Sunday, December 11, 2011

Tak kenal maka tak cinta.

Selamat pagi ahad semua, seperti biasa kalau pagi macam ni aku da sedar. Mesti tak tidur. Kemungkinan nak bangun awal tu amat jarang. Salah satu sebab aku tak tidur, sehari sebelum da bangun tengah hari.

Semalam sedikit perit untuk aku, nak pergi RTW tak do yang nak teman. Lepas hantar kakak aku ke stesen bas nak balik Melaka, aku nak gerak pergi jumpa manusia yang banyak berjasa untuk aku, EMB, Atika Rosdi. Motor rosak tengah highway, nak dipendek kan cerita. Duit melayang RM450. Isnin lepas aku da terbang RM300 beli charger laptop. Malam balik Melaka. Dan pagi ni papa nak bawak pergi shoot dan aku masih belum tidur.


Ini kisah yang sebenarnya.

Aku buat silap. Aku rasa bersalah. Aku menyesal dengan apa yang aku pernah buat. Aku pernah anggap kelemahan dia sesuatu yang buruk. Aku mengaku, aku pernah kutuk dia. Makin lama, aku makin terima semuanya. Malah, aku anggap dia kawan baik aku. Aku memang takkan ayat manis depan dia atau mereka yang aku sayang. Tapi aku akan cuba jaga hati dan buat apa yang aku mampu untuk mereka.

Aku akan cuba tidak menilai orang dalam jangka masa yang pendek. Sepatutnya sebagai kawan atau manusia yang prihatin, baik ke apa ke. Kita perlu bantu dia supaya tak buat salah. Bagitau dia, apa yang dia buat salah. Mungkin bagi dia, benda tu tak salah. So, aku kena bagitau yang aku tak selesa,dia akan ubah. Mungkin. Aku mintak maaf dekat sesiapa yang rasa ini untuk dia.

Kalau kena tegur, siapa tak melenting? Cuba bagi tau? Aku pun akan melenting. Cuma kalau orang tu matang, dia akan dengar dan cuba ubah. Aku nak orang tegur aku tapi beradap la kan. Aku memang akan melenting tapi lama lama mesti aku akan fikir balik.

Aku nak cuba tegur orang dan kurangkan bercakap pasal orang lain. Sebab aku percaya, BILA KITA BERCAKAP PASAL ORANG, ORANG PUN AKAN BERCAKAP PASAL KITA. So, kalau siapa tak suka perangai aku, tegur aku elok elok. Aku akan dengar. Insyaallah.


Rambut aku da boleh ikat tapi aku nak potong pendek balik.
Ini di kedai mama, Restoran Gossip Santai. 

Friday, November 18, 2011

Takut

Ini yang paling aku takut sekali, bukan sekali, berkali kali. Aku takut sangat. Aku takut aku lupa. Aku takut aku tak boleh ingat semua yang aku pernah lalui dengan dia. Aku takut nak rasa apa yang aku pernah rasa masa dia takde dulu. Weh serius, macam mimpi kau tahu. Mimpi yang buat kau nak cepat cepat sedar. Hakikatnya itu bukan mimpi. Ianya realiti. Ye, kenyataan untuk aku, keluarga dia, kawan kawan dia.

Aku pernah cakap dengan seseorang, aku takut aku lupa kenangan aku dengan dia, aku takut satu hari nanti aku tak ingat dia. Tapi orang tu cakap, kau akan ingat dia, sebab kau sayang dia. Aku memang sayang dia. Sayang yang terlampau dan membuat aku rasa sakit sangat sangat.

Aku tak lupa dia, sebab bila aku ingat pasal dia, aku mesti menangis. Mestila menangis belakang orang, depan depan kena cover. Konon aku kuat. Aku boleh ingat kebanyakkan kata kata dia tapi aku lupa suara dia. Aku ingat riak muka dia, tapi aku lupa muka dia. Maksud aku, tak boleh nak bayangkan. Kalau tengok gambar tu, memang selalu ingat. Da makin melalut ni, sekian jela. Emosi aku da semakin elok.

Lagi beberapa hari aku akan pulang ke Seri Iskandar, meneruskan cita cita aku. Berazam lebih baik. Angan angan aku sentiasa kekal sama. Harap sangat ia menjadi kenyataan. Mari kita sama sama, berdoa dan usaha supaya sama sama berjaya. Amin.

Mai la tolong like page aku ni, Anis Amanina R Photography.
Terima kasih ye.

ok tak rambut aku? haha. 

Sunday, November 6, 2011

Selamat selamat semua

Cuti sem ni bukan lama, tapi aku menghabiskan masa bekerja. Sejak bekerja ni, habis aktiviti sosial aku terasa so-sial bila tak dapat nak bersosial. Tapi masa mula mula rasa macam tu. Bila fikir balik, buat apa yang kita tak suka memang akan jadi susah, boring, macam macam rasa yang tak best. Kalau buat apa yang kita suka pun susah apa. Bukan senang nak senang tapi bukan susah nak susah.

Masalah memang tak pernah lari dari sesiapa. Semua orang ada masalah. Masalah, susah nak kongsikan kat orang. Kalau kongsi pun, belum tentu orang tu boleh bantu. Bantu dengar pun da cukup bagus.


Pening tak baca? aku pun tengah pening nak tulis. Lama betul aku menghilang dari mengonline kan diri. Selamat hari raya aidiladha :)


Anis Amanina R Photography tolong like page ni. :)

Sunday, October 2, 2011

ENTRI YANG PANJANG TAPI KENA BACA.

 SEBAB INI ENTRI NAK MINTAK MAAF.



Malam malam macam ni, mungkin bukan malam, sudah hampir subuh. Memang menjadi kebiasaan aku belum tidur. Malam ini memang aku da tak tahu nak buat apa. Movie dan gambar dalam laptop ni aku da tatap. Tiba tiba aku terfikir kotak rahsia aku, bukan rahsia for real. Cuma dalam ni, ada hadiah, gambar, surat, kad raya dan birthday card yang orang lain and family aku bagi. Ada juga barang yang orang lain bagi aku simpan. Kalau yang besar besar aku tak boleh nak simpan dalam kotak ni. Kakak aku sweet ok, dia pernah bagi kad dan kotak kat aku, dalam kotak tu penuh dengan gula gula, comel dan banyak gila. Masa tu budak budak. Mana mampu beli yang mahal.

Aku tergelak, tersengih, rasa kelakar bila ada perkara yang tak matang. Contoh macam gaduh dengan kawan pasal benda kecil. Dan ada juga rasa sedih sebab kebanyakkan benda yang orang bagi, orang tu da takde kat sisi aku. Semua yang aku buat dulu terngiang kat kepala aku. Aku juga bersyukur sebab mereka pernah ada untuk aku. Walaupun hakikatnya, aku dulu bukan baik sangat. Contoh macam petsis ramai ramai (ini cool ok kalau dulu, da kira hebat kalau ramai petsis). Ini salah sebab peraturan petsis kat MGSKL, tak boleh petsis ramai ramai. Lebih kurang curang la tu. Memang kelakar bila ingat balik. Masa tu, tu benda jahat dan aku pula jenis melayan. Aku tak la hot kat sekolah tu. Mungkin sebab melayan dan huda antara orang yang rapat dan ada masa aku last year kat sekolah. Kira zaman kegemilangan la tu.

Banyak masa aku dengan dia dan kawan kawan. Tapi sekarang dia da takde. Cuma kawan kawan aku masih ada. Aku harap mereka tetap akan ada dengan aku. Mereka yang bagi semangat masa aku jatuh. Masa aku rasa dunia ni macam mimpi.

Semenjak dua menjak ni, kotak ni da jarang diisi. Kali terakhir, masa birthday aku tahun ni. Ada plastik tepung dan nota nota kecil budak kelas aku bagi, aad1173b. Aku ucapkan terima kasih kat semua yang pernah penuhkan kotak ni. AKU RINDU KORANG SANGAT. Aku nak mintak maaf kat semua. Semua yang pernah dan masih sayang aku. Aku harap walaupun ada antara kita da tak bertegur dan berjumpa, kita saling doa untuk yang lain. Kalau boleh, tegur la aku balik sebab aku ni pemalu. Bak kata orang, malu tapi masih mahu berkawan. Aku tak lupa jasa korang. Harap kita akan berkawan sampai bila bila. TERIMA KASIH SEBAB HARGAI AKU. Maaf untuk salah aku dulu ok? Ok tak ni? 

Kotak.

Timbunan barang. 


Wednesday, September 28, 2011

Catatan #1

Aku rasa macam bodoh. Budak bodoh yang buat perangai bodoh. Aku hanya diam. Tiada maksud dan niat apa apa. Aku tak sengaja. Aku mintak maaf buat orang lain terasa. Ye, aku amat bodoh buat macam tu. Maaf.


Malu, takut, segan. Ye, aku sangat segan berharap pada orang. Lain kali tegur je aku, cakap kat aku. 'Anis jangan nak harapkan aku boleh?'. Dan aku akan jawab, 'kau memang bagus sebab kau jujur'. Aku bahagia dengan kejujuran.


Teman datang dan juga pergi. Kenapa mesti pergi? Aku sakit tahu! Faham tak ni? Aku tengah sakit. Ubatnya, hanya masa yang tentukan. Aku rasa la, tak tahu pulak kalau ada ubat lain.


Nafsu tidur aku hilang. Lebih 24jam tak tidur. Naik bas je, aku tertidur. Cukup la kot tidur sepanjang perjalanan Perak ke KL.


Nampak manja kan? haha. :P

Friday, September 23, 2011

Aku. #2

Aku seronok. Aku banyak buat salah. Aku pemalas. Aku tak kaya. Aku ada kawan kawan. Aku ada family. Aku ada camera murah yang jadi boyfriend aku. Aku ada handphone murah. Aku minat photography. Aku ganas. Aku sensitif. Aku kadang kadang tabah. Aku pernah kehilangan. Aku minat muzik. Aku minat indie. Aku nak ada boyfriend juga. Aku ada laptop yang jadi peneman aku. Aku belajar di UITM Seri Iskandar. Aku tinggal kat rumah sewa. Aku orang KL. Aku suka melepak. Aku berangan nak ada scramble. Aku suka pergi konsert yang aku boleh melompat. Aku suka berenang. Aku main hoki dengan bola baling, tapi da lama tinggal. Aku pendek. Aku sedikit gemuk. Aku suka melawak. Aku hitam. Aku suka berjaga malam malam. Aku suka shooting. Aku suka tengok movie. Aku berangan nak buka studio. Aku marah kejap je. Aku suka membebel. Aku suka makan. Aku suka makan ais. Aku sayang family aku. Aku sayang kawan kawan aku. AKU MINTAK MAAF. AKU TAU AKU BANYAK BUAT SALAH. MAAF. 


Ni je yang terlintas. kalau ada tulis lagi kot.

Aku. AnisAmaninaR.

Tuesday, September 20, 2011

21 September 11.

Tarikh tu tiba lagi. Sekali lagi. Kalau dulu, aku tak sabar. Aku nak bagi sesuatu untuk kau. Tapi sekarang, bila tarikh tu tiba. Aku tak boleh bagi apa apa, buat apa apa, kecuali doa. Doa supaya kau sentiasa baik disana. Rindu sangat sangat. Selamat ulang tahun. Kalau kau ada, sudah 17tahun umur kau. Alfatihah.

Sunday, August 28, 2011

Aku penyibuk.

Jarang. Jarang sangat aku menulis sekarang ni. Sibuk? Alasan tu tak berapa boleh terima. Sibuk tu ada juga kadang kadang. Salah diri sendiri, buat asignment last minute. Perangai itu memang tak pernah lari dalam diri aku. Azam nak berubah macam tak jadi. Salah satu sebab lagi, kat perak aku takde internet. 

Bila semakin matang kau akan berhati hati buat apa apa. Maksud aku macam kau nak beli barang, mesti kau akan survey dulu. Kalau kau nak makan, kau akan cari tempat yang sedap dan murah dan cepat. Tapi kalau pilih kawan? Susah nak menilai kawan dalam sehari dua, sebulan atau setahun. Belum tentu dia takkan khianat kau. Aku da biasa ditinggalkan. Aku da biasa sendiri. Dalam diri aku sentiasa nak orang ambil berat walaupun luaran nampak kasar dan macam tak perlukan sesiapa. 

Aku pernah terfikir untuk tidak berkawan terlalu rapat dengan orang sebab aku akan sibuk pasal orang tu dan mungkin buat orang tu rasa rimas. Ha, tu la aku. Penyibuk. Tapi sekarang aku da buat keputusan, aku kawan je dengan sesiapa dan rapat dengan sesiapa. Walaupun satu hari nanti dia tak percaya dan akan khianat aku. Walaupun masa tu aku da buat yang terbaik. Aku sanggup tanggung risiko tu. 

peMalas edit. 

Saturday, August 6, 2011

Bermalasan penat juga kadang kadang

Aku terbaring atas sofa panjang di ruang tamu rumah di Seri Iskandar. Sambil mendengar musik bingit. Bermalasan. Aku memang mahir bermalas malas ni. Mahir sangat. Housemate masing masing dalam bilik dengan urusan sendiri. Aku bosan. Tak tau nak buat apa.

Otak ligat berfikir tentang masa depan yang tak pasti. Aku berharap pada impian yang akan aku capai nanti. Insyaallah. Aku memang suka berharap dan bermimpi dan dan berimiginasi.

Kepala mamai. Mungkin kesan ubat batuk. Mungkin juga kesan makanan yang banyak masuk berbuka tadi. Tidur, da terlampau lama aku tidur tadi. Aku paksa diri untuk sedar sekarang ni.

Musik masih teman yang setia.

Kebosanan tetap berlaku.

Dan sekarang aku ambik keputusan pergi kedai nak online. hehe.

Ni Anne. 
Semalam aku buat studio sendiri kat rumah.

Kipas tak pernah bosan berpusing.

Terlentang. Terbaring. Mata memandang siling sambil melihat kipas ligat pusing. Kelajuan yang sama. Rutin kerjanya. Sesekali kedengaran bunyi 'koh' 'koh' batuk aku. Hampir seminggu menahan. Ligat kipas berpusing macam tu juga ligat kepala aku berpusing. Memikirkan satu hari nanti aku akan jalani rutin yang membosankan. Aku tak suka rutin. Kecuali makan. Makan adalah salah satu rutin yang menggembirakan aku. Walaupun hati aku kecewa.

Teringat aku pernah sampai ke tahap makan tak boleh menggembirakan aku. Ye, waktu tu memang sakit. Sakit yang mengajar aku kehidupan. Aku redha dengan sakit tu. Sakit yang mengajar aku menjadi manusia.

Kawan

Atas dasar percaya. Kepercayaan. Aku kongsikan apa sahaja. Semuanya. Jauh. Jauh dan jarang bertemu. Persahabatan terjalin. Masing masing mendoakan dan menasihati. Harap ia berterusan. Harapan. Jauh boleh membuatkan kepercayaan itu musnah atau semakin sedikit. Jauh juga boleh buat perpecahan. Dalam hati masing masing harap hubungi masing masing selalu.Tapi siapa yang lakukan? Ego? Mungkin. Sibuk? Alasan yang boleh dipakai. Tapi boleh diterima ke? Dalam hati ada perasaan was was. Kepercayaan memang susah diberi.

Apa saja hubungan memang banyak halangan. Kepercayaan. Memang berisiko.

Saturday, July 30, 2011

Tasik

Di tasik. Taman tasik perdana. Seorang. Sedang makan dengan rakusnya Mcdonald yang aku take away tadi. Ditemani computer, camera, dan handphone. Sekeliling kedengaran bunyi air pancut yang sayup, burung berbunyi, suara orang kadang kadang berjalan disitu. Aku duduk di sebuah meja yang agak terpencil. Kadang kadang tenampak pasangan dan keluarga berjalan jalan. Bermanja manja. Hiraukan. Aku cuba menenangkan diri. Seronok jugak layan diri macamni. Lagipun makanan tadi sudah menghappykan aku.

Aku blank tak tahu nak buat apa, ambil mood sebelum nak shoot. Tetiba aku kecewa bila tengok camera. Bateri takde. Ok. Tinggal computer untuk teman aku sekarang. Sh**. Kesian betul. Seorang. Bateri camera takde. Nak buat apa?

Berbekal bateri ala ala shoot la apa yg dapat. 

Jalan jalan naik shuttel. Ambil angin.



Dan sekarang lepak di oldtown. Yup. Seorang.



Friday, July 22, 2011

Aku.

Aku ada impian. Aku teruja untuk capai impian tu. Aku gilakan fotografi. Mungkin aku akan gilakan kerja aku nanti. Sebab aku akan apa saja untuk impian aku. Aku tak sabar.
Aku perlukan semangat. Aku perlukan pendorong untuk buat aku tak putus asa bila ada halangan. Aku harap orang disekeliling aku dorong aku. Supaya aku akan berjaya. Aku terfikir kalau aku betul betul sekarang tengah sendirian, jika aku akan capai impian tu. Mungkin aku takde kat sini, belajar dan semakin hampir dengan impian aku. Mungkin aku yang tak nampak pendorong tu. Buta. Manusia bila depan mata tak nampak. Bila takde baru sedar. MACAM AKU. Family dan kawan kawan dorong aku. Tapi aku tak sedar. Macam aku cakap tadi. Bila depan depan memang susah nak nampak. Aku nak baiki diri aku jadi lebih baik. Aku taktahu macam mana. Bukan alasan cuma tak tahu.

Aku menangis. Aku sedih. Aku rasa aku betul sebab aku ada tanggapan aku. Itu apa yang aku rasa. Bukan kenyataan. Kenyataan mungkin membuatkan aku bersalah. Mungkin. Itu yang buat aku sedih. Aku muda, mentah dan tak matang. Tu yang buat aku rasa takde sapa ada untuk aku. Sebenarnya ada. Setiap orang ada. Aku boleh kawal perasaan aku tapi bila da terlampau simpan. Da tak terkawal jadinya. Bila fikir balik, aku salah. Aku tak kawal. Aku cuma nak buat apa yang aku rasa terbaik untuk diri aku. Orang tak faham sebab cara aku mungkin. Aku keliru.

Aku rasa aku nak jauh dari semua orang yang aku sayang. Sebab aku takut, aku takut aku akan hilang orang orang yang aku sayang dan membuat kan aku down. Keliru. Sebab aku pernah hilang orang yang aku sayang. Aku menyesal sebab tak buat yang terbaik dalam hidup dia. Tapi tetiba sekarang aku rasa aku nak jauh dari orang orang yang aku sayang. Aku tak reti buat pilihan.

Bercuti.

Sunday, July 3, 2011

Marah. Semua orang pun ada perasaan pun.

Marah tu boleh kawalkan. Jadi kawal la selagi boleh. Jangan menunjuk sangat marah tu. Orang lain pun ada perasaan. Aku faham kadang kadang da terbiasa dengan perangai macam tu. Tapi kan boleh diubah. Manusia perlukan perubahan. Aku cuba berubah. Masih mencuba. Aku tau aku tak sempurna. Kalau nak tegur aku buat salah, tegur je. Nak maki aku maki je. Tapi tengok kesalahan la kan. Asyik asyik maki hamun. Lama lama perasaan HATI KERING aku ni tersentuh jugak. KEJUJURAN tu penting untuk aku.

Aku sanggup untuk buat apa saja yang aku suka. Contoh macam hari ni. Aku habis shooting untuk dinner tambah makan, pukul 1pagi. Kalau aku tidur agak agak terjaga tak? Nak shooting untuk sekolah, kena ada sana sebelum 7.30pagi. Konklusinya, tak payah tidur. Ini semua tak mendatangkan duit. Keluar duit lagi ada tapi suka punya pasal. Assignment punya pasal. Bila lagi aku nak buat. Memang tak buat la nampak nya kalau tidur. Ini bukan seksa diri. Ini untuk kepuasaan diri.

Orang susah nak faham aku sebab kadang kadang aku pun tak faham diri sendiri. Aku memang suka buat apa saja yang aku suka. Aku mintak dorongan, kutukan pun ok jugak, untuk buat aku semakin maju dan semakin bersemangat.

Aku memang kuat merepek.

Dinner tu.

Monday, June 20, 2011

Perasaan.

Perasaan. Macam macam. Bila suka lupa sedih, bila sedih lupa suka. Aku pun macam tu. Lupa diri namanya. Tapi jangan lama lama, bahaya. Aku akan cepat beremosi bila keseorangan. Ye. Ia sentiasa ada dalam hidup aku. Aku hilang sesuatu. Aku cari, tak jumpa.

Mungkin suka sudah sebati dalam hidup aku. Tapi sedih sentiasa ada. Cuma ia menyorok disebalik diri aku.

Kadang kadang aku nak orang bagitahu aku, apa keburukkan aku. Aku nak betulkan. Memang.
Kebenaran menyakitkan. Tapi. Kebenaran sentiasa benar. Kata pun keBENARan. BENAR la. Ada sesiapa nak bagitahu aku? Depan depan pun ok.

Kadang kadang Aku nak juga orang bagitahu kebaikkan aku. KALAU ADA. Mungkin itu yang aku akan lakukan untuk menggembirakan orang lain.

Semakin lama semakin terserlah semuanya. Pendam pun ok. Tak lama pun. Chill anis.

Friday, June 3, 2011

Sekeliling#9

Kebelakangan ni banyak sangat entri emo. Ye aku memang emo. Aku rasa da pernah bagi tahu. Cubaan untuk mengawal. Sedang cuba menjadi kuat dan cuba tidak pura pura bahagia.

Semakin sibuk, semakin bersemangat, semakin hampir dengan impian, insyaallah.

Aku duduk luar sekarang. Tak dapat kolej. Redha. Belajar berdikari. Baru remaja namanya.

Impian untuk sem ni cuba untuk menjadi NERD. Sikit pun da ok. Kalau banyak lagi bagus. Tingkatkan artwork supaya lebih berseni. Kalau dekan pun ok. OK. Ni berangan. Payah beb. Kalau boleh nak kurangkan belanja.

Sedang berimpian dan mungkin akan terjadi, membuat sesuatu. Ye sesuatu. Bersama kawan kawan sekolah/ bekas classmate MGSKL. Tunggu. Doakan impian ini jadi kenyataan. Sedang berbincang dan mungkin akan dapat laksanakan dalam sebulan lagi.

Kalau ada apa apa event untuk diSHOOT. Jangan segan silu bagi aku. Kena buat job atas arahan pensyarah. Dan untuk aku mendapat pengalaman.

Penat kot bikin benda ni. INI AKU. :)

Thursday, May 26, 2011

Tolong.

Aku nak mintak pertolongan korang, yang kenal aku. Tolong aku. Tolong. Aku tak mampu nak tanggung sorang. Aku tak kuat. Aku lemah. Sangat. Aku rindu dia. Aku tak boleh berhenti untuk mengalir bila terfikir dia. Tolong bagi aku semangat. Tolong buat sesuatu. Aku tak boleh macam ni. Aku tahu. Tak elok tapi aku tak mampu. Aku da cuba. Aku tak tahu mana semangat aku pergi. Mungkin jauh menghilang. Aku perlukan semangat tu. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Da hampir 10 pagi. Aku masih tak tidur. Aku tak tahu. Aku lost.

Tuesday, May 24, 2011

Aku macam penipu ke pura pura?

Kadang kadang perasaan tu datang. Sakit. Sakit sangat. Aku redha tapi kenapa sakit tu ada lagi. Mungkin aku tak bersedia. Aku tak jangka. Sedih? Memang. Sangat sangat. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Sayang manusia tak boleh lebih dari sayang ALLAH. Aku cuba. Aku kena lakukan. Mungkin sakit itu akan hilang.

Aku menipu diri aku sendiri. Salah ke? Aku cuba tak tipu. Aku cuba. Tapi aku tak mampu. Kan aku bagitahu aku da cuba. Bukan nya tak.

Pura pura kat orang lain. Salah ke? Aku cuba tak pura pura. Ye. Sekali lagi aku cuba. Tapi. Tapi entahla.

Aku bahagia dengan hidup aku. Dapat keluarga yang sayang aku. Dapat belajar apa yang aku nak. Dapat makan apa yang aku nak. Dapat kawan kawan yang boleh buat aku bahagia. Dapat semua keperluan. Kadang kadang kehendak. Syukur. Ye, manusia tak pernah PUAS. Dan aku pun macam ni. Aku masih mencuba.

Aku bahagia tu, nampak? Aku ok la. 

Thursday, May 19, 2011

Sedikit

Entri sebelum ni aku ada mintak korang tanya aku apa apa je. Tapi macam takde respon. Ok. Sedar diri. hehe.

Tapi ada satu permintaan dari seorang kawan, dia mintak aku bercerita tentang photography. Aku memang minat gila dalam bidang ni. Cuma nak ajar tu tak berapa nak pandai. Setakat sikit sikit tu, tipu la aku tak tahu. Kalau tak tahu boleh berhenti jadi pelajar photography da. Buat malu je nanti. CUMA, aku tak reti nak tunjuk ajar kalau menulis di sini. Spontan atau depan depan mungkin aku boleh cerita sikit. Sikit je pun yang aku tahu. Mungkin kalau tanya secara details aku boleh terangkan dan menulis di sini. MUNGKIN.

Aku rasa, aku tak pernah lagi tunjuk work yang aku buat. Ni aku nak tunjuk sedikit kerja yang aku da hasilkan. Bukan semua la. Kalau nak tengok gambar gambar aku yang tak seberapa ni boleh la tengok di FLICKR aku.

Ni aku upload kan sedikit.

1


B&W


Color yang menyerlah. Subjek biasa je.


Final project untuk Advance Photography



2


Work untuk natural light


Cubaan untuk buat Minimalist Photography*taktahu jadi ke tak


Memorial


3


4


Tak seberapa. Kalau ada pendapat atau cadangan untuk aku tingkatkan work aku. Bagi idea sikit. 

Wednesday, May 18, 2011

Impian.

Perasaan tidak sabar sedang menguasai diri aku sebenarnya. Tapi aku hanya pendamkan. Aku tidak sabar untuk berjaya. Untuk buat apa yang aku suka.

Impian, susah nak capai. Kalau senang, sekarang jugak da capai. Banyak sebab kenapa susah. Faktor masa, duit, dan banyak lagi. Cuma aku tak tahu nak cakap macam mana. Maksudnya macam ni, kalau ada duit, tapi masa dan tanggung jawab tak mengizin kan. Aku masih belajar. Macam mana nak kerja.
Itu maksud aku. Hanya sebagai contoh. Tapi lecture aku pernah cakap kalau nak buat apa. Semua boleh. Takde yang tak boleh. Semua bergantung kat diri masing masing.

Aku da tak boleh sabar ni. Nak capai cita cita aku. Nak buat orang pandang aku tinggi. Bukan untuk riak. Tapi untuk mama dan papa.

Aku macam nak buat entri untuk semua yang baca blog ni tanya aku. Siapa ada soalan? Tanya la. Tanya la. hehe. Apa apa saja. Boleh email, anisamaninar@yahoo.com. Boleh tanya dekat comment. Boleh hantar dekat inbox facebook. Ok. Tanya la. Aku tak banyak idea untuk buat entri sebenarnya.

Saturday, May 14, 2011

Saya suka awak la.

Aku memang cepat suka kat orang. Mungkin mahukan kasih sayang. Kekasih hati tak ada. Meh carikan. :P Suka ada banyak. Maksud aku, suka berkawan. Kawan yang betul betul kawan. Kawan yang makan kawan ni, AKU MEMANG TAK SUKA.

Kalau aku suka, maksud nya, sekali lagi, suka berkawan. Aku akan layan ko selagi aku mampu.

Tapi kalau aku asyik mengSOUND ko. Maknanya aku tak suka. Yang ko pi buat cerita aku suka kat ko nape? Gua memang tak cakap terus terang. Nanti lu sakit. Cara baik gua tolak. Tolong la jangan ganggu gua. Gua normal der. Tak layan kaum sejenis lebih dari kawan. Gua ni. Luar je kasar. Dalam lu tak kenal lagi. Tolong jangan buat macam lu kenal gua lama. Gua tak suka lu la der. Tolong tolong. Tak elok la buat cerita ni.

Sunday, May 8, 2011

Rutin cuti sampai hujung bulan ni.

Seronok bila dapat buat apa yang kita suka. Banyak yang aku suka. Lagi lagi bila dapat pengalaman baru. Siapa ada aktiviti best. Meh habak kat aku.

Buat masa ni. Ni yang aku bikin.

7pm-5am. Tolong mama kat kedai. BB.
6am. Pasar.
6.30am-7/8am. Buat benda yang aku suka. Online. Membaca.
8am-12pm. Tidur.
1pm-7pm. Buat benda yang aku suka. Keluar. Bersosial. Mengeshoot. Online.


Kadang kadang rutin ini bertukar jika bersosial.
Semalam pergi tengok teater. Ok, aku da suka. Meh la kawan kawan ajak aku lagi.

Saturday, March 26, 2011

Menyesal :)

Aku berhenti berharap. Kau pergi. Jauh. Jauh sangat. Kau pergi. Aku juga akan pergi. Semua orang akan pergi. Tapi kau telah pergi dulu dari aku. Aku sendirian tanpa kekuatan dan pemberi semangat. 

Menyesal? Ye. Aku menyesal. Tak jaga orang yang aku sayang sebaik mungkin. Sejak tu. Aku jaga orang yang aku sayang sebaik mungkin. Aku buat apa yang aku mampu. Aku takut, aku tak sempat buat yang terbaik. Aku jaga keluarga aku, aku jaga kawan kawan aku. Aku tau aku bukan bagus sangat nak jaga mereka. Tapi aku mencuba. Aku tak sedar. Aku akan kecewa bila hilang mereka. Aku akan kecewa jika dikhianat oleh kawan kawan aku. Mungkin. Aku tak mintak. Tapi tak mustahil kan. Aku tau sakit dia macam mana. Aku sanggup tanggung risiko tu. Supaya aku TAK MENYESAL lagi. Walaupun aku da pernah rasa perasaan sakit tu. Bukan sekali. Tapi banyak kali. 

Aku tak tau apa yang aku buat dan prinsip yang aku pegang ni adalah yang terbaik. Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat dekat aku? Aku tak tau apa aku nak sebenarnya. 

Ye. Aku sangat rindu kan zaman tanpa masalah. Sekolah. Bermain. Tak payah fikir apa apa. Aku rasa aku makin jauh dengan semua orang. Jauh sangat. Sangat sangat. Walaupun hakikatnya semakin ramai kawan yang datang. Walaupun ada juga yang pergi. Aku masih rasa kosong. Kosong macam botol tanpa air.


Monday, March 7, 2011

Aku tak lupa kot. insyaalah. :)

Dua benda jadi serentak dalam satu malam. Aku serabut. Aku fikir sampai aku penat tapi aku tak temui jawapan nya.


Kau. Manusia yang pernah jadi antara seseorang yang teristimewa untuk aku. Kau, manusia yang pernah aku ceritakan semuanya. Manusia yang selalu menemani aku dahulu. Manusia yang sanggup berkorban untuk aku. Tapi aku, yang lupakan kau. Yang buat kau sakit hati dengan perbuatan aku. Masa tu, masing masing mungkin tak matang kan. Kini kita berhubung kembali, kerana kau masih nak berkawan dengan aku. Menurut kau, aku buat kau tenang. Aku memahami kau lebih dari orang lain. Kau cakap susah nak cari aku. Satu dalam sejuta. Tak mungkin itu yang kau cakap selepas apa yang aku da buat. Tapi aku mintak maaf sangat. Kita boleh kawan lagi kan? Tak mungkin serapat dulu. Maaf atas kata kata aku dalam mesej sebelum ni.
Bila kita belajar jadi matang, kita akan belajar jadi tenang dan akan memahami setiap apa yang jadi. Insyaallah. Kadang kadang kita sangka kita lemah bila takde siapa. Tapi bila kita sendiri, kita sebenarnya lebih kuat. Aku tahu. Kau kuat. Tak perlu aku. Maaf. Kejujuran memang menyakitkan.


Kau. Kita kenal takde la lama sangat kan. Tapi baru baru ni rapat. Rapat sangat. Pelik. Jangka masa yang kejap boleh buat kita serapat ni. Kau antara kawan yang betul betul kawan. Bukan kawan yang kawan sahaja. Terima kasih nak kawan dengan aku. Terima kasih sebab dengar masalah aku. Terima kasih sedap kan hati aku bila aku angin. Aku sayang kau. Macam aku sayang kawan kawan aku yang betul betul kawan. Sayang yang buat aku membebel bila kau buat silap. Sebab aku tak nak kawan aku dipandang rendah. Aku sayang kawan aku, yang buat aku nak berjaya sama sama dengan kawan kawan aku. Maksud aku, kawan yang betul betul kawan. Kalau aku sayang kawan aku. Insyaallah aku terdaya, aku buat apa sahaja. Aku da janji kat diri aku kan bila kau buat keputusan tu. Keputusan bagi aku benda yang bodoh sangat. MAAF. Kau dengar sendirikan janji tu bila kau buat keputusan tu. Sebab bagi aku. Kau kena fikir jugak parents kau. Tapi malam ni, kau buat aku da takleh tidur. Lagi serabut, entah la kenapa. Aku tak tau nak berpegang pada janji aku. Atau lupakan je. Sebab aku manusia yang berpegang pada janji. Aku tau. Aku pentingkan diri. Tapi entah la weh. Maaf lagi sekali. Kau berjaya nanti, jangan lupa aku ok? Aku sayang kau macam aku sayang kawan yang betul betul kawan.

Mereka tau mereka ni siapa.

Aku da tidur sebenarnya malam ni. Terus tak boleh tidur. Aku kan pernah cakap. Kalau aku fikir benda tu. Sampai aku penat pun aku akan fikir. Otak ni memang suka serabut. Aku suka fikir mendalam sangat. Pelik.

Ikutkan perasaan memang penuh nak taip bila tengah emo. :)

Huda. Akak rindu sangat. Huda pergi buat akak keras. Akak boleh hidup sendiri. Tak perlu asyik bergantung kat orang da. Lama da tak ziarah huda. Insyaallah akak tak lupakan adik akak sampai bila bila. Alfatihah. Harap kau tenang kat sana.

Friday, March 4, 2011

Gua nak semangat. *Ini entri untuk mengamuk kat diri sendiri.

Mana semangat? Cepat la datang. Lari laju sikit datang kat gua. Siapa nak bagi gua semangat. Ah benci. Gua ni lembik. Hidup sendiri pun boleh apa. Nak harap orang buat apa. Orang lain ada kerja lain. Nangis pun best jugak kalau da lama tak nangis. Eh lupa. Anis kan kuat. Mana boleh nangis. Rindu dia. Rindu sangat.! Dia selalu bagi gua semangat dulu. Imissyouhuda. Sangat.

Buat entri kena berGUA. Nanti gua emo, nangis. Kenapa gua lembik sangat ni. Jauh dari keluarga kot. Jauh dari kawan kawan gua. Ok. Chillex la anis. :)

AKUNAKMENANGISSEBENARNYANI. :)

gua comel kan. :P

Monday, February 28, 2011

sekeliling#8

Kadang kadang susah jugak kalau kita buat benda yang kita suka. Nak dapat kan apa yang kita nak bukan senang. Susah. Memang la kan. Semua orang pun tau. Asyik fikir, fikir, fikir. Serabut jugak otak ni. Aku terlalu nak kan kesempurnaan. Tapi aku takut nak bertindak. Mungkin banyak sebabnya. Ah, alasan! Kesempurnaan ni mungkin bagi aku je. Bagi orang lain kesempurnaan lain lain. Mana sama. Kalau aku cakap tidur dua jam da sempurna. Bagi orang lain mungkin 10 jam. Ok. Aku merepek. Aku terlalu fikirkan. Emosi aku tak stabil. Sejak bila aku jadik pemarah ni? Chill sudah. :)

Assignment? Mana pernah kurang. Ni yang aku suka dan pilih. Aku kena buat la. Asyik la alasan. Aku nak buat yang terbaik. Tapi macam tak terbaik. Apa macam ni? Tolong bagi tips sikit.

Kota lumpur tu. Da lama aku tak pulang bersosial bersama kawan kawan lama. Masing masing belajarkan.

Kawan kawan baru menyeronokkan jugak. Ber ASSIGNMENT memang menyeronokkan kalau kita suka.  Aku je asyik nak sempurna. Anis anis.

Style an? haha. Perasan aku ni. 

Dorang ni gila bergambar.


Akibat stress.

Aku comel sangat. Tu psl kena kacau. :P

Dia partner yang degil.

Dia mummy yang gila.

Mereka memang suka mengacau hidup aku.




Gua macam happy. Macam serabut. Tak tau kenapa. aish. Rindu dia. :|

Friday, February 18, 2011

Sekeliling#7

Hidup semakin serabut dan semakin memenatkan. Semuanya. Aku akan, GO WITH THE FLOW. Otak fikir banyak banyak pun tak guna. Nanti otak jadi kolot dan serabut. Biarkan semua nya diteruskan dengan sendiri. Positif selagi boleh. Insyaallah. Tenang saja :)

Assignment datang macam air terjun. Perkara yang sama berlaku kepada pengaliran keluar duit. Aku rasa kalah macam orang kerja sendiri.

Ok ok. Aku mesti kuat kan. Anis KAN? Kenapa nak lemah sangat. Bukan susah sangat kerja ni semua.

Ye, anis masih lagi gila gila. Hyper terlebih. Mengacau dan mambahan tak dapat dipisahkan. Kalau tak, mana nak ceria kan. Aku bertukar menjadi  lemau je dalam kelas nanti. :|



Large format. Polaroid.

Nampak dewasa kan? Masjid Negara.






Faty, Qiqi, Myra, Anis. Fakulti.

Anis, Faty, Myra, Qiqi. Aquaria.

Qiqi, Anis, Myra, Faty. KLCC.

Geng mengedik tapi jarang jumpa. 

Qiqi. Mummy a.k.a kawan terboek. Memang kuat merepek dia ni. Gila jugak. Kami kuat gaduh jugak. Tapi aku suka sangat membebel dekat dia. Sebab mummy ni lagi degil dari anak dia ni. :P
Myra. Yang poyo dan mengada dan mengedik ni. Tak sah tak panggil aku BABY. Konon konon partner aku la ni.
Faty, kau suka kan rebut baby dari aku. :P haha. Pengila dan pengarut. Tapi best jugak melayan.








Bergambar setiap masa kami ni.

Fight for the team. :)

Gila gila. Seronok.

Classmate , terboek jugak. Rasanya da banyak kali post pasal mereka. Cuba ajak keluar, comfirm semua on je. haha. Fight for the team an. Dugaan banyak betul jadik kat kami ni. Dari ke Penang sampai ke KL. Kalau bab kerja drawwing *kami tak suka ni. Mesti buat sesama. Semangat betul mereka ni. Lelaki pulak, membahan orang tu da jadi wajib da. Tapi seronok bergelak gelak. :P





Mereka tetap terboek. :) Tasik perdana. Tempat permainan MGS. :)

Bukit Ampang.

Mereka. Tetap terboek. Lama weh tak jumpa. Cuti agaknya baru dapat jumpa. Masing masing sibuk mengalahkan perdana menteri. :P




Yang lama tak semestinya dibuang. Korang tau kan korang siapa SELAIN dalam gambar ni. Aku sayang korang! Thanks jadi kawan aku sampai sekarang. Bila la nak gosip, lepak, shoot, makan sama sama.???? Cuti haritu tak sempat nak lepak dengan semua.

Atas ni gambar baru yang aku keluar. :)

huda, rindu! :|

Tuesday, February 8, 2011

Friday, February 4, 2011

Motif?

Tetiba macam takde mood. Nak shoot pun macam hampeh. Duduk kat tepi jalan. Layan perasaan. Tak tau apa yang aku fikir. Terlampau banyak yang aku fikirkan. Serabut. Kusut. Ok. Aku kena lupakan. Aku kena sedar diri.

Aku da tau apa yang buat aku serabut. Terlalu nak kan yang terbaik, terlalu memikirkan sesuatu terlampau dalam. Kalau nak berjaya. Macam tu la caranya. Tapi aku tak boleh terlampau kan. Tu salah satu penyebab idea tak datang. Aku tertekan sebab ramai orang lebih baik. Aku nak yang terbaik. Kalau boleh paling terbaik.

Tapi bila aku saja suka suka, main main, lepak lepak. Idea mencurah curah. Kalau terlampau macam tu. Kerja aku akan siap bila aku suka. Kalau satu hari nanti aku sedih, kecewa, dan perkara negatif jadi. Macam mana aku nak buat apa yang aku suka?

Ok, tak tahu apa motif post ni. hee. :)

Monday, January 10, 2011

Ana Raffali menang AJL 25! best. :)

Pergh, tak sangka ah. Tapi aku ngaku, pertama kali dengar lagu dia. Terus terpikat. haha.

Papepun, tahniah dekat Faizal Tahir, pakwe gua tu. haha.

Yeay. Indie kot. Tahniah dekat semua. :)

Saturday, January 8, 2011

Sekeliling#6

Minggu pertama di SI. Ok la. Classmate yang masih sama. Gila gila. Bahan membahan. Perli memerli. Ketawa bersama.

Lecture kebanyakan baru. Penat kot tunggu macam tunggul. Tapi tak muncul muncul pulak lecture. Minggu pertama, jadual pun tak betul lagi. Sebab tu la kot.

Bilik pulak bersama senior. Dua dua roomate part5 ok. Aku masih segan segan lagi. haha. Ye. Diulangi, Anis memang penyegan dan pemalu.

Pernah tak korang rasa serba tak kena. Serabut. Penat berfikir. Semua nya macam ada sesuatu. Aku tak tahu kenapa, punca nya apa.

Ok . lupakan. Nah tatap gambar keluar haritu.



macam KLCC do. haha. aku jambatannya. 


dorang memang gilakan kamera.


qiqie yang snap gambar ni. pujian harus diberikan. haha.


muka lepas kena saman. ceria dan bahagia.


ye. aku memang PEMALU.


Alfatihah buat arwahyarhamah, nurul huda rosalan. rindu.