Wednesday, February 10, 2010

Aku suka main pasir.

9.2.2010.
Hari ni aku ada reunion di Mes Greysand, Port Dickson. Cuma perjumpaan yang sekejap,  pagi pagi sudah berkumpul di Tanglin berdekatan MGS. Ramai jugak join nya, 19 orang. Jam lingkungan pukul 8 pagi baru bertolak. Lebih kurang pukul 7 malam baru sampai KL.

Acara acara menarik yang sangat menambat hati, kain rentang, BBQ, Ducth ball(aku tak tahu eja la) , dan jawab soalan belon. Siapa tak dapat jawab, belon air tentu saja singgah membasahi baju. Ducth ball tuh, tentu la kumpulan aku menang. Aku la hero nya. Wah, memang hitam muka aku. Setelah berbulan tak sekolah, menahan diri dari berjemur di tengah panas. Da tak kawad dan sukan, patut la pon dorang panggil aku gemuk. Kini berjemur kerana kami semua memang suka pantai. haha. Sambil sambil tu mesti la sempat menghirup udara segar, tiada pencemaran yang ketara. Air laut tentu saja tercemar. Tapi tetap indah suasana nya tanpa pencemaran bunyi dan kesesakan lalu lintas. Eh, tetap ada pencemaran bunyi dari kami semua, ala biasa la, jakun tengok laut. Anak KL la konon. Kalau da jakun, mesti la sesi snap snap katanya.

Best jugak bila jumpa balik kawan yang ada diantara nya tak jumpa dari bulan Disember. Main tepi pantai, makan BBQ bersama, melepak dalam chalet ramai ramai. Keriuhan jadi nya. Perubahan setiap kawan semesti nya ada. Bila da lain sikit makin lawa semuanya, da UP kata mereka. "Weh da UP la dia". Ayat yang banyak didengari. Sesi perli memerli, kutuk mengutuk, puji memuji, dan buli membuli ada punya. haha. Kelakar jadi nya. Keadaan tuh berlaku disebabkan rindu la. Cara menunjuk rindu tu, sikit lain macam. Sempat jugak buat suprise untuk birthday girl. Anis Athirah dan Najiha, walaupun tak seberapa mewah. Birthday nya sebenar nya semalam.

Kepada kawan yang tak dapat join, harap lain kali dapat join k. Rindu jugak yang lain. Mungkin akan diadakan lagi sebelum semua sambung belajar. Lagi ramai lagi huru hara jadinya. Lagi gempak katanya. Kalau boleh, jauh jauh sikit. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Lagi banyak duit pulak nak pakai. Adoi. tak pela. Buat camping dekat Sg. congkak jela, lasak sikit. Tak pon kita tengok Destinasi bajet( itu bf aku la anis athirah), boleh pandai pandai bajet. haha. Sisipan gambar tentu nya ada........

P/S: Gambar lain akan aku upload di facebook. Kesabaran korang separuh dari iman :)

 
Seperti sardin la.


Saat baru tiba.


Bakar arang ambil masa yang sangat lama.


Suprise!
 
Selamat hari jadi Gha dan Anis athirah. 18 da.


Kumpulan terTONGGEK.


Kumpulan Walawey. Kumpulan aku la ni.


BerBBQ. Panas oh.


Makan makan.


Sempat lagi aku ni. 



Tak ada kerja. 


Hot kan kawan aku ni. haha.



Melepak sakan.


Anis athirah, Anis zulaikha dan Najiha.


Dia ni jakun nak main pasir.



Aku dengan Mira. Dating kejap.


Aku, Mira, Anis Azura.


Mereka.


Anis zulaikha kata gambar ni agak kureng.


Ramai ramai.


Farah, Sarah dan Naz.


Mereka lagi.


Da terlebih tenaga.


Muka aku macam tahan berak ke?? dorang cakap.
 
Pika, Ama, dan Alia.


Kumpulan Walawey.
 
Kumpulan terTONGGEK.



Belon air ini membuatkan kami kebasahan.



Ducth ball.


Walawey menang la.


Da. Jom balik.

No comments: