan mereka. Tapi ini yang aku da buat. Cuma sokongan dan doa aku minta untuk aku sambung belajar dan mungkin berjauhan dari mereka bila ada rezeki dapat sambung belajar.

Aku mintak maaf kepada SEMUA, korang aku nak simpan benda ni sendiri. Harap korang faham kenapa aku tak bagi tahu, ada sebab tersendiri.

Muka tunggu turn. Kelas ramai sangat.

Sunday, March 7, 2010

Kereta tu,

Hajat mahu mencuci mata terlaksana, tapi sebelum tu harus menempuh dugaan dulu. Bunyi macam serius kan. Sebenarnya tidak ada yang berlaku pon. Cuma kawan aku, Anis zulaikha da dapat lesen jadi pemandu kami la dia, kereta dia ada masalah sikit. Seperti biasa keluar dengan Anis Athirah jugak, ada Mas dengan Acie *Acie da puas ke lepas rindu kat aku. hehe. Memang memekak jela kalau da ramai ramai. Ke event 

ART FOR GRABS March 2010: Slurp It Up!, seronok bila dapat lihat bermacam benda, kreatif. Da ada kereta tu, jangan harap nak balik awal. Pergi taman kat PJ, menghirup udara segar sambil makan aiskrim. Malas pulak aku nak bercerita agak terperinci. Malam pulak aku menghabiskan masa kat kedai mama di BB. Dari duduk rumah tanpa buat apa apa. Lagi la bosan kan. Malam buta Atika rosdi bersama Beberak dia dengan Pnut datang lepak. Dia rindu aku tu, sebab tu la datang. haha. 


Jakun kan.


















Menjalani kehidupan yang lain dari yang lain seronok jugak kan. Sesuatu yang tidak dijangka ke, kita akan belajar benda baru, pengalaman baru, dan semua nya serba baru. Mungkin suatu hari nanti. 

Friday, March 5, 2010

Aku pun sama.

Lupa? Perkara biasa. Kita semua mudah lupa. Contoh? Ada macam macam, boleh fikir sendiri. Ok, aku bagi contoh yang paling senang. Kita cepat lupa bila dapat atau nak yang baru tak pun bila kita senang. Betul kan? Bagi aku betul, sama ada barang, orang dan apa sekalipun. Rasa nya semua orang pun sama.

Sebab? Senang je, sebab kita tak reti bersyukur atau menghargai. Tapi bila benda tu da lepas atau kita hadapi kesusahan. Baru nak sedar, da terlambat benda pun da jadi. Apa boleh buat, menyesal da tak guna.

Rasanya semua orang ada hadapi benda yang sama sebab tak ada satu pun manusia yang tidak buat silap. Memang tak ada. Manusia tak sempurna tapi kita boleh perbaiki kesilapan tu selagi tak terlambat. Tapi bila benda tu da terlambat, kita kena ingat kesilapan tu supaya tak berulang lagi. Kalau ulang balik kesilapan yang sama, memang rasa bodoh sangat. Memang bodoh, bodoh sangat. Sangat sangat.

Cukup la tu, mata da kuyu ni. Apa susah, jangan lupa menghargai je. Aku tahu cakap memang senang, memang pun. Harap aku tak ulang la. Perbaiki kelemahan sendiri, tak guna asyik berfikir tentang kelemahan sendiri tapi tak buat apa apa. Baiki jela, kalau kereta tu kita tengok je berasap tapi tak betul kan. Rosak jela jadinya.

Ni kes tak boleh tido awal.

Monday, March 1, 2010

Tayar pancit pulak da.

Seperti biasa la, aku akan berulang alik KL-Melaka. Bak  kata Anis athirah,'tu macam sebelah rumah je kan. petang pergi melaka,tengah malam balik KL. ingat rumah cik na ke depan rumah.? HAHA'. Boleh dikatakan setiap hari. Nama kedai ni Gosip Santai, power an nama mama bagi. haha. Tadi petang baru gerak dari KL, balik pulak dalam 1 pagi. Dalam masa 10minit macam uh baru perasan tayar pancit. Nasib baik ada family ni tolong, dala jalan gelap, biasala jalan kampung kan. Agak ngeri jugak, mana la tahu ada orang yang xsepatut nya.

Tadi chat di Facebook dengan cikgu Ekonomi Asas masa aku Form4, Miss Lim. Dia bagi tahu result SPM mugkin akan keluar 11 Mac ni.
Perbualan antara Miss lim dan aku.


A=aku.
M.L=Miss Lim.

M.L: 11 mac menunggu anda utk berita gempar anda.
A: yeke cikgu??
M.L: tu yg org lain bagi tau.
A: oh. xcomfirm? ada ckp 10, ade ckp16.
M.L: ntah lar... janji bulan 3.
A: tahu, takut oh.
M.L: dah nasi jadi bubur.... hadapi jer lar hakikatnya.
A: yela cikgu. hehehe.
M.L: nanti cikgu bagi kamu tisu kalau u nangis.
A: hahah. perli ke?? xpela. terima je. doakan sye ye .
M.L: tangisan kegembiraan.... mana lar perli. dah lulus ujian bawa kereta?
A: ok. yela. takut jugak. byk sgt main dulu, baru nak sedar
M.L: bukan takat main..... tdor pun ada.
A: hahaha. cikgu. shhhh. diam2. malu saya.
M.L: tak pe... u duduk depan sekali, x ada org nampak kecuali sy dan DD.
A: hahaha. cikgu ni. segan. bukan nak tido. tp TErtido ckgu.
M.L: sbb cikgu ni pandai bercerita utk buat kamu tdor kan... boleh lar sy masuk pertandingan utk tdor kan kanak2. wakakaka.
A: hahaha. ok la tu cikgu. ckgu ajar ok. tp mata sy ni ha. xbole dgr lama2.
M.L: biasa lar... sy pun sama juga...
A: hehhe. ckgu xmara ke sy tido?? sorry eh ckgu.
M.L: buat oe nak marah... cuaca panas dan pengudaraan bilik kamu org teruk...
A: ckgu ni. baik btol.
M.L: sy memahami... sbb sy pun x tahan.. tp bila kelas waktu pagi, semua aktif jer... baru ni tau.... terlambat dah... sy memahami... sbb sy pun x tahan..
A: hehe. sy ni je byk hal kot, tp da terlmbt, result pon nk keluar da.
M.L: ok lar... nak zzzz.
A: ok2:). see u soon. nite.
M.L: nite... nanti cikgu bagi tisu paper yer...
A: hehhe. ok.


Bila keadaan da tenang. Aku memberanikan diri bagi tahu mama yang result SPM mungkin akan keluar dalam minggu depan.

Perbualan antara mama dan aku.

A= aku.
M=mama.

A: Ma, result keluar minggu depan kot.
M: Alhamdulillah.
A: Kalau teruk macam mana??
M: Kau kawin jela terus.* nada memerli.
A: Mama ni... xnak la.
M: Kau xlulus, kerja dengan mama jela lepas ni.
A: Ha. boleh. Mama kena bagi kereta satu. hehhe. Ma kalau teruk xmara kan?
M: Mara la, nanti pukul pakai rotan. * perli lagi.
A: Yela mama.* aku da mengalir bukan sebab mama mara, tapi kesal banyak main.

Akhirnya, mama nanti cari kan jugak mana mana untuk aku belajar. Aku tahu mama akan buat terbaik untuk anak anak. Thank mama, sayang mama.

Sebenarnya da penat ni. Mata pulak xboleh nak tutup. Saja menghabiskan masa depan skrin ni.

P/S: Jemputla datang Gosip Santai, Bandar Baru Sg. Udang, Melaka.