Wednesday, May 26, 2010

Panas air kolam.

Pagi pagi buta dalam pukul 2 lebih, ditemani angin dan bulan purnama ditepi kolam air panas. Indah sungguh. Bila tengok bulan penuh teringat dia, sebab dia pun suka melihat bulan. Hobi bersama. Pagi ni selepas tutup kedai, pergi kolam air panas. Tenang. Syukur atas nikmatMU.

Aku terfikir, hidup ni lebih kurang macam mandi air panas jugak. Bila masuk kaki tu, perit jugak menahan sakit dan ambil masa yang lama untuk aku masukkan kaki. Perit tapi kesannya bagus untuk tubuh kita. Insyaallah. Kalau sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Semua yang tidak diingin berlaku akan mendatangkan kebaikan. Harapnya.

Wap dari air panas.



Panas sebenarnya.

ALFATIHAH buat Nurul Huda Rosalan. akaksayanghudasangat.

No comments: