Saturday, August 10, 2013

Tidak pernah puas

setia
masih setia
dihadapan kaca bercahaya
bersaat lamanya
melihat, mendengar
mencari sesuatu untuk dipuaskan hati
mencari
masih mencari
dan masih tidak dijumpai

akhirnya membuat keputusan
menaip, menaip, menaip dan menaip
kisah ini tercatat

disini
.

Monday, July 22, 2013

Perkara berlaku atas sebab

Sekian lama. 

Ingin kembali menulis. Atas sebab tertentu. 

Selamat pagi. 

Lama tak menulis di sini. Harapnya kegiatan menulis kembali giat. Sebenarnya bukan menulis kerana bijak untuk menulis. Tapi menulis untuk kepuasaan sendiri dan luahan isi yang ada dalam hati. Mungkin bila rasa lupa diri, ia akan jadi tatapan diri sendiri dan akan sedar betapa daif nya aku tentang kehidupan. 

Masa berlalu terlalu cepat. Sekarang aku da sambung degree. Dan pastinya bidang yang aku minat, photography. Impian yang sentiasa dikejar. Walaupun tidak berlari kejar impian tapi masih berjalan. Mungkin boleh dikatakan bertatih. Asalkan bergerak dan impian tu akan sentiasa hampir. Insyaallah.

Sudah kot buat pagi ni.

Pejam celik pejam celik. Da masuk bulan puasa. Jadi. 

Salam Ramadhan. 

Sekinchan. Shooting untuk assigment music video.




Thursday, November 1, 2012

Selesai Diploma Show. Jemput ke exhibition TARING pula.

Setelah selesai segala nya, Diploma Show Photography sudah selesai. Sekarang masa mencari kerja sementara tunggu untuk sambung Degree dalam bulan 3, itu pun jika ada rezeki. Jadi siapa yang ada kerja kosong? Mari bagi ke sini. Tetapi masih ada exhibition TARING menanti kami, pada 8 Nov 2012 di PORT, Ipoh. Jemput la semua ke sana. Terdapat karya kami dan juga pensyarah. Dan juga, menunggu keputusan aku untuk Diploma dengan hati yang berdebar debar.

Selepas itu, aku perlu mencari sesuatu yang patut di buat dan perlu membuat sesuatu untuk mencari pengalaman dalam bidang ini. Mengharapkan peluang datang dengan banyak. Dan membina keyakinan yang betul betul yakin untuk terus maju. Insyaallah. Dan aku percaya, untuk berjaya aku perlu restu dan sokongan. Aku tidak minta pujian atau perkara yang melalaikan. Aku mengharap kata kata semangat untuk buat aku bersemangat. Untuk menjadi bagus juga memerlukan masa. Masa yang digunakan untuk membuat sesuatu itu. Mungkin lebih senang di panggil karya. Aku perlu masa untuk menghasilkan karya supaya menjadi semakin baik. Setelah aku melakukan sedikit carian, editing atau retouching sepatutnya tidak dilakukan sehari dan sekali. Sepatutnya dilakukan berhari hari dan meneliti sebaik mungkin. Maksudnya bukan berhari yang melalaikan tetapi berhari yang meneliti setiap inci gambar. Mungkin bagi sesetengah orang, bidang ini senang. Cuma perlu tangkap dan siap. Jadi, setiap orang adalah berbeza untuk menghasilkan karya mereka. Apa yang aku perlu percaya dan yakin pada diri.

Aku mahu menjadi seseorang yang berbeza dan mahu terus berusaha dari apa yang pernah aku lakukan. Aku harap aku mampu. Aku harap aku dapat jadi yang terbaik. Aku harap aku berusaha bersungguh sungguh. Aku cuma mengharap sokongan dan kata kata semangat. Aku serius. Aku tidak tahu kenapa semangat aku lain macam dan tak pernah rasa seperti ini. Semangat yang terlampau. Aku hanya perlukan ruang dan peluang menghasilkan karya, sama ada bekerja di mana mana atau bekerja sendiri. Aku masih mengharap kerja dari kalian mungkin?

Buat masa sekarang aku cuba ambil masa yang ada untuk membuat sedikit retouching pada gambar aku. Membuat penambahbaikkan. Sikit sikit. Lama lama mungkin akan jadi lebih bagus. Aku memang gemar menghadap laptop berjam lamanya. Aku harap ia berhasil dan baik hendaknya.

Masa akan menentukan segalanya. Masa akan memberi aku peluang membuat karya. Yup. Masa.
Sokongan akan memberi aku kekuatan. Sokongan membakar semangat aku. Itu sokongan.
Usaha akan menentukan sama ada aku layak ke tidak berada disitu. Jadi aku perlu dan mesti usaha sehingga aku tak mampu melakukan lagi.

Inilah Diploma Show nya.

Ini pula exhibition itu nanti. Jemput ye! Tolong sebarkan.



Saturday, August 25, 2012

Maaf Zahir Batin 2012

Pada pagi yang indah ni, mungkin belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Macam mana raya korang? Harap harapnya indah. Macam biasa, da 7am masih belum tidur. Aku tak tahu bila aku boleh mula tidur secara normal. Waktu cuti macam ni boleh la aku tidur. Kalau ada kelas atau kerja yang perlu diselesaikan mahu tak tidur jawabnya. Mata pulak bila matahari muncul baru nak layu.

Memandangkan da semester akhir ni, aku ada rancang untuk buat event kecil kecilan selepas habis semester ni. Tapi aku rasa aku belum mampu untuk buat dan rasa kecewa tentang sesuatu. Aku masih berimpian untuk buat. Mungkin masanya akan tiba. Insyaallah.

Masa yang singkat untuk siapkan segala kerja dan diploma show makin hampir. Emosi aku sering terganggu, tak menentu, malas datang dengan laju nya. Ada nasihat untuk aku tak? Sesiapa sila jadi mak untuk aku siapkan kerja. Mungkin sebab kerja yang banyak tertangguh dan cuti raya bagai ni. Kesihatan aku juga tak betul sangat.

Jadi, sampai sini sahaja karutan aku. Rasa ingin meluahkan terlalu tinggi. Siapa boleh bantu bagi pendapat untuk aku buat gambar jurnal / dokumentari yang jarang dibuat.

Wednesday, August 1, 2012

Muncul tiba tiba.

Tiba tiba perasaan ni muncul. Perasaan yang buat aku kuat sejak kejadian tu. Perasaan ni tak berapa best untuk dihadapi. Tapi aku perlu ingat, sebelum perasaan ni ada dalam hati aku. Aku da hadapi perasaan yang best. Jadi aku perlu bangkit, buat ini jadi semangat aku.

Ada yang memahami, dia muncul memberi semangat. Terima kasih kawan.

Sedih, bergenang jugak ni, tinggal mengalir je. Jadi ambil keputusan untuk menjadi tabah. Aku tahu Dia uji aku sebab Dia sayang aku. KepadaNya aku mengadu. Insyaallah.

Semester akhir ni, masa semakin sikit. Tinggal beberapa minggu sahaja. Doakan ye semua.

Thursday, April 5, 2012

Selamat ulang tahun ke 20.

Wow. Makin muda nampaknya. Dan berharap semakin matang. Matang dalam segala hal.

Ini berlaku ketika kejadian. 30.3.2012.

Apa yang aku rasa sekarang ialah rasa yang taknak buat apa apa. Ha. Bangun pun da matahari tegak akibat tidur bila matahari nak mucul. Antara sebab tidur lambat online dan tonton movie bersama kawan walaupun tempat lain lain.

Bangun, mandi, dan masak untuk diri sendiri. Habiskan masa tonton tv hampir matahari nak turun. Kawan ajak lepak sambil perlu hantar barang. Tunggu punya tunggu, mereka ni buat kejutan woi. Terharu dan gembira. Terima kasih korang. Aku sayang korang. Ceh. Haha. Malam pula sambut bersama makcik aku.

Rasanya hadiah tak dapat tahun ni. Aku tak kisah sebab apa yang aku dapat dari mama dan papa lebih dari cukup.

Ini dia. Lain dari yang lain kan.

Diraikan bersama Diana Hassan.

Diraikan oleh mereka, Mira Othman, Anis Zulaikha dan Anis Norzam.



Thursday, March 15, 2012

Paranoia

Sedikit kecewa tetapi aku akur. Mungkin ni belum masa untuk merasa kejayaan. Aku yakin, aku mampu buat lebih baik dari ini.

Aku berterima kasih sangat kepada kawan yang membikin bersama ini video, Naz, Nina, Ain, dan Bel. Dan kepada pelakon, Abang Wa dan Cik Mel, pensyarah kami. Sebenarnya ini kali kedua aku buat tetapi kali pertama bersama team ini. Kali pertama hanya saja saja. Masa diambil untuk shooting hanya sehari setengah. Boleh dikatakan ini ialah kerja last minute. Aku mengaku. Video ini untuk projek akhir untuk subjek Video and Film Studies. Kami hanya mendapat tempat kedua dari 12 kumpulan. Syukur.

Banyak juga yang puji video ini, terharu sangat. Kami sangat berterima kasih dan kami akan membaiki agar lebih baik. Kerana semua orang dan diri sendiri, aku tekad untuk terus membikin video atau short film. Doakan. Pemenang memang hebat. Datang dari kelas kami juga dan mereka semua lelaki. Kami semua perempuan.

CLICK LA NI YE. SHARE KALAU SUKA.
 PARANOIA

Video ini mengisahkan tentang seorang abang dan adiknya. Abang yang berkerja untuk adiknya. Dan adik yang menolong abangnya tetapi dengan cara salah. Jalan cerita agak serabut kerana buat last minute. Jauh dari cerita yang kami rancang. Minta tengok hingga tamat montage ye :)