Monday, November 29, 2010

AWAS! KERJA SEDANG DIJALANKAN kot.

Aku ni jenis susah nak marah, nak nangis, nak gaduh gaduh ke apa. Memang susah. Tolong jangan mulakan. Kalau da mulakan, aku boleh jadi bukan diri aku. Bukan la nak cakap aku baik, aku tau aku jahat. I always try to be good friend for everyone. Sekali lagi ni bukan nak tunjuk tunjuk baik. Aku selalu cuba untuk jaga hati orang dulu lepas tu baru aku fikir pasal aku. Fine, macam menipu kan. Memang kadang kadang kita kena pentingkan diri. Tapi bagi aku, selagi aku mampu lebihkan orang dulu lepas tu baru aku. Aku tak kisah. Kalau dengan orang yang aku sayang, lagi aku akan lebihkan dari diri aku walaupun kadang kadang benda tu bagi kesan kat aku. Aku tak kisah. Selagi kita boleh berkorban untuk orang. Apa salahnya kita buat. Kita tak tau sampai bila kita hidup dengan dia. Walaupun dia hanya kawan, contoh.

Ini bukan nak bangga diri ke apa. Ramai jugak yang kata kat aku, antaranya 'Anis ko tak payah baik sangat. Nanti orang pijak kepala'. Ada sorang kenalan kat UITM pernah cakap kat aku, 'anis ko tau tak, ko antara orang yang paling baik aku pernah jumpa. Aku macam WAH. WTH!. Gila ke apa yang aku dengar ni.

Walaupun aku dengar macam tu, aku macam masih nak betulkan diri aku setiap masa. Mana ada manusia sempurna, aku tau. Orang yang gila gila baik pun ada musuh, inikan orang macam aku ni. Mulut lepas je, nak cakap apa, aku cakap je. Masa sekolah pulak, ada jugak yang aku ada sakitkan hati. Expxis, kalau boleh aku nak pergi mintak maaf, jumpa leklok. Buat macam dulu dulu, tapi sebagai kawan la.

Aku akan buat baik kat orang yang sepatutnya. Kalau dia macam lahanat*qaqa pinjam ayat :P aku tak layan dia. Malas nak layan orang macamtu tak dapat apa. Aku boleh layan, tapi tak dapat der aku nak berkorban untuk ko. Sorry.

Alfatihah, nuru huda rosalan :(

Ye, rambut baru. :P

Saturday, November 27, 2010

Bisan sangat. Eh, bosan sangat.

Bosan kan bila tak tahu nak buat apa. Bosan sangat. Harap maklum ye, bosan bukan bisan.  Bila da bosan aku cari la apa apa benda untuk dibuat entri. Entri ni memang bosan.

Semalam aku sampai KL dan sekarang tak tahu nak buat apa. Esok, sabtu, tak tahu nak buat apa. Kepada sesiapa yang free jom keluar? haha. Pergi shoot ke apa best jugak ni. Camera tu beku dalam beg je ha. Kesian betul. Ahad da ke Melaka balik. Tolong mama jaga kedai. Isnin mama masuk wad kat KL ni, selama tiga minggu. Sebab kena buat radioterapy. Aku tolong jaga kedai kat Melaka tu. So di Melaka la aku tiga minggu tu. Sesapa nak datang lawat jom la. Banyak bilik kosong. hee. Boleh tolong aku sekali. Gaji takde ah. Boleh lepak lepak. Teman aku dikala kebosanan. :D

Ni gambar photo booth aku selama cuti ni. Bosan tau x. :P Sebab bosan la jadi gila macam ni. hee

syafiq, umi, monsif, umar, anis :), baby.

baby, anis :), iki, monsif.

anis , baby

baby, anis, iki, monsif.

anis, baby

anis, aish

anis:)


Alfatihah, nurul huda rosalan. Rindu.

Wednesday, November 24, 2010

MGSKL#1

Aku suka zaman sekolah aku. Bagi aku zaman sekolah paling best. Walaupun baru setahun tinggalkan sekolah, macam lama je da berlalu. Rindu. Rindu sangat sangat.

Semuanya seronok. Kawan kawan, senior, junior, pxis. Teringat bila latihan kawad, marah kawan yang lain main main. Masa training bola baling, hoki, dan rumah sukan. Tu semua aku tak leh lupa. Enjoy buat semua tu. Menang sama sama, penat sama sama, paling best main sama sama.


Bila dalam kelas pulak, belajar sama sama, cikgu takde bising sama sama, merayau pergi toilet sama sama * kalau pergi toilet ni, xsah kalau sorang dua je, kalau boleh satu kelas, tidur sama sama, eh silap. Tidur ni tak sama sama. Kebanyakkan aku je yang tidur.

4T/5T

Bila pasal tugas. Memang kadang kadang kepercayaan yang cikgu dan kawan kawan bagi agak berat. Aku masih lagi enjoy buat semua tu. Marah anak buah aku, kadet bomba. Memang angin tapi aku seronok bila kita buat semua sama sama. Cikgu pulak bagi macam macam kerja, penat jugak. Still enjoy. Asyik tangkap gambar untuk event ni, event tu. Cikgu ni punya kerja lain. Cikgu tu pulak. Tapi aku tak tau kenapa, aku still enjoy dengan semua tu.
Rindu korang!

Sidang redaksi. Snap sana sina.

Aku masih lagi tak boleh lupakan dia. Bila aku buat sesuatu. Kadang kadang mesti ada dia. Selain dengan kawan, dia yang selalu aku habiskan masa kat sekolah. Kadang kadang hantar dia balik rumah bila balik sekolah. Teman dia buat itu, buat ini. Bila event sekolah duduk sekali dengan dia. Mesti seronok kalau aku dapat kongsi macam macam dengan dia sampai sekarang. Ok. Sekarang masa untuk aku sendiri. Tak perlu nak mengadu dengan dia dah.

Rindu senyuman tu. Alfatihah. 

Ramai yang da menceriakan zaman sekolah aku. Terima kasih korang! Aku takkan pernah lupa semua tu. Memang banyak nak cerita tapi nanti la sambung.

Tuesday, November 16, 2010

Tak payah nak trend sangat.

Aku risau bila rata rata manusia sakarang ni suka sangat letak Nikon dan Canon kat leher(muka riak tu) lepas tu melepak depan Pavilion. Ok. aku tahu. Tu menunjukkan Malaysia ni da ramai orang yang konon nya berjiwa seni. Lebih lebih lagi dalam bidang fotografi ni. Tapi betul betul ke dorang ni berjiwa? ke dorang ni saja nak ikut TREND. Yela, bila sorang pakai jaket kulit, semua pakai. Bila sorang pakai seluar senteng, semua pakai. Okla yang tu fesyen. Tapi dorang tau tak pasal kamera ni? yang ada kamera tu atau yang kawan dia. Cuba tanya diri sendiri atau kawan korang. Tau ke benda basic ni, aperture, shutter speed dan iso. Tanya dorang apa guna semua tu. Guna untuk apa, bila gelap macam mana. Kalau dorang da lepas tu, baru tanya pasal lain. 

Banyak yang aku tau. Semua yang orang panggil SAMPAH ni guna auto. Memang la tak salah. Tapi buat apa guna kamera mahal tapi guna auto. Eh, yang orang panggil sampah ni, aku dengar dari orang orang yang da pro kot. Bukan aku yang cakap. Aku sampaikan je. Memang kebanyakkan semua baru nak belajar. Tapi tolong jangan malukan golongan yang betul betul minat ni. Kami malu pada yang da pro. Mereka tetap panggil budak budak baru ni sampah. Sebab nila setitik, rosak susu satu tin. Mereka panggil kami ni ikut trend. Memang mula mula aku pun pernah guna auto tapi tak perlu la nak tayang depan Pavilion tu. Janji gambar blur belakang. Tu je ke yang korang tau? Aku bukan berlagak, aku dulu puas cari apa sebenarnya DSLR ni, belajar sendiri. Tak pulak aku berdiri depan Pavilion lepas tu buat group ramai ramai penuh kan depan tu. Lepak lama lama kena halau dengan guard.

Lagi satu, dorang ni berani buat job sendiri. Bagus la berani, tapi sebab harga korang yang murah. Pro tak dapat job. Rata rata masyarakat tentu tentu pilih yang murahkan. Masyarakat bukan tau sangat kualiti bagai tu. Kebanyakkan yang belajar fotografi ni yang tak dapat job. Belajar macam nak mampus. Habis duit beli ni, beli tu. Print gambar kena reject, print lagi sampai lecture puas hati. Pergi shoot sana sini. Kalau pergi duit minyak free takpe. Bayar model lagi.  Memang adat belajar. Aku pun tak salahkan sesiapa. Belajarkan mana boleh berkira.

Aku cakap ni pun. Aku masih baru, aku rasa ilmu aku dalam bidang ni macam zero lagi. Kebanyakkan course mate aku lebih baik. Malu kot kadang kadang. Tapi tu tak buat aku lemah ke apa. Memang minat aku mendalam. Aku harap sangat impian aku tercapai. Angan angan aku memang tinggi. hee. Wish me luck ok.:)

Alfatihah untuk Nurul Huda Rosalan. imysangatsangat.

Ini sifu pernah cakap, 'jangan lupa acik bila da berjaya'.
takkan la acik, hehe . :)

Monday, November 15, 2010

Habis da semester satu. :)

Saat untuk berenjoy da tiba. Ye, cuti sem telah menghadirkan diri. Cepat sangat ha da habis satu semester. Laju betul masa berlari eh berjalan. Suka tu memang memang la. Mana taknya, dapat balik ke tanah air. Duduk kat SI tu ok la tapi bosang sangat ha. Bukan ada apa sangat pun. Kalau nak keluar pun kena fikir 2,3,4 kali.

Balik balik je da sibuk. Bershooting. Ikut sifu ke majlis nikah. Memang penat. Pengalaman tu penting. Pertama, aku dapat pakai lens 70-200mm. Syok gila. Tapi berat sampai lenguh tangan ni. Dapat pinjam je. Kalau aku punya tu mesti bertambah syok. Selama ni berbekal lens kit aku je ha. Bila da ada 50mm, memang lagi excited melayan. Mama, thanks for the laptop. :)

Cuti ni mungkin aku akan habis kan masa tolong mama kat melaka. Melepak dengan kawan kawan. Paling penting cari pengalaman tang camera. Lupa pulak ha, ritu drive tak lepas. Nak ambik lesen lagi ke tak ni. *masih fikirkan.

Monday, November 8, 2010

Kau tetap dihati.:)

Semakin hari semakin aku semakin jauh dengan kau. Aku semakin melupakan saat bersama kau. Walaupun kau telah hilang dari pandangan, kau tetap dihati. Kenapa aku boleh lupa kenangan bersama kau? Dulu, sejak kau pergi, setiap masa aku akan teringat sesuatu pasal kau. Tapi sekarang, jarang sekali. Memang betul apa yang orang cakap. Dapat yang baru, lupa yang lama. Aku tak pernah cari seseorang yang boleh buat aku lupa kau. Dan aku tak kan. Walaupun ada yang datang. Aku tak nak semua ni buat aku lupa. Aku rindu sangat semuanya. Hingga akhir hayat. Kau tetap dihati adikkuh. Alfatihah buat Nurul Huda Rosalan. Imysangatsangatadikgedik.

Sunday, November 7, 2010

Harapan.Aku.

Macam mana hidup tanpa masalah, pencapaian, atau apa apa je? Bosan.

Masalah buat kita matang. Buat kita lebih berhati hati. 

Pencapaian? Buat kita mahu berusaha. Takkan selama nya hidup hanya pada kadar selesa. Gila bosan. Setiap hari benda yang sama. 
Selama ni, parent aku bagi apa yang aku nak. Keperluan asas. Bukan keperluan. Tapi lebih kepada kehendak kot. Kadang kadang aku cuba tak mintak semua tu. Tapi naluri ke nafsu, aku pun tak tau. Mesti nak dapatkan jugak. Da ada telefon, rosakkan. Mintak lagi. Pendek kata. Sepanjang aku hidup, semua benda aku dapat. Bukan semua tapi kebanyakkan. Tapi alhamdulillah, parent aku mesti usahakan. Aku syukur ada mereka. 

Aku harap suatu hari nanti aku akan capai apa yang aku impikan selami. Impian aku mungkin angan angan yang tinggi melangit. Memang banyak sangat la impian aku. Banyak. Sangat banyak. ye! Memang banyak. Aku harap, aku mampu balas segala kepayahan dorang yang membesarkan kami. Mereka boleh bagi apa yang aku nak. Kenapa aku tak? Aku akan buat mereka bangga ada kami adik beradik.

Banyak yang aku da hampakan mereka. Aku masuk bidang photography pun bukan pilihan pertama mama. Mama nak aku ada kerja yang boleh jamin masa depan. Mungkin sesiapa dalam bidang ni takkan setuju. Mama bagi aku buat apa yang aku minat tapi lepas aku da ada kerja tetap. Yelakan, berapa ramai sekarang yang da ada camera. Walaupun mama membantah sedikit. Aku tau. Mama tetap sokong apa yang aku buat. Mama tetap bagi keperluan aku dalam bidang ni. Mama tetap bagi aku semangat untuk buat semua yang aku minat.

Aku harap impian aku suatu hari akan tercapai. Aku akan tunjukkan kat semua apa yang aku buat takkan sia sia. Harap aku jugak mampu buat papa, mama, adik beradik bangga dengan aku. Walaupun bidang ni tak sehebat doctor, enginner ke apa. Doakan aku hingga berjaya ye semua. Insyaallah. Terima kasih. :)

Lama betul tak update blog. Blog ini semakin bosan.