Wednesday, July 21, 2010

Sekeliling#4

Sedang keletihan, baru pulang dari fakulti jam sudah ke arah 11pm. Tambah tambah lagi tak cukup tidur. Di satu sudut, aku, laptop di atas riba, telefon di sebelah. Sedang aku asyik beronline. Telefon bergetar getar. Sudah beberapa kali telefon berkerja. Mata aku mengalir.

Seorang room mate di sudut yang lain sedang membuat serangga dawai. Dan tetiba seorang kawan bilik sebelah datang pinjam barang. Soalan bertalu talu. Aku tetap berdiam. Aku rasa cukup mereka dengan masalah mereka. Aku mampu. Mereka faham dan hanya berdiam diri. Masing masing meneruskan kerja yang sepatutnya.

Aku masih meneruskan aktiviti beronline. Ye projek berlambak. 150++ kotak perlu dilukis FREEHAND dan serangga juga. Seminggu sahaja. Mood tak ada. Memang alasan. Ok, aku tetap kena buat. Ni jalan yang aku pilih.

Seri Iskandar makin mengujakan. Aku harap aku tak hanyut. Ye memang dugaan dari pelbagai sudut. Kerja juga lebih banyak dari dulu.


Alfatihah, nurul huda rosalan.


No comments: