Tuesday, January 31, 2012

Stress. Perasan ini indah kadang kadang.

Sekarang menunjukkan jam 5.14 pagi. Ini perkara biasa untuk aku. Selalu aku akan terlajak sampai matahari terbit dan hampir terpacak tapi belum terpacak lagi. Cuma hampir sahaja. Penangan internet memang kuat. Cuma tabiat ni aku da kurangkan sejak dua menjak ni. Aku akan amalkan jika cuti, bosan, terlebih masa atau tiada kelas pagi keesokkan nya. Membaca blog blog yang menarik, stalker, tengok short film atau video dan research kalau rajin.

Tetapi ini sesuatu yang pelik untuk aku kerana aku sedang buat tugasan. Semester baru ni belum pernah buat kerja melebihi jam 4.00 pagi dan tak tidur. Sebab semester ni, tiada lagi subjek drawing. Memang pening subjek tu. Kerja banyak gila kot. Aku selalu tak tidur kerana subjek itu.

Aku tetiba rasa best pulak berjaga ni. Mengantuk tu tak rasa sangat, kepala saja yang berat. Lama tak hadap stress yang melampau macam ni. Rasa ni yang buat aku boleh menulis, meluahkan. Aku suka menulis. Aku teringin sangat nak buat zine dan kemudian buku. Antara impian yang mungkin orang akan gelak guling guling bila dengar. Aku taktahu nak buat apa untuk kearah itu. Pendapat?

Sedang prepare untuk subjek advertising dan videography. Kelas 8.00 pagi hingga 4.00/5.00 petang. Dan ada kelas business. Mengantuk weh kelas ni. Serius. Petang pergi gym, 3 hari da tinggalkan ni. Itu pun kalau larat. Kalau la ye.

Muka gembira kan? Angau ni dapat jumpa Mohd Jayzuan. Dia baik ok. Wallpaper phone gambar dengan dia ok.

1 comment:

Farah Hanis said...

Haiii first time singgah sini :)