Sunday, October 2, 2011

ENTRI YANG PANJANG TAPI KENA BACA.

 SEBAB INI ENTRI NAK MINTAK MAAF.



Malam malam macam ni, mungkin bukan malam, sudah hampir subuh. Memang menjadi kebiasaan aku belum tidur. Malam ini memang aku da tak tahu nak buat apa. Movie dan gambar dalam laptop ni aku da tatap. Tiba tiba aku terfikir kotak rahsia aku, bukan rahsia for real. Cuma dalam ni, ada hadiah, gambar, surat, kad raya dan birthday card yang orang lain and family aku bagi. Ada juga barang yang orang lain bagi aku simpan. Kalau yang besar besar aku tak boleh nak simpan dalam kotak ni. Kakak aku sweet ok, dia pernah bagi kad dan kotak kat aku, dalam kotak tu penuh dengan gula gula, comel dan banyak gila. Masa tu budak budak. Mana mampu beli yang mahal.

Aku tergelak, tersengih, rasa kelakar bila ada perkara yang tak matang. Contoh macam gaduh dengan kawan pasal benda kecil. Dan ada juga rasa sedih sebab kebanyakkan benda yang orang bagi, orang tu da takde kat sisi aku. Semua yang aku buat dulu terngiang kat kepala aku. Aku juga bersyukur sebab mereka pernah ada untuk aku. Walaupun hakikatnya, aku dulu bukan baik sangat. Contoh macam petsis ramai ramai (ini cool ok kalau dulu, da kira hebat kalau ramai petsis). Ini salah sebab peraturan petsis kat MGSKL, tak boleh petsis ramai ramai. Lebih kurang curang la tu. Memang kelakar bila ingat balik. Masa tu, tu benda jahat dan aku pula jenis melayan. Aku tak la hot kat sekolah tu. Mungkin sebab melayan dan huda antara orang yang rapat dan ada masa aku last year kat sekolah. Kira zaman kegemilangan la tu.

Banyak masa aku dengan dia dan kawan kawan. Tapi sekarang dia da takde. Cuma kawan kawan aku masih ada. Aku harap mereka tetap akan ada dengan aku. Mereka yang bagi semangat masa aku jatuh. Masa aku rasa dunia ni macam mimpi.

Semenjak dua menjak ni, kotak ni da jarang diisi. Kali terakhir, masa birthday aku tahun ni. Ada plastik tepung dan nota nota kecil budak kelas aku bagi, aad1173b. Aku ucapkan terima kasih kat semua yang pernah penuhkan kotak ni. AKU RINDU KORANG SANGAT. Aku nak mintak maaf kat semua. Semua yang pernah dan masih sayang aku. Aku harap walaupun ada antara kita da tak bertegur dan berjumpa, kita saling doa untuk yang lain. Kalau boleh, tegur la aku balik sebab aku ni pemalu. Bak kata orang, malu tapi masih mahu berkawan. Aku tak lupa jasa korang. Harap kita akan berkawan sampai bila bila. TERIMA KASIH SEBAB HARGAI AKU. Maaf untuk salah aku dulu ok? Ok tak ni? 

Kotak.

Timbunan barang.