Saturday, July 31, 2010

Baru baru.

Sudah tengah malam sekarang. Waktu terbaik untuk menulis mungkin. Alhamdulillah syukur hidup aku semakin menarik dan banyak benda baru yang aku alami setakat ini. Yeah, boleh dikatakan semuanya baru. Tempat tidur, tempat belajar, tempat makan dan semua tempat la baru. Kawan juga baru.

Ok, bila aku sudah selesa dengan sesuatu yang baru. Ye, aku baru jadi seperti dulu. Seperti disekolah dulu. Sedikit peramah dan tidak pemalu sangat. Sebenarnya aku agak teruja dengan semua ini. Memang menarik. Bidang yang aku minat. Walaupun kerja yang agak banyak dan susah. Telah menjadikan aku orang yang agak berseni. :P Yela. Tangan kayu pun boleh lembut oh. Tak caya, meh la cuba sekali.

Walaupun aku agak lama berKAMERA tetap aku rasa jauh sangat nak capai tahap seperti mereka. Senior part6 fotografi semua sporting. Memang best, tidak sombong dan ingin memberi ilmu kalau ditanya. Dorang pun tak kisah nak tegur kami yang masih beberapa minggu ni. Ok INDUKSI memang best. Main belon air, tepung dan telur, pengalaman pertama oh. Syok habis.

Induksi bersama senior part6. 



Alfatihah, Ahad ni ada tahlil di rumah arwah. Nurul huda. yang kenal tu datang ok.

No comments: