Sunday, December 11, 2011

Tak kenal maka tak cinta.

Selamat pagi ahad semua, seperti biasa kalau pagi macam ni aku da sedar. Mesti tak tidur. Kemungkinan nak bangun awal tu amat jarang. Salah satu sebab aku tak tidur, sehari sebelum da bangun tengah hari.

Semalam sedikit perit untuk aku, nak pergi RTW tak do yang nak teman. Lepas hantar kakak aku ke stesen bas nak balik Melaka, aku nak gerak pergi jumpa manusia yang banyak berjasa untuk aku, EMB, Atika Rosdi. Motor rosak tengah highway, nak dipendek kan cerita. Duit melayang RM450. Isnin lepas aku da terbang RM300 beli charger laptop. Malam balik Melaka. Dan pagi ni papa nak bawak pergi shoot dan aku masih belum tidur.


Ini kisah yang sebenarnya.

Aku buat silap. Aku rasa bersalah. Aku menyesal dengan apa yang aku pernah buat. Aku pernah anggap kelemahan dia sesuatu yang buruk. Aku mengaku, aku pernah kutuk dia. Makin lama, aku makin terima semuanya. Malah, aku anggap dia kawan baik aku. Aku memang takkan ayat manis depan dia atau mereka yang aku sayang. Tapi aku akan cuba jaga hati dan buat apa yang aku mampu untuk mereka.

Aku akan cuba tidak menilai orang dalam jangka masa yang pendek. Sepatutnya sebagai kawan atau manusia yang prihatin, baik ke apa ke. Kita perlu bantu dia supaya tak buat salah. Bagitau dia, apa yang dia buat salah. Mungkin bagi dia, benda tu tak salah. So, aku kena bagitau yang aku tak selesa,dia akan ubah. Mungkin. Aku mintak maaf dekat sesiapa yang rasa ini untuk dia.

Kalau kena tegur, siapa tak melenting? Cuba bagi tau? Aku pun akan melenting. Cuma kalau orang tu matang, dia akan dengar dan cuba ubah. Aku nak orang tegur aku tapi beradap la kan. Aku memang akan melenting tapi lama lama mesti aku akan fikir balik.

Aku nak cuba tegur orang dan kurangkan bercakap pasal orang lain. Sebab aku percaya, BILA KITA BERCAKAP PASAL ORANG, ORANG PUN AKAN BERCAKAP PASAL KITA. So, kalau siapa tak suka perangai aku, tegur aku elok elok. Aku akan dengar. Insyaallah.


Rambut aku da boleh ikat tapi aku nak potong pendek balik.
Ini di kedai mama, Restoran Gossip Santai.