Thursday, March 11, 2010

Hasil aku? Alhamdulillah.

Pagi pagi sudah diganggu, bangun dengan keadaan yang terkejut. Makcik datang rumah kejut macam rumah nak terbakar sebab dia nak tahu sangat keputusan SPM aku. Aik, siapa yang ambil SPM ni? Semangat nya dia, mungkin dia mengharap. Aku dijemput oleh Anis zulaikha, Najiha dan Anis athirah, biasala tu yang lain cuma mereka menaiki kereta.

Hati memang tak berdebar langsung, cuma perasaan nak menangis je. Tak tahu kenapa, mungkin risau yang amat sangat. Apabila da menjejak kan kaki ke MGS baru debaran tu terasa.

Biasala, semua yang jarang hubungi aku atau hampir setahun tanpa berita, hubungi aku sebab nak tahu keputusan aku. Agak ramai, kenapa ni? Free nya semua hubungi aku. Ke dapat kredit percuma sempena keputusan SPM. Terima kasih pakcik, makcik dan kawan kawan sebab ambil tahu pasal aku. Aku tetap dengan keputusan aku, tak kan bagi tahu orang keputusan aku. Walaupun baik atau teruk. Maaf! Hanya yang bersebab sahaja, aku hargai korang cuma.........

Aku dan Anis athirah antara pelajar yang agak lambat ambil keputusan walaupun tiba awal. Nak tenang dulu sambil tengok kawan yang menjerit, ada yang hampa, ada juga yang gembira gila. Bila aku dapat keputusan tu, aku keluar dulu dari dewan baru tengok keputusan aku. Aku jadi kaku.

Ok, beres da! Penantian dari bulan disember da terjawab. Aku syukur dan redha, tu yang aku da buat. Makan dengan Atika rosdi * kekurus aku. haha sebelum pulang.

Mesti semua nak keputusan semua A. Ini kan ibu bapa sendiri, aku tak bagi tu, aku da hampa kan mereka. Tapi ini yang aku da buat. Cuma sokongan dan doa aku minta untuk aku sambung belajar dan mungkin berjauhan dari mereka bila ada rezeki dapat sambung belajar.

Aku mintak maaf kepada SEMUA, korang aku nak simpan benda ni sendiri. Harap korang faham kenapa aku tak bagi tahu, ada sebab tersendiri.

Muka tunggu turn. Kelas ramai sangat.

No comments: