Monday, December 6, 2010

Di saat kau benar-benar mahu pergi, seperti ku bernafas dalam air.

tak payah bacala. entri ni terlampau ikutkan perasaan. 
ALFATIHAH BUAT NURUL HUDA ROSALAN.

Akak nak sangat huda ada masa akak tengah happy,akak nak kongsi semua dengan huda. Akak tau, huda da takde de tapi akak tak mampu huda. Akak tak boleh berhenti. Yaalllah. Kuatkan la iman aku. Akak terbayang saat akak berlari masuk surau tu, jasad huda baru ditutup untuk disembahyangkan. Akak ingat lagi waktu tu, keadaan mama dengan papa huda. Akak menangis nak tengok huda. Tapi orang semua tengah sembahyang untuk huda. Aku separuh gila agaknya, kawan kawan akak pun tak mampu buat apa apa. Akak syukur jugak kak nolee ada. Kakak akak yang tak putus putus suruh akak sabar. Ramai ada untuk akak, semua tu akak macam tak hirau. Akak lari ke kubur. Takut tak sempat nak tatap huda lagi. Huda tau, satu satu nya permintaan akak nak tatap wajah huda untuk kali terakhir. Tapi takdir memang bukan rezeki akak. Akak susah nak melangkah pergi bila jasad huda da tiada kat pandangan akak. Akak takut huda. Masa tu akak harap semua tu mimpi akak. Akak harap akak bangun dari mimpi tu. Akak harap sangat. Akak harap semua tu gurauan untuk akak. Aku mula fikir yang bukan bukan. Akak ingat huda nak main2 kan akak. Akak tau. Semua tu tak logik. Akak tak kuat huda. Hati akak menyesal dengan apa yang jadik sebelum ni. Kalau akak tau, ta kan akak buat huda sikit pun sakit.

Saat tu, akak da tak nak kehilangan sesiapa. Sakit dia teramat sangat. Akak mengaku, setiap malam akak akan ingat semua tu. Akak  menangis sampai satu tahap. Akak kembali pulih. Akak ingat, akak da cukup kuat untuk semua tu. Tapi, semenjak ni. Akak semakin ingat huda. Akak ulang balik keadaan saat huda baru baru pergi. Akak pernah hadapi benda sebelum ni. Nenek akak pergi masa kita baru baru rapat. Huda ada untuk akak. Akak harap sangat akak tak macamni lagi. Akak nak jadik kuat macam dulu. Akak tak nak menangis lagi akak tak nak. Akak nak huda tenang kat sana. Akak masih lagi mencuba kuatkan diri. Tanpa huda, yang selalu nasihat akak. Buat akak matang. Huda taukan, dulu akak kuat. Apa jadik akak tak kisah. Tapi bila akak hadapi semua nya serentak. Akak sakit sangat. Akak ada cerita kat huda kan psl masalah family akak. Tak sangka lepas akak cerita semua kat huda. Huda tinggalkan akak. Tinggal kan semua. Akak harap huda tenang kat sana. 



No comments: