Monday, March 7, 2011

Aku tak lupa kot. insyaalah. :)

Dua benda jadi serentak dalam satu malam. Aku serabut. Aku fikir sampai aku penat tapi aku tak temui jawapan nya.


Kau. Manusia yang pernah jadi antara seseorang yang teristimewa untuk aku. Kau, manusia yang pernah aku ceritakan semuanya. Manusia yang selalu menemani aku dahulu. Manusia yang sanggup berkorban untuk aku. Tapi aku, yang lupakan kau. Yang buat kau sakit hati dengan perbuatan aku. Masa tu, masing masing mungkin tak matang kan. Kini kita berhubung kembali, kerana kau masih nak berkawan dengan aku. Menurut kau, aku buat kau tenang. Aku memahami kau lebih dari orang lain. Kau cakap susah nak cari aku. Satu dalam sejuta. Tak mungkin itu yang kau cakap selepas apa yang aku da buat. Tapi aku mintak maaf sangat. Kita boleh kawan lagi kan? Tak mungkin serapat dulu. Maaf atas kata kata aku dalam mesej sebelum ni.
Bila kita belajar jadi matang, kita akan belajar jadi tenang dan akan memahami setiap apa yang jadi. Insyaallah. Kadang kadang kita sangka kita lemah bila takde siapa. Tapi bila kita sendiri, kita sebenarnya lebih kuat. Aku tahu. Kau kuat. Tak perlu aku. Maaf. Kejujuran memang menyakitkan.


Kau. Kita kenal takde la lama sangat kan. Tapi baru baru ni rapat. Rapat sangat. Pelik. Jangka masa yang kejap boleh buat kita serapat ni. Kau antara kawan yang betul betul kawan. Bukan kawan yang kawan sahaja. Terima kasih nak kawan dengan aku. Terima kasih sebab dengar masalah aku. Terima kasih sedap kan hati aku bila aku angin. Aku sayang kau. Macam aku sayang kawan kawan aku yang betul betul kawan. Sayang yang buat aku membebel bila kau buat silap. Sebab aku tak nak kawan aku dipandang rendah. Aku sayang kawan aku, yang buat aku nak berjaya sama sama dengan kawan kawan aku. Maksud aku, kawan yang betul betul kawan. Kalau aku sayang kawan aku. Insyaallah aku terdaya, aku buat apa sahaja. Aku da janji kat diri aku kan bila kau buat keputusan tu. Keputusan bagi aku benda yang bodoh sangat. MAAF. Kau dengar sendirikan janji tu bila kau buat keputusan tu. Sebab bagi aku. Kau kena fikir jugak parents kau. Tapi malam ni, kau buat aku da takleh tidur. Lagi serabut, entah la kenapa. Aku tak tau nak berpegang pada janji aku. Atau lupakan je. Sebab aku manusia yang berpegang pada janji. Aku tau. Aku pentingkan diri. Tapi entah la weh. Maaf lagi sekali. Kau berjaya nanti, jangan lupa aku ok? Aku sayang kau macam aku sayang kawan yang betul betul kawan.

Mereka tau mereka ni siapa.

Aku da tidur sebenarnya malam ni. Terus tak boleh tidur. Aku kan pernah cakap. Kalau aku fikir benda tu. Sampai aku penat pun aku akan fikir. Otak ni memang suka serabut. Aku suka fikir mendalam sangat. Pelik.

Ikutkan perasaan memang penuh nak taip bila tengah emo. :)

Huda. Akak rindu sangat. Huda pergi buat akak keras. Akak boleh hidup sendiri. Tak perlu asyik bergantung kat orang da. Lama da tak ziarah huda. Insyaallah akak tak lupakan adik akak sampai bila bila. Alfatihah. Harap kau tenang kat sana.

No comments: