Wednesday, January 11, 2012

Macam tiada beza.

Sebelas hari aku lewat untuk ucap SELAMAT TAHUN BARU. Macam tiada beza. Aku tak rasa apa apa. Cuma yang tukar tahun. Bukan aku tak semangat. Cuma aku memang setiap hari semangat. Eh? Ini kerana hari hari aku berazam. Azam yang lama tak capai lagi. Baik aku capai dulu. Lagipun banyak sangat azam nya.

Sekarang aku makin sedar tentang kehidupan. Aku nak cakap pasal kawan, sebab hidup remaja akan sentiasa bersama kawan kawan. Aku sentiasa mencuba nak jadi kawan yang baik. Mencuba. Jadi aku bukan kawan yang terbaik, aku tak sempurna. Sentiasa buat salah. Aku cuba untuk menghargai apa yang aku ada. Maksud aku menghargai kawan kawan aku. Aku harap mereka pun mencuba.

Ok. Idea takdo da. Aku semakin sibuk menguruskan diri sendiri yang sentiasa tidak terurus. Kelas yang agak padat. Kerja yang agak banyak dan bertangguh. Dan memberi diri sendiri masa untuk sihat. Aku sedang mencuba ke arah hidup yang sihat. Doakan ye. Alasan betul aku ni. Aku juga tidak kerap menulis. Buku kecil aku telah aku pinggirkan, kasihan buku. Mood lari kerana alasan yang aku berikan tadi. Idea juga lari.

Aku nak buat rambut macam ni boleh? Tapi mesti kena bahan.

1 comment:

pali7x said...

kadang2 terlambat pun takpe, just always remind yourself about the incoming :)

happy new year.