Tuesday, April 20, 2010

Weh penceroboh!

Korang mesti tak suka kan bila barang korang diceroboh. Walaupun ada alasan, tak kira baik ke buruk, menceroboh hak orang lain tetap salah. Kalau da ceroboh tu memang layak la kena marah, maki, tapi aku tak maki pun. Setakat cakap dengan nada tegas biasala. Kalau ikutkan hati, nak je aku tumbuk muka dia. Tapi saja buat relax, cool kononnya. Lagipun tak nak buat panjang, malu pulak dia nanti. Barang aku, tetap barang aku sampai bila bila. Mengaku jela da salah tu.

Kalau ceroboh je takpe, tapi sampai cakap belakang, kutuk aku. Tak cukup kutuk, nilai diri aku pulak. Aik, lebih ni. Angin jugak satu badan. Memang layak malu. Aku tak suka bila cakap benda yang aku tak buat. Bukan aku je tak suka, semua orang pun tak suka. Kata aku ni, kawan makan kawan, lupa kawan, mainkan kawan. Kalau kawan setakat bahan bahan tu biasa la kan, gelak gelak, kira adat la kawan bergurau. Kalau tak, baik kawan dengan batu. Diam je, dengar je apa ko cakap. Ada bukti dan saksi ke? Bagi sini aku nak tengok.

Terkedu jugak aku dengar karutan tu, ada jugak yang ambil tahu pasal hal aku, pergaulan aku, kawan aku. Ke ko cemburu aku ada kawan yang baik. Memang la kami ni biasa bukan gempak gila macam ko kan. Kalau aku ni jahat sangat, ok je aku dengan cikgu, senior junior kat mgs tu.Takde pun aku gaduh dengan dorang. Ok je aku kawan dengan dorang. Karang cakap aku bangga diri la tu, bila fikir balik, ko bukan sesiapa pun. Bagus sangat ke ko tu? Tahu nak nilai aku, kutuk aku. Aku tak penah pun ambil tahu pasal ko, orang tanya pun aku tak cakap pape. Kalau nak malu kan ko boleh je, letak gambar kat sini. Tapi tak pela. Berhenti la nilai orang kalau tak kenal.

Port dickson, 2010.

No comments: