Saturday, February 27, 2010

Wah, gila la.

Pergh, gila la. Macam xsangka pulak. Hari ni aku habiskan masa mengemas bilik. Tetiba kakak kesayangan* oh atika rosdi jangan jeles cakap 'adik jom kemas bilik, macam rajin pulak'. Aku dalam hati xnak sebenarnya, tapi bila difikirkan sampai bila bilik nak bersepah, kemas jela. Masa tengah kemas, papa ada cakap ' da macam tongkang pecah'. Da lama sangat bilik tu aku xkemas, sekadar kemas sikit sikit je sebelum ni. Start lebih kurang pukul 6 petang sampai 1 pagi baru siap. Indah je rasa bila semua da siap. Lagi bertambah semangat xnak duduk Melaka. haha. Kalau bilik bersepah pon aku xnak pergi Melaka, ni bila da bersih lagi la xnak. Mintak sangat mama xsuruh aku duduk Melaka.

Sebelum.


Selepas.


Selepas.

P/S: Sorry eh xdapat jumpa hari ni. Something jadik, nanti if xde pape kita jumpa k.  

Wednesday, February 24, 2010

Berkelakuan aneh.

Tajuk ni Umi yang bagi, kazen aku ni. Dia suka datang lepak rumah. Nak cerita pasal aku keluar hari ni. Tadi pergi Mid rancangan nya nak menonton je. Tapi sigila, Anis Athirah ajak main bowling, belanja lagi tu. Lepas tu menonton cerita Valentine Day. Jalan cerita nya agak menarik, pelakon pon hebat. Da tentu romantik, kelakar jugak. Kebanyakkan pergi menonton dengan pasangan masing masing, kan best kalau aku pon sama. Hahaa. Berangan la aku ni, belum masa nya lagi. Then, lepak minum kejap. Anis zulaikha belanja, banyak pulak duit minah ni.

 
A: anis athirah, Anis A: aku la tuh, Anis Z: anis zulaikha.


Mungkin lepas ni aku jarang nak dapat keluar. Mama da nak bukak kedai kat Melaka. Kalau mama suruh duduk Melaka, terpaksa la ikutkan kata dia. Mintak mintak tidak la. Nanti rindu kawan kawan dengan adik aku. Paling penting bilik kesayangan walaupun paling bersepah. Haaaa, indah nya. haha.

Monday, February 22, 2010

Aku dapat jugak.

Hari ni sekadar plan ke rumah Syuhaidah untuk makan makan, hari jadi nya. Seorang lagi rakan sekelas kami umur sudah 18 tahun. Macam xpercaya pulak, rasa macam kecik lagi je. Terbayang saat kanak kanak dulu, kelakar rasanya.

Pada asal nya, keluar untuk ke rumah nya saja. Bosan pulak nak balik awal, singgah pergi Mid. Jalan sambil cuci mata bersama Mira dan Anis zulaikha, aku nak membeli memang xdapat lagi. Kena pujuk mama dulu, baru boleh shopping. haha. Apa tidaknya, duduk goyong kaki sambil ke alam maya. Duit pon xmasyuk la gayanya.

Balik tu terus bergerak ke BB, aunty pulak tunggu disana. Saja alasan xnak balik rumah. Teman je dorang. Akhirnya, dapat jugak aku jaket yang aku nak sangat. *Mira tinggal TU je aku belum dapat buat masa ni. haha.

Mata pon belum mengantuk lagi, beronline la sebentar.

P/S: Nape lama xmesej ek? Bz sangat ke? Xpela, rindu je lama xjumpa. Sayanghanglaadikkuh.

Friday, February 19, 2010

Oh si tahi.

Satu, dua hari ni, aku menatap indah ke langit tengok bulan. Indah sangat, selama ni indah jugak tapi ni rasa lain pulak. Ala ala macam bulan sabit tengah tidur, warna keorenan. Mungkin lama xjumpa adik aku tu, huda. Dulu selalu tengok bulan sama sama. Jarang dapat jumpa dia sekarang, dulu boleh la jumpa kat sekolah. Ni dia busy sebagai pelajar sekolah :), aku pulak pengangur terhormat tapi da naik taraf sikit, pembantu peribadi mama. Walaupun sebenarnya perwatakan aku xmampu jadi pembantu peribadi yang bagus. Ok la sementara je kot.

Lama pulak xbersosial dengan kawan kawan. Semalam Atika Rosdi yang asyik dengan BEBERAK dia tu, ajak tidur rumah dia. Dapat jugak aku bersosial setelah sekian lama xbersosial dengan kawan kawan, mana xnya kebanyakkan mereka sibuk dengan  kelas memandu. Malamnya, dia ajak aku bersosial dengan kawan  lepak dia dengan bf , beberak. Diam jela, ala ala jadi pemalu kononnya, xtahu nak berborak apa. Masa kat rumah, saja nak bermanja dengan dia. Dia suap aku makan, nak pulak dia layan aku. Bertambah la kalau ada tukang suap ni. Time nak tidur pulak, Kak Umi yang aku sekadar kenal macam tu je sebelum ni sebab senior, boleh layan membahan aku. Kak umi ni, xdewasa la buli remaja. Nak bermanja je tu sebenarnya. Tidur pon agak lewat disebabkan sesi bermanja. haha.

Pagi nya mama da call, Ecar nak tolong bawak mama ke satu tempat untuk urusan tertentu. Sampai ke petang baru selesai. Terima kasih eh KEKURUS sebab tolong mama tadi. Jasa mu akan ku kenang. Pergh ayat baik punya. haha. Lepas jugak tekanan aku setelah sekian lama asyik berulang alik ke Melaka. Yang membuatkan adegan bersosial aku terbatas.

 
Tahi betul.

 
Akak jangan jeles eh. haha.

 
Atika Rosdi.

P/S: Two is better than one kan? Jeles pulak tengok orang berkasih sayang. Bila nak ada ni???

Wednesday, February 17, 2010

Lama kot.

Setelah sekian lama aku duduk kat Melaka, serius tak tahan. Lebih kurang 4 hari. Ayoo.. Tak sabar nak balik rumah. Masa kat sana, tinggal kat kedai mama yang da nak siap sehari, then tinggal rumah makcik aku. Bukan tak suka, suka tapi lama sangat la. Tak biasa la pulak, rumah orang kan. Aku menjalani hidup normal, bukan macam duduk kat rumah ni agak luar biasa. Di sana tidur dan bangun pon awal, pagi la jugak. If duduk kat rumah pagi baru nak tidur. Apapun banyak jugak benda yang lain dari yang lain aku dengar. Wah, best nya dapat balik hehhe....

 
Opening soon.

 
Bahagian luar.


 
Mereka.

 
Budak budak.


 
Biasala. Jakun.

Friday, February 12, 2010

Lagi lagi menonton.

Hari ni sekali lagi menonton wayang. Cerita Lu Pikirlah Sendiri. Agak kelakar jugak. Ok la cerita tu. Hari ni bertemankan Anis athirah dan Anis zulaikha.

Masa nak balik, something jadi. Pada awal nya suka suka jadi gundah pulak. Mood aku tetiba bertukar secara mendadak. Aku tak sengaja, im so sorry k. Tak bermaksud langsung. Gundah gulana da. Sorry sangat ye adikuh. Ilysangat.


  
Gambar 2008. 

Wednesday, February 10, 2010

Aku suka main pasir.

9.2.2010.
Hari ni aku ada reunion di Mes Greysand, Port Dickson. Cuma perjumpaan yang sekejap,  pagi pagi sudah berkumpul di Tanglin berdekatan MGS. Ramai jugak join nya, 19 orang. Jam lingkungan pukul 8 pagi baru bertolak. Lebih kurang pukul 7 malam baru sampai KL.

Acara acara menarik yang sangat menambat hati, kain rentang, BBQ, Ducth ball(aku tak tahu eja la) , dan jawab soalan belon. Siapa tak dapat jawab, belon air tentu saja singgah membasahi baju. Ducth ball tuh, tentu la kumpulan aku menang. Aku la hero nya. Wah, memang hitam muka aku. Setelah berbulan tak sekolah, menahan diri dari berjemur di tengah panas. Da tak kawad dan sukan, patut la pon dorang panggil aku gemuk. Kini berjemur kerana kami semua memang suka pantai. haha. Sambil sambil tu mesti la sempat menghirup udara segar, tiada pencemaran yang ketara. Air laut tentu saja tercemar. Tapi tetap indah suasana nya tanpa pencemaran bunyi dan kesesakan lalu lintas. Eh, tetap ada pencemaran bunyi dari kami semua, ala biasa la, jakun tengok laut. Anak KL la konon. Kalau da jakun, mesti la sesi snap snap katanya.

Best jugak bila jumpa balik kawan yang ada diantara nya tak jumpa dari bulan Disember. Main tepi pantai, makan BBQ bersama, melepak dalam chalet ramai ramai. Keriuhan jadi nya. Perubahan setiap kawan semesti nya ada. Bila da lain sikit makin lawa semuanya, da UP kata mereka. "Weh da UP la dia". Ayat yang banyak didengari. Sesi perli memerli, kutuk mengutuk, puji memuji, dan buli membuli ada punya. haha. Kelakar jadi nya. Keadaan tuh berlaku disebabkan rindu la. Cara menunjuk rindu tu, sikit lain macam. Sempat jugak buat suprise untuk birthday girl. Anis Athirah dan Najiha, walaupun tak seberapa mewah. Birthday nya sebenar nya semalam.

Kepada kawan yang tak dapat join, harap lain kali dapat join k. Rindu jugak yang lain. Mungkin akan diadakan lagi sebelum semua sambung belajar. Lagi ramai lagi huru hara jadinya. Lagi gempak katanya. Kalau boleh, jauh jauh sikit. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Lagi banyak duit pulak nak pakai. Adoi. tak pela. Buat camping dekat Sg. congkak jela, lasak sikit. Tak pon kita tengok Destinasi bajet( itu bf aku la anis athirah), boleh pandai pandai bajet. haha. Sisipan gambar tentu nya ada........

P/S: Gambar lain akan aku upload di facebook. Kesabaran korang separuh dari iman :)

 
Seperti sardin la.


Saat baru tiba.


Bakar arang ambil masa yang sangat lama.


Suprise!
 
Selamat hari jadi Gha dan Anis athirah. 18 da.


Kumpulan terTONGGEK.


Kumpulan Walawey. Kumpulan aku la ni.


BerBBQ. Panas oh.


Makan makan.


Sempat lagi aku ni. 



Tak ada kerja. 


Hot kan kawan aku ni. haha.



Melepak sakan.


Anis athirah, Anis zulaikha dan Najiha.


Dia ni jakun nak main pasir.



Aku dengan Mira. Dating kejap.


Aku, Mira, Anis Azura.


Mereka.


Anis zulaikha kata gambar ni agak kureng.


Ramai ramai.


Farah, Sarah dan Naz.


Mereka lagi.


Da terlebih tenaga.


Muka aku macam tahan berak ke?? dorang cakap.
 
Pika, Ama, dan Alia.


Kumpulan Walawey.
 
Kumpulan terTONGGEK.



Belon air ini membuatkan kami kebasahan.



Ducth ball.


Walawey menang la.


Da. Jom balik.