Sunday, November 7, 2010

Harapan.Aku.

Macam mana hidup tanpa masalah, pencapaian, atau apa apa je? Bosan.

Masalah buat kita matang. Buat kita lebih berhati hati. 

Pencapaian? Buat kita mahu berusaha. Takkan selama nya hidup hanya pada kadar selesa. Gila bosan. Setiap hari benda yang sama. 
Selama ni, parent aku bagi apa yang aku nak. Keperluan asas. Bukan keperluan. Tapi lebih kepada kehendak kot. Kadang kadang aku cuba tak mintak semua tu. Tapi naluri ke nafsu, aku pun tak tau. Mesti nak dapatkan jugak. Da ada telefon, rosakkan. Mintak lagi. Pendek kata. Sepanjang aku hidup, semua benda aku dapat. Bukan semua tapi kebanyakkan. Tapi alhamdulillah, parent aku mesti usahakan. Aku syukur ada mereka. 

Aku harap suatu hari nanti aku akan capai apa yang aku impikan selami. Impian aku mungkin angan angan yang tinggi melangit. Memang banyak sangat la impian aku. Banyak. Sangat banyak. ye! Memang banyak. Aku harap, aku mampu balas segala kepayahan dorang yang membesarkan kami. Mereka boleh bagi apa yang aku nak. Kenapa aku tak? Aku akan buat mereka bangga ada kami adik beradik.

Banyak yang aku da hampakan mereka. Aku masuk bidang photography pun bukan pilihan pertama mama. Mama nak aku ada kerja yang boleh jamin masa depan. Mungkin sesiapa dalam bidang ni takkan setuju. Mama bagi aku buat apa yang aku minat tapi lepas aku da ada kerja tetap. Yelakan, berapa ramai sekarang yang da ada camera. Walaupun mama membantah sedikit. Aku tau. Mama tetap sokong apa yang aku buat. Mama tetap bagi keperluan aku dalam bidang ni. Mama tetap bagi aku semangat untuk buat semua yang aku minat.

Aku harap impian aku suatu hari akan tercapai. Aku akan tunjukkan kat semua apa yang aku buat takkan sia sia. Harap aku jugak mampu buat papa, mama, adik beradik bangga dengan aku. Walaupun bidang ni tak sehebat doctor, enginner ke apa. Doakan aku hingga berjaya ye semua. Insyaallah. Terima kasih. :)

Lama betul tak update blog. Blog ini semakin bosan.


No comments: