Monday, May 31, 2010

GAH sangat ha.

Akhirnya, setelah sekian lama tak bersosial yang betul betul sosial. Pergi GAH1, sokong Ernie. Btw cograt ye ko menang. Memang enjoy melayan mereka yang gila gila. Macam buat konsert sendiri je. Agak penat untuk menulis. Sedikit sisipan gambar yang dicuri dari ATIKA ROSDI.

Cerita menarik dan lebih panjang boleh didapati disini,http://ecarmiowboyot.blogspot.com/2010/05/gah-gah-ah-ah-ah-d.html

Gambar yang lebih banyak,
http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=236821&id=572887387


Separuh dari mereka.



Penat da.



LOVE.



.



..



Buat macam rumah sendiri ha.



Jejak kasih eh k.yan. Lama tak jumpa. :P


Takpenah lupa walau apapun keadaan, Alfatihah.

Friday, May 28, 2010

LOMO. suka la begini.

 Hari ni boleh dikatakan sepanjang hari atas motor. Rumah-bangsar-hospital-bangsar-rumah-salak south-rumah-central market-wangsa walk-pantai dalam-rumah-bb-rumah-bb-rumah. Penat jugak badan tapi gwmbira punya pasal. Kakak aku bagi LOMO. Suka sangat. Sangat sangat. Terima kasih kakakku. Apa pun, kamera lama masih dihati. 

Biasa punya je. SUKA.


Ini masih dihati. 


Rinduhudasangatla.Alfatihah, nurulhudarosalan.

Wednesday, May 26, 2010

Panas air kolam.

Pagi pagi buta dalam pukul 2 lebih, ditemani angin dan bulan purnama ditepi kolam air panas. Indah sungguh. Bila tengok bulan penuh teringat dia, sebab dia pun suka melihat bulan. Hobi bersama. Pagi ni selepas tutup kedai, pergi kolam air panas. Tenang. Syukur atas nikmatMU.

Aku terfikir, hidup ni lebih kurang macam mandi air panas jugak. Bila masuk kaki tu, perit jugak menahan sakit dan ambil masa yang lama untuk aku masukkan kaki. Perit tapi kesannya bagus untuk tubuh kita. Insyaallah. Kalau sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Semua yang tidak diingin berlaku akan mendatangkan kebaikan. Harapnya.

Wap dari air panas.



Panas sebenarnya.

ALFATIHAH buat Nurul Huda Rosalan. akaksayanghudasangat.

Friday, May 21, 2010

Cuba jela.

Aku rasa sunyi gila sekarang ni. Sekarang, aku lebih selesa di rumah sahaja. Tak pon tolong mama di kedai sama ada kat Melaka atau KL. Mood nak keluar tu tak macam dulu. Sanggup tak tidur, hari hari pulak tu keluar. Ada je benda. Tapi sejak kebelakangan ni. Jarang sangat. Plan pon takde.

Kawan kawan ada yang kerja, ada yang da start belajar, tak lama lagi, ramai lagi yang akan sambung belajar. Aku rasa macam semua da sibuk. Adik aku pulak da takde, rindu. Takde tempat aku nak mengadu. Biasanya, bila aku tensyen, ada masalah. Dia tempat aku luahkan. Dia sentiasa menyokong aku walaupun hakikatnya aku mungkin tak betul. Gembira. Kenangan.

Sekarang aku macam rasa give up. Aku macam da tak kisah apa nak jadi. Masalah, ujian, dugaan. Bermacam macam. Aku redha je. Family aku yang masih belum selesai masalah. Semangat aku macam da takde. Aku cuba jugak senyum dan buat normal. Aku cuba. Sedaya upaya. Apa yang aku mampu. Luaran memang nampak biasa, dalam hati ni sakit sangat. Susah. Bertimpa timpa ujian. Sabar, memang tu yang aku kena buat.

bahagia.




Alfatihah, Nurul Huda Rosalan. rindu huda.

Wednesday, May 19, 2010

Lawan takdir? Mana boleh.

Aku tak tahu aku ni cukup kuat ke tak hadapi semua ni. Aku keliru tentang perasaan aku apabila menerima berita ni. Saat aku masih tidak stabil, aku menerima berita mama menghadapi breast cancer. Aku takut, aku tak tahu. Syukur masih diperingkat awal penyakit ini dapat dikesan. Boleh diubati mungkin. Aku tidak sanggup jika mama pergi saat ini. Masih terlalu awal. Walaupun aku tahu, ajal bila bila akan tiba. Semua didunia ni pinjaman yang harus digunakan sebaik mungkin. Tapi apakan daya jika itu berlaku, tiada siapa yang dapat melawan takdir. Aku harap mama kuat dan berusaha untuk mengubatinya. Sebab usaha itu tangga kejayaan.

Allah bagi dugaan sebab dia tahu kita kuat untuk hadapinya. Aku mohon kepada yang membaca agar doakan semoga mama sihat. Aku akan cuba dan berusaha untuk jadi sekuat yang boleh. Harap adik aku yang baru lepas operation pinggul juga cepat sembuh. Aku harap keadaan akan semakin baik. Insyaallah.

Rindu macam dulu. happy.



Rindu. Alfatihah buat Nurul Huda Rosalan.

Sunday, May 16, 2010

Rindu rindu rindu.

Bila rindu seseorang, apa yang boleh buat? Bila dapat dengar suara atau lihat orang yang dirindui tersenyum. Itu da cukup. Cukup untuk aku. Cukup sangat. Tapi dalam situasi aku, aku tak mampu nak berbuat demikian. Haish. Rindu gila. Sangat sangat. 

Pernah rasa kehilangan? Maksud aku kehilangan selamanya. Tak dapat pun nak tahu perkembangan dia. Tengok pun tak. Sakit kot. Macam hilang tangan, ko rasa macam sentiasa ada benda tak kena. Semua yang ko buat guna tangan tapi bila takde. Macam tu jugak dia. Kebanyakkan yang aku buat, aku kongsi dengan dia, cerita dengan dia. Tapi bila dia takde, Aku nak kongsi dengan siapa?? Dengan orang yang selama ni tak pernah kisah pasal aku walaupun aku sebenarnya wujud?? Lain sangat. Kosong. Takut untuk sayang orang baru. Takut akan hilang macam dia. Buat masa ni, biarla aku sayang orang yang betul betul wujud dalam hidup aku. Supaya aku tak terkilan. Jaga la apa yang ada depan mata, jangan cari apa yang da ada. Melainkan bila patut berbuat begitu.

Ada yang cakap, yang da pergi kena relakan. Aku memang redha. Itu janji hambanya dengan Allah, setiap yang hidup pasti akan mati. Tak kekal. Ada jugak yang cakap sampai bila? Korang tahu, cakap memang senang. Cuba korang yang lalui. Bayangkan..

Aku pernah tulis yang blog aku, blog emo. Memang emo pon. Maaf la kalau bosan. Ha lagi satu, aku ada mintak pendapat korang tentang blog aku tapi takde respon langsung. Ni nak marah ni. haha. Terasa weh! Takpe la aku sedar blog aku tak seberapa. Takpe, blog ini hanya tempat untuk aku meluahkan, untuk orang yang nak tahu pasal aku. Thank you yang sudi membaca. :)

Nenek, dia jaga aku sejak kecil. pergi masa aku form4.


Huda. adik yang baik.

Alfatihah untuk yang sudah pergi.

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu, eh Hari Mama la. hehe.

SELAMAT HARI IBU, MAMA! ADIK SAYANG MAMA, HARAP MAMA KUAT DENGAN DUGAAN YANG ALLAH BAGI. SEMUANYA ADA HIKMAH.

Sebenarnya aku  kekeringan idea untuk menulis,  tapi rindu pulak nak bermadah. Rindu gila.

Aku semakin hari semakin kuat. Semakin matang. Semakin. Rindu. Semuanya. Hanya kenangan yang mampu menemani aku. Ada jugak beberapa kenalan yang menyatakan yang aku sudah lain. Lain dari Anis Amanina yang mereka kenal. Aku tak pasti apa yang lain. Bila aku mempesoalkan apa yang lain. Mereka tidak dapat bagi jawapan yang memuaskan hati aku. Nak jugak aku tahu apa yang lain. Tapi tak pela. Hak mereka.

Aku kadang kadang khuatir jugak adakah apa yang aku tulis orang akan suka. Memang sukar untuk puaskan hati orang lain sebab manusia tiada yang sempurna. Sering melakukan kesilapan. Mula mula niat dihati buat blog ni hanya sekadar main main. Tapi bila da lama lama, aku jadi ngairah untuk menulis. Agak dalam maksud ngairah tu. Aku cuba puaskan orang yang baca di blog aku. Cuba buat orang suka membaca. Aku mencuba. Tidak salahkan orang lain nak mencuba, cuba jela. Bila aku rajin menulis, membuatkan aku rajin membaca. Bukan niat untuk meniru penulisan orang lain tapi membuat aku berfikir bagaimana cara mereka menulis menjadi menarik.

Bila aku banyak membaca, banyak yang aku sedar tentang kehidupan. Tentang dunia dan akhirat. Bila kita membaca blog blog ni, penulisan mereka datang dari hati blogger itu sendiri. Pengalaman mereka. Jadi banyak jugak yang kita belajar dan sedar. Contoh macam orang tu suka mengembara, wartawan atau apa saja bidang mereka. Aku boleh rasa sendiri melalui penulisan mereka. Tak payah la aku jadi mereka baru aku boleh rasa.

Macam panjang sangat apa yang aku tulis.

Aku harap, apa yang aku tulis boleh meninggalkan kesan kat orang yang membaca. Kalau boleh kesan yang mendalam. Kalau boleh orang dapat ambil ikhtibar. Kalau boleh ada ilmu dari setiap penulisan aku. Kalau boleh. Jadi aku mengharapkan kepada sesiapa yang baca blog aku. Boleh beri pendapat, kritikan, kutukan dan pujian pun boleh. Harapan aku sangat tinggi kat korang. Tinggalkan pendapat korang. Aku tak payah tahu pun sapa korang.Aku hanya mintak pendapat. Harap korang bermurah hati. :) jasa mu akan ku kenang.


Alfatihah, Nurul Huda Rosalan. Rindu sangat.



MAMA.

Wednesday, May 5, 2010

Rindu masa lampau,

Banyak dugaan yang aku hadapi sejak akhir tahun lepas. Macam macam. Tapi tu tak buat aku berubah atau ambil serius, aku sedar, dugaan akan datang bila bila je. Sama ada besar atau kecil dugaan tu, kita tetap kita hadapi. Itu hakikat sebuah kehidupan di dunia ni.

Masalah family aku yang belum selesai walaupun hampir lima bulan, aku tau tak kan selesai dalam masa terdekat, aku buat tak kisah. Keputusan SPM aku yang tak dapat memuaskan parent aku, sedangkan mereka mengharap kat aku. Aku try cool, padahal aku yang lebih frust dari parent aku. Dan. Aku telah hilang seseorang yang aku sayang. Selama lamanya. Dia yang selalu dengar masalah, mengembirakan aku, macam macam. Aku masih sedih dan jadi kosong  bila dia da takde. Mungkin masa akan buat aku kembali normal. *Najiha, sorry la, nanti aku da ok sikit, kita huhahuha la eh.

Kalau boleh, aku nak ulang kan balik masa dan hidup dalam masa lampau. Tapi tu tak kan buat aku kuat, tak kan buat aku belajar. Tak kan buat aku jadi manusia yang sedar hidup ni hanya sementara. Bila bila ajal boleh datang. Tak kira la muda ke tua.

Memang betul pengalaman mengajar kita, tapi kalau kita ambil perkara tu terlampau serius pun susah kan. Kita kena belajar berdikari, selesaikan masalah tu. Bukan nya ambil benda tu jadi alasan untuk kita buang tabiat. Aku selalu dengar, tengok, macam dalam cerita semua tu. Pasal masalah family, terus jadi liar, terus hilang arah, bunuh diri. Pastu makbapak jugak yang disalahkan. Memang betul. Tapi bagi aku, aku da cukup besar. Insyaallah aku boleh fikir, mana baik, mana buruk. Allah kurniakan akal fikiran, untuk apa?? Untuk kita fikir sendiri. Mintak jauh perkara yang tak elok berlaku, aku harap iman aku cukup kuat. Kawan kawan, kalau aku lupa diri, TOLONG la ingatkan aku. Aku takut aku akan buat tanpa aku sedar.

Allah tu maha penyayangkan, sebab tu Dia bagi kita dugaan.

Alhamdulillah, aku dapat tawaran ipta, uitm perak. Aku bersyukur sangat walaupun jauh tah ceruk mana. Aku terima je. Mungkin itu memang rezeki aku. Pada yang dapat tu, tahniah la. Rezeki depan mata, gunakan. Yang tak dapat tu, insyaallah kalau ada rezeki. Akan dapat jugak walaupun lambat. Tak kira la, tingkatan enam ke, poli ke. Janji boleh belajarkan. Sabar ok, Allah bagi dugaan sebab Dia sayang hambanya.



19.4.2010.



Rindu Nurul Huda Rosalan, Al fatihah.