Sunday, April 18, 2010

Pagi yang hujan, kesejukan luar biasa.

Pagi ni aku balik kesejukan, bertemankan skuter ni. Balik dari BB dalam pukul 5.30 am, keadaan masa ni, hujan renyai. Macam da nak terkucil.

Alangkah indah dapat tidur hujan hujan ni. Pergh. Mimpi indah weh.

Kalau kita buat benda tu dengan rela hati mesti gembira walaupun benda tu amat susah. Tapi kalau kita buat benda tu tanpa rela hati memang tensyen walaupun benda tu senang gila. Lagi satu kita tak mengharapkan balasan. Bila tak mengharapkan balasan, kita akan buat yang terbaik.

Aku semakin sedar dan belajar pasal kehidupan. Walaupun apa yang aku buat sekarang hanya membantu kat kedai di BB tu. Selain aktiviti bersosial. Tak kisah la apa yang kita buat sama ada hanya duduk termenung, kita mampu belajar.

Aku sedar, bila aku merela kan maknanya aku akan gembira apabila buat sesuatu benda. Aku masih cuba amalkan benda tu supaya aku akan gembira walaupun benda tu susah.

Langkawi 2007.

No comments: