Sunday, August 28, 2011

Aku penyibuk.

Jarang. Jarang sangat aku menulis sekarang ni. Sibuk? Alasan tu tak berapa boleh terima. Sibuk tu ada juga kadang kadang. Salah diri sendiri, buat asignment last minute. Perangai itu memang tak pernah lari dalam diri aku. Azam nak berubah macam tak jadi. Salah satu sebab lagi, kat perak aku takde internet. 

Bila semakin matang kau akan berhati hati buat apa apa. Maksud aku macam kau nak beli barang, mesti kau akan survey dulu. Kalau kau nak makan, kau akan cari tempat yang sedap dan murah dan cepat. Tapi kalau pilih kawan? Susah nak menilai kawan dalam sehari dua, sebulan atau setahun. Belum tentu dia takkan khianat kau. Aku da biasa ditinggalkan. Aku da biasa sendiri. Dalam diri aku sentiasa nak orang ambil berat walaupun luaran nampak kasar dan macam tak perlukan sesiapa. 

Aku pernah terfikir untuk tidak berkawan terlalu rapat dengan orang sebab aku akan sibuk pasal orang tu dan mungkin buat orang tu rasa rimas. Ha, tu la aku. Penyibuk. Tapi sekarang aku da buat keputusan, aku kawan je dengan sesiapa dan rapat dengan sesiapa. Walaupun satu hari nanti dia tak percaya dan akan khianat aku. Walaupun masa tu aku da buat yang terbaik. Aku sanggup tanggung risiko tu. 

peMalas edit. 

Saturday, August 6, 2011

Bermalasan penat juga kadang kadang

Aku terbaring atas sofa panjang di ruang tamu rumah di Seri Iskandar. Sambil mendengar musik bingit. Bermalasan. Aku memang mahir bermalas malas ni. Mahir sangat. Housemate masing masing dalam bilik dengan urusan sendiri. Aku bosan. Tak tau nak buat apa.

Otak ligat berfikir tentang masa depan yang tak pasti. Aku berharap pada impian yang akan aku capai nanti. Insyaallah. Aku memang suka berharap dan bermimpi dan dan berimiginasi.

Kepala mamai. Mungkin kesan ubat batuk. Mungkin juga kesan makanan yang banyak masuk berbuka tadi. Tidur, da terlampau lama aku tidur tadi. Aku paksa diri untuk sedar sekarang ni.

Musik masih teman yang setia.

Kebosanan tetap berlaku.

Dan sekarang aku ambik keputusan pergi kedai nak online. hehe.

Ni Anne. 
Semalam aku buat studio sendiri kat rumah.

Kipas tak pernah bosan berpusing.

Terlentang. Terbaring. Mata memandang siling sambil melihat kipas ligat pusing. Kelajuan yang sama. Rutin kerjanya. Sesekali kedengaran bunyi 'koh' 'koh' batuk aku. Hampir seminggu menahan. Ligat kipas berpusing macam tu juga ligat kepala aku berpusing. Memikirkan satu hari nanti aku akan jalani rutin yang membosankan. Aku tak suka rutin. Kecuali makan. Makan adalah salah satu rutin yang menggembirakan aku. Walaupun hati aku kecewa.

Teringat aku pernah sampai ke tahap makan tak boleh menggembirakan aku. Ye, waktu tu memang sakit. Sakit yang mengajar aku kehidupan. Aku redha dengan sakit tu. Sakit yang mengajar aku menjadi manusia.

Kawan

Atas dasar percaya. Kepercayaan. Aku kongsikan apa sahaja. Semuanya. Jauh. Jauh dan jarang bertemu. Persahabatan terjalin. Masing masing mendoakan dan menasihati. Harap ia berterusan. Harapan. Jauh boleh membuatkan kepercayaan itu musnah atau semakin sedikit. Jauh juga boleh buat perpecahan. Dalam hati masing masing harap hubungi masing masing selalu.Tapi siapa yang lakukan? Ego? Mungkin. Sibuk? Alasan yang boleh dipakai. Tapi boleh diterima ke? Dalam hati ada perasaan was was. Kepercayaan memang susah diberi.

Apa saja hubungan memang banyak halangan. Kepercayaan. Memang berisiko.