Monday, December 7, 2009

SPM da HABIS.



mungkin kali terakhir aku memakai baju sekolah.


Bertarikh 7 Disember 2009.
Semangat aku ingin bercerita membuak2. Walaupun aku tengah ngantok kerana tido hanya 2jam. Xboleh tido semalam, pukul4 kot aku tido. Xtaw kenapa, nasib masa paper ekonomi asas tadi aku xngantok. Semangat last paper kot.Aku ingin ceritakan pelbagai perasaan aku ketika ini pada seseorang tapi. Ah. Menulis di blog lebih senang, tidak menganggu sesiapa. Hanya pada siapa yang membaca. Terima kasih sebab sudi nak baca apa yang aku tulis. Saat aku menulis post kali ini ketika aku baru pulang dari sekolah. Hari ni merupakan hari terakhir aku bergelar pelajar yang memakai baju putih berkain biru muda. Yeah merdeka sudah. SPM sudah habis. Tapi bagi aku bukan lah indah seperti yang aku angan atau bayangkan sebelum ini. Saat aku keluar dari dewan. Hati ku tidak mampu untuk berkata2. Zaman persekolahan aku sudah berakhir. Mungkin. Tapi jika takdir menentukan aku kembali ke sekolah untuk menyambung pelajaran dalam tingkatan 6, aku akan terima dengan hati yang senang. Telah banyak aku belajar semasa bergelar pelajar sekolah. Bagi aku, zaman sekolah menengah lebih indah kerana aku menemui atau mengenali diri sendiri. Zaman sekolah rendah hanya dihabis kan dengan suka2 dan tidak memikir apa2 yang bakal berlaku pada masa hadapan. Namun aku bukan pelajar yang bermasalah walaupun papa dan mama bukan jenis mengongkong. Teringat aku ketika saat indah di sekolah, sekarang sudah habis SPM pon. Wah. Terlalu cepat masa berlalu. Terlalu banyak benda yang aku belajar. Belajar dari pengalaman. Aku banyak belajar ketika mewakili sekolah dan pelbagai aktiviti lain. Semangat ingin kan kemenangan, semangat bersama kawan2, saat bersama guru, dan saat indah bersama orang yang tersayang. Sangat sukar untuk aku lupakan. Ye, tadi ketika aku menunggu tren. Banyak yang aku fikirkan, music di telinga yang menjadi peneman aku setiap hari tidak di hiraukan. Manakan tidak, terlalu banyak kenangan aku fikirkan. Sebelum ni selama ni aku pulang menaiki tren pelbagai gelagat manusia aku dapat lihat. Tetapi kenapa??Baru sekarang aku terfikir, aku baru mengenali dunia. Baru aku sedar, aku akan kehilangan saat indah sewaktu di sekolah. Tidak dapat lagi aku laluinya. Zaman persekolahan banyak mengajar kita erti persahabatan dan remaja. Selepas ini setiap rakan akan membawa haluan masing2. Kita bergurau dan bersama. Mungkin 1 hari nanti kita akan menangis apabila teringat saat indah itu. Kepada sesiapa yang masih bersekolah. Hargai lah apa yang ada di depan mata korang. Bercampur aduk perasaan aku ketika ini. Apa akan aku lakukan selepas ini. Sudah pasti belajar menjadi insan yang berguna tapi bukan sempurna. Aku akan cuba. Menjadi lebih matang. Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Aku akan tempuh dengan tabah bersama sesiapa yang sudi menjadi pendorong dan mungkin berjuang bersama aku.

Hah. Aku baru menghabiskan cerita nur kasih. Selama 3 hari aku tengok diwebsite tv3. Sampai aku tido jam 5 pagi selama 2 hari semata2 kerana cerita itu. Aku amat mengangumi cerita itu. Wah. Hebat sunguh. Mungkin ramai akan hairan kenapa baru sekarang aku tengok cerita tuh. Kerana aku mendengar orang bercakap cerita ini best. Lalu aku menonton nya. Aku bukan jenis yang melayan cerita melayu, bukan sombong atau berlagak tapi kerana.... biasa la cerita melayu. Tapi cerita ini membuat aku tertarik dan memikir nya setiap masa. Ya penuh dengan erti kehidupan. Aku belajar sedikit demi sedikit dalam cerita ini. Aku berharap kelak aku manjadi manusia yang sentiasa belajar tentang kehidupan dan cuba tidak mengulangi kesalahan yang telah aku lakukan.

P/S: Weh ko yang poyo. Kesian ko mimpi date ngan aku. hahaha. Malang betul ko mimpi aku. Lain kali mimpi la orang lain. Kesian:P

No comments: