Friday, May 21, 2010

Cuba jela.

Aku rasa sunyi gila sekarang ni. Sekarang, aku lebih selesa di rumah sahaja. Tak pon tolong mama di kedai sama ada kat Melaka atau KL. Mood nak keluar tu tak macam dulu. Sanggup tak tidur, hari hari pulak tu keluar. Ada je benda. Tapi sejak kebelakangan ni. Jarang sangat. Plan pon takde.

Kawan kawan ada yang kerja, ada yang da start belajar, tak lama lagi, ramai lagi yang akan sambung belajar. Aku rasa macam semua da sibuk. Adik aku pulak da takde, rindu. Takde tempat aku nak mengadu. Biasanya, bila aku tensyen, ada masalah. Dia tempat aku luahkan. Dia sentiasa menyokong aku walaupun hakikatnya aku mungkin tak betul. Gembira. Kenangan.

Sekarang aku macam rasa give up. Aku macam da tak kisah apa nak jadi. Masalah, ujian, dugaan. Bermacam macam. Aku redha je. Family aku yang masih belum selesai masalah. Semangat aku macam da takde. Aku cuba jugak senyum dan buat normal. Aku cuba. Sedaya upaya. Apa yang aku mampu. Luaran memang nampak biasa, dalam hati ni sakit sangat. Susah. Bertimpa timpa ujian. Sabar, memang tu yang aku kena buat.

bahagia.




Alfatihah, Nurul Huda Rosalan. rindu huda.

No comments: