Friday, February 10, 2012

Aku perlu sokongan dan teguran yang membina. Serius ni.

Aku diam, senyap, hanya kedengaran bunyi bingit keluar dari komputer riba kesayangan ini. Otak seakan terlampau penuh dengan maklumat yang susah untuk dihadam. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Terlampau banyak benda untuk difikirkan. Asignment yang tak pernah habis sehingga final. Keadaan sekeliling tak dapat buat aku tenang.

Aku perlukan penyokong yang boleh beri aku sokongan. Dan pendorong yang boleh beri aku dorongan untuk terus buat apa yang aku sedang buat sekarang ni. Aku kabur. Mungkin buta. Aku tak tahu apa yang aku buat in betul ke tidak. Aku bersyukur, sentiasa ada mama papa dan keluarga untuk jadi pemangkin semangat aku. Aku tak tahu apa akan jadi kalau mereka tiada. Serius, aku tak boleh bayangkan. Aku jugak bersyukur kawan yang sentiasa ada untuk aku. Aku perlukan teguran yang membina supaya aku menjadi yang sepatutnya. Tegur yang buat aku faham. Aku ni lambat untuk faham kadang kadang.

Keserabutan otak aku buat aku tidak boleh berfikir. Kerja aku tak boleh jalan macam ni. Aku luahkan kat blog ini, aku sebenarnya tak faham apa yang aku tulis sekarang ni.

Sekeping gambar ini bertujuan, aku sebenarnya nak cuba buat blog gambar. tapi tak tahu lagi jadi ke tak.

gambar wedding haritu.