Tuesday, November 16, 2010

Tak payah nak trend sangat.

Aku risau bila rata rata manusia sakarang ni suka sangat letak Nikon dan Canon kat leher(muka riak tu) lepas tu melepak depan Pavilion. Ok. aku tahu. Tu menunjukkan Malaysia ni da ramai orang yang konon nya berjiwa seni. Lebih lebih lagi dalam bidang fotografi ni. Tapi betul betul ke dorang ni berjiwa? ke dorang ni saja nak ikut TREND. Yela, bila sorang pakai jaket kulit, semua pakai. Bila sorang pakai seluar senteng, semua pakai. Okla yang tu fesyen. Tapi dorang tau tak pasal kamera ni? yang ada kamera tu atau yang kawan dia. Cuba tanya diri sendiri atau kawan korang. Tau ke benda basic ni, aperture, shutter speed dan iso. Tanya dorang apa guna semua tu. Guna untuk apa, bila gelap macam mana. Kalau dorang da lepas tu, baru tanya pasal lain. 

Banyak yang aku tau. Semua yang orang panggil SAMPAH ni guna auto. Memang la tak salah. Tapi buat apa guna kamera mahal tapi guna auto. Eh, yang orang panggil sampah ni, aku dengar dari orang orang yang da pro kot. Bukan aku yang cakap. Aku sampaikan je. Memang kebanyakkan semua baru nak belajar. Tapi tolong jangan malukan golongan yang betul betul minat ni. Kami malu pada yang da pro. Mereka tetap panggil budak budak baru ni sampah. Sebab nila setitik, rosak susu satu tin. Mereka panggil kami ni ikut trend. Memang mula mula aku pun pernah guna auto tapi tak perlu la nak tayang depan Pavilion tu. Janji gambar blur belakang. Tu je ke yang korang tau? Aku bukan berlagak, aku dulu puas cari apa sebenarnya DSLR ni, belajar sendiri. Tak pulak aku berdiri depan Pavilion lepas tu buat group ramai ramai penuh kan depan tu. Lepak lama lama kena halau dengan guard.

Lagi satu, dorang ni berani buat job sendiri. Bagus la berani, tapi sebab harga korang yang murah. Pro tak dapat job. Rata rata masyarakat tentu tentu pilih yang murahkan. Masyarakat bukan tau sangat kualiti bagai tu. Kebanyakkan yang belajar fotografi ni yang tak dapat job. Belajar macam nak mampus. Habis duit beli ni, beli tu. Print gambar kena reject, print lagi sampai lecture puas hati. Pergi shoot sana sini. Kalau pergi duit minyak free takpe. Bayar model lagi.  Memang adat belajar. Aku pun tak salahkan sesiapa. Belajarkan mana boleh berkira.

Aku cakap ni pun. Aku masih baru, aku rasa ilmu aku dalam bidang ni macam zero lagi. Kebanyakkan course mate aku lebih baik. Malu kot kadang kadang. Tapi tu tak buat aku lemah ke apa. Memang minat aku mendalam. Aku harap sangat impian aku tercapai. Angan angan aku memang tinggi. hee. Wish me luck ok.:)

Alfatihah untuk Nurul Huda Rosalan. imysangatsangat.

Ini sifu pernah cakap, 'jangan lupa acik bila da berjaya'.
takkan la acik, hehe . :)

6 comments:

Shahril Ikhwam said...

haha!! terbaik. bantai cukup-cukup. hidup photographer. haha!! aku terasa baii!! :((

Anis Amanina R said...

alaaa. bukan ko la. ko bkn duk melangok kt depan pavi tu.

Anonymous said...

seluar londeh trend jugakkan ?

Anis Amanina R said...

da x kot. trend tu da lama. byk yg da xikut, yg jiwa londeh je yg still buat :P hahahaha. sapa kah?

Anonymous said...

giloo hamekkk ko setepek:):)
nice:):)

Anis Amanina R said...

haha.thanks:) sapakah?