Saturday, July 31, 2010

Baru baru.

Sudah tengah malam sekarang. Waktu terbaik untuk menulis mungkin. Alhamdulillah syukur hidup aku semakin menarik dan banyak benda baru yang aku alami setakat ini. Yeah, boleh dikatakan semuanya baru. Tempat tidur, tempat belajar, tempat makan dan semua tempat la baru. Kawan juga baru.

Ok, bila aku sudah selesa dengan sesuatu yang baru. Ye, aku baru jadi seperti dulu. Seperti disekolah dulu. Sedikit peramah dan tidak pemalu sangat. Sebenarnya aku agak teruja dengan semua ini. Memang menarik. Bidang yang aku minat. Walaupun kerja yang agak banyak dan susah. Telah menjadikan aku orang yang agak berseni. :P Yela. Tangan kayu pun boleh lembut oh. Tak caya, meh la cuba sekali.

Walaupun aku agak lama berKAMERA tetap aku rasa jauh sangat nak capai tahap seperti mereka. Senior part6 fotografi semua sporting. Memang best, tidak sombong dan ingin memberi ilmu kalau ditanya. Dorang pun tak kisah nak tegur kami yang masih beberapa minggu ni. Ok INDUKSI memang best. Main belon air, tepung dan telur, pengalaman pertama oh. Syok habis.

Induksi bersama senior part6. 



Alfatihah, Ahad ni ada tahlil di rumah arwah. Nurul huda. yang kenal tu datang ok.

Friday, July 23, 2010

Rindu gila.


Saat langit da berwarna ala ala ungu. Aku masih belum mandi. Ah malas nya. Badan yang agak lemah membuatkan aku tak bermaya untuk bergerak. Tambah lagi faktor malas. Apapun assignment perlu dibuat.

Ye, aku sangat rindu Nurul huda rosalan. Aku rindu nak dengar suara dia. Bila aku sakit, ayat ni yang aku selalu dengar. 'akak ni degil la, pergi makan ubat. Kalau tak jangan mesej huda'. Ikut la kan. Sebenarnya untuk kebaikan aku jugak. Setiap kali aku akan teringat apa saja pasal dia.

Aku redha dia pergi tapi kenapa aku tetap macam ni? Kenapa aku jadi bukan diri aku? Kenapa aku jadi manusia emosi? Kenapa? Aku tak mampu nak hidup macamni. Maaf kat sesiapa yang terasa sejak kebelakangan ni.

Alfatihah untuk mu NURUL HUDA. I will always remember u. Sayang huda sangat.

Diantara pelajar foto.


Kawan kelas perempuan. Lelaki penyegan.

Wednesday, July 21, 2010

Sekeliling#4

Sedang keletihan, baru pulang dari fakulti jam sudah ke arah 11pm. Tambah tambah lagi tak cukup tidur. Di satu sudut, aku, laptop di atas riba, telefon di sebelah. Sedang aku asyik beronline. Telefon bergetar getar. Sudah beberapa kali telefon berkerja. Mata aku mengalir.

Seorang room mate di sudut yang lain sedang membuat serangga dawai. Dan tetiba seorang kawan bilik sebelah datang pinjam barang. Soalan bertalu talu. Aku tetap berdiam. Aku rasa cukup mereka dengan masalah mereka. Aku mampu. Mereka faham dan hanya berdiam diri. Masing masing meneruskan kerja yang sepatutnya.

Aku masih meneruskan aktiviti beronline. Ye projek berlambak. 150++ kotak perlu dilukis FREEHAND dan serangga juga. Seminggu sahaja. Mood tak ada. Memang alasan. Ok, aku tetap kena buat. Ni jalan yang aku pilih.

Seri Iskandar makin mengujakan. Aku harap aku tak hanyut. Ye memang dugaan dari pelbagai sudut. Kerja juga lebih banyak dari dulu.


Alfatihah, nurul huda rosalan.


Friday, July 16, 2010

Sekeliling#3

Tanpa mereka, aku tiada. Tanpa mereka, aku tidak hadapi pahit manis hidup ini. Pengajaran, ilmu, dan kenangan  yang aku dapat jugak tidak aku dapat tanpa mereka. Insyaallah, aku akan buat yang terbaik untuk mereka. PAPA MAMA. Adik akan banggakan semua.

papamama.

Mereka orang yang banyak pengaruhi hidup aku. Perasaan bermacam apabila mereka. Terima kasih jugak akak yang sentiasa ada untuk aku. ADIKBERADIK ku sampai bila bila.
..

Hanya gambar yang boleh ditatap. Hanya kenangan yang mampu ku kenang. Tiada lagi wajah mu. Tiada lagi suara mu. Tiada lagi gelagat mu. Apa yang mampu ku buat. Doa untuk mu. Kau tetap dihati, kenangan yang terindah. Tidak pernah menyesal dengan apa yang aku alami. Alfatihah buat mu.



Korang banyak menolong aku. Terima kasih ada untuk aku. Aku gembira saat bersama korang. Aku harap korang dapat maafkan kalau aku ada buat salah. Kawan, pxis, sesiapa saja yang rapat. Mereka yang pernah aku berkongsi macam macam. Walaupun kita da tak bertegur atau jarang bertegur. Aku tak perlu sebutkan. Korang lebih tahu, TERIMA KASIH.


                                                                  KORANG!!

Harap semua yang pernah aku alami. Jadi semangat untuk aku. Doakan kejayaan aku.

NURUL HUDA ROSALAN#2

Aku akan teringat dia bila aku rasa tak berapa sihat sebab setiap kali aku sakit dia tak suka. Dia cakap aku jadi lain, maksudnya aku akan senyap, sendiri, tak mengacau orang. Kadang kadang best jugak tengok dia risau. Dia memang ambil berat pasal aku. Aku rasa gembira bila ada yang risau. Sebab aku tau ada yang sayang aku. Tapi kat sini, aku tak leh nak ngadu kat sesiapa. Kakak sibuk belajar, aku tak nak kacau. Kawan lain pun sama. Parent aku sibuk kerja. Bf? belum lagi. Aku rasa susah nak percaya lelaki. Biarla semua datang sendiri.

Memang gembira saat dulu dulu. Semua orang dekat dengan aku. Sekarang. Semua baru. Aku kena tahan sendiri. Jaga diri sendiri.

Alfatihah.

Sunday, July 11, 2010

Sekeliling#2

Rasa macam lama pulak aku tak menulis disebabkan tenet yang susah nak dapat kat Sri Iskandar ni. Minggu ni aku tak balik. Mungkin minggu depan aku balik kalau tak ada pape. Agak gembira jugak walaupun dengan rela dengan tak rela. Bukan sebab belajar tapi kerana keadaan yang agak ulu dan nak keluar ke pintu masuk pun memang jauh. DAN ini broadband sewa. Line pun agak payah. Inikan tenet.

Aku harap semuanya akan kembali macam biasa. Aku harap semangat aku kuat setelah apa yang telah jadi.


alfatihah, nurul huda rosalan. Rindu gila.

Saturday, July 3, 2010

Hidup ni perlu MOVE ON.

Sepatutnya aku patut update blog ni sebelum aku pergi ke Perak. Tapi ni da sampai KL pun. Seminggu sahaja! HOMESICK kakak aku cakap. Selama seminggu di tempat orang. Memang macam jangal.

Alhamdulillah. Room mate ok. Kira ok la semua kat sana. Cuma belum biasa sangat. Ambil masa jugak aku untuk sesuaikan diri. Berhari jugak aku diam je. Lama lama ok da. Ye minggu orentasi memang penat, penat gila. Minggu destini siswa katanya. Apapun semua tu pengalaman. Lepas ni aku kena pakar jalan jalan kat Perak tu.

Akak kesayangan da gerak ke Sarawak tadi. Wah da rindu da. Baru beberapa jam. Akak kena kuat tau. Adik tau akak mampu untuk semua tu. Bukan macam adik, sentiasa nak harapkan orang lain. SAYANG AKAK SANGAT! Jaga diri tau.

Kata seorang sahabat yang da macam kakak aku. Hidup ni kena move on. Bagi aku memang susah. Suasana baru, semuanya baru. Tapi tu la yang membuat kita makin matang dan berani menghadapi masa depan kelak. Insyaallah. Kebanyakkan dari kita dah jauh dari kota kesayangan, tak pun tinggal di kota kesayangan sambil ditinggalkan. Di mana pun kita, kita dengan tujuan yang sama. BELAJAR. Nanti bila kita da habis belajar. Insyaallah semua akan capai cita cita masing. Aku harap kita sama sama tak lupa asal usul dan kawan kawan. Paling penting AMANAT ibubapa. Aku harap kawan yang lain sentiasa nasihatkan aku bila aku kelihatan hanyut dengan benda yang merepek.

Gua nak berKL kejap cuti hujung minggu ni. Sambil berWORLDCUP. Seminggu terperuk kat dalam Seri Iskandar tu.

Rindu huda sangat. Selalu sangat terfikir. Alfatihah.