Monday, August 30, 2010

Merdeka ke 53. :) Bangga aku sebagai rakyat Malaysia.

Satu hari tu. Aku terima berita tu. Sedih. Tak percaya. Bercampur aduk perasaan.

Aku cuba jadi stabil.

Aku akan tetiba ingat benda tu. Lepas tu akan akan terfikir. Fikir lagi. Dan fikir lagi. Aku sedang untuk stabil. Tapi. Tetap tidak boleh. Aku cuba jugak untuk stabil. Bukan untuk aku lupakan. Cuma terima benda tu. Susah. Susah sangat. Lagi nak lupa, lagi tak boleh. Lepas aku da penat. Aku tertidur. Harap esok aku stabil.

Esok tetap jadi benda yang sama.

Lusa pun sama.

Sebulan kemudian pun sama.

Sama jugak.

Sama lagi.

Aku memang tak boleh hilangkan perasaan itu. Tapi tu yang buat aku kuat dan matang. Mungkin. Aku tak tahu berapa banyak masa lagi yang aku perlukan. Aku tak ada jawapannya. Kosong. Mungkin masanya akan tiba. Mungkin.


Seri Iskandar.
Aku di dalam bilik. Tanpa berbuat apa apa yang luar biasa. Merdeka di bilik jela. Harap otak aku pun merdeka sama. Tak la dijajah lagi.

Friday, August 27, 2010

Seorang diri sedang angin meniup sepoi sepoi.

Salam. Sedang angin meniup sepoi sepoi. Macam nak hujan je petang ni. Redup betul. Sejuk je. Jarang sungguh bumi Seri Iskandar ni sejuk. hee.

Wah. cuti hujung minggu ni aku hanya duduk dalam ini tempat. Tanpa ada apa apa plan. Sensorang pulak dalam bilik ni. Roommate semua balik.

Tapi best jugak duduk sorang sorang ditemani muzik yang kuat kedengaran dan laptop kesayangan. Ha, bersama assingment terbaik punya banyak. Takpe bersusah dahulu bersenang kemudian. Aku tak balik sebab nak buat assigment ni. Nanti raya takde la menghadap je kerja ni. Raya pun ada assignment jugak. Kena pergi shoot jugak. Aish. Relax sudah anis.

Tak sabar nak cuti oh. Raya. Shopping. hehe.

Selalu jugak teringat dia. Rindu. Takde lagi suara dan lawak dia. Indah sungguh waktu dulu. Insyaallah kalau sempat nak ziarah dia. :"( ALfatihah nurulhudarosalan.

Lawa kan tempat ni.



Kellie's Castle.


Teluk batik. Ikan bakar terbaik.

Saturday, August 14, 2010

Sedang berada di HKL.

Aku sudah berada di KL. Berbuka bersama kawan terbaik tadi. Syok. Lama gila tak jumpa. Macam macam cerita ok.

Berada di HKL menemani mama tersayang. Hope semua nya bertambah baik. Amin.

Wah. Aku balik memang tak tenang. Assignment tak siap. Comfirm tak buat punya kalau kat KL ni. Kalau buat memang 10% . Kalau tak balik insyaallah buat banyak la jugak. Badan sekarang kuyu kuyu je. Tidur tak tentu. Setiap masa otak ingat projek yang berlambak dan tak siap. Aku harap aku kuat dan lebih rajin. HARAPAN aku tinggi.

Gua makin rindu dia. Lama gila tak jumpa family dia. Alfatihah untuk Huda.


Ini tatapan gambar tempoh hari semasa berSHOT. Syok.

Sipemalas nak turun.


Air kopi ni terbaik. :P


Ajaran sesat ku.


Classmate suka main lumba kereta.


Masa untuk pulang. 

Wednesday, August 11, 2010

Puasa hanya sebulan setahun.

Aku baru tiba di KL sekarang ni. Mama akan operate lagi. Esok. Lepas tengok mama, aku akan kembali ke tempat belajar ku.

Rugi rasa nya kalau aku tak ucap Selamat berpuasa kepada semua. Moga ramadhan kali ni penuh makna. Kali ni puasa, Huda da tak ada. Sedih. Tak sangka sebelum ni la kali terakhir berpuasa bersama sama. Alfatihah.

Kali pertama puasa di tempat lain. Jauh dari keluarga. Semangat jugak ni.

Classmate. Bershot di Lumut.

Sunday, August 8, 2010

Hujung minggu yang tak berapa hujung.

ARGH! Hujung minggu macam tak ada je. Esok da isnin, assignment dawai perlu dihantar. DAWAI? Aish. Semalam sehari suntuk bershot. Dari Ipoh ke Lumut. Dari pagi ke malam. Best! Yeah. Hanya sekejap saja kegembiraan itu. Semenjak bergelar pelajar. Istilah enjoy perlu di ketepikan sebentar. Ini yang aku pilih. Post ini memang pendek. hehe..


Gambar nanti la. Tenet sini manja sangat la. Tak ganas langsung.

Setiap masa akan teringat semua nya. Alfatihah.

Wednesday, August 4, 2010

Berehat sebentar sambil beronline.

Aku rasa sekarang tangan da tak berapa nak kayu. Macam da berseni sikit tangan aku ni. Ye, memang penat. Assignment TERBAIK ok. Berlambak lambak. Subjek ada lapan. Kadang kadang seronok, kadang kadang aku rasa penat sangat. Post kali ni memang pendek. Nak kembali berASSIGNMENT ni. Selamat malam semua. haha.

Muka penat. 






Alfatihah buat Nurul huda rosalan.

Sunday, August 1, 2010

NURUL HUDA ROSALAN#3

Rasa macam baru semalam aku berbual dengan dia. Rasa macam baru semalam berjumpa dengan dia. Semua nya macam baru.

Hakikat nya sudah 100 hari dia pergi. Hari ni juga tarikh dia menjadi adik aku, 1.8.2008. Sudah 2 tahun kalau dia masih ada. Makin lama, makin susah untuk aku. Semoga roh mu dicucuri rahmat. Huda tetap dihati akak sampai bila bila.

ALFATIHAH.